Sunday, August 26, 2012

HJ HADI TERUS TERANG...TAK MAU JADI MUNAFIK LAGI...

"Sadoqollahulazim". Watammat kalimaturob..

"Itulah salam akhir perjuangan PAS yang selama ini tidak habis-habis menyatakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Barang siapa yang menyokong PAS bermakna menyokong Islam. Sesiapa yang menolak PAS, bermakna menolak Islam".

Hj Hadi telah membayangkan segalanya melalui jawaban dolak dalihnya. Langsung tidak berani respon dengan kritikan Karpal. Hadi juga langsung tak berani komen kenyataan Anwar yang menolak hudud atas alasan tiada dalam agenda bersama pakatan.

Hadi hanya berani kata "DAP hanya kata dia menentang dan tidak setuju. Itu hak dia, itulah demokrasi dan PAS menyokong demokrasi"

"Sah dan sahih!!". Bagi PAS demokrasi dijunjung, Islam dikendong. Demi menjaga kepentingan demokrasi dan DAP, Islam di tangan terpaksa dicampak begitu saja

Jadi apa yang boleh kita kata lagi? Segalanya sudah jelas. Jika tanpa perjuangan menegakkan hudud dan negara Islam, apa lagi yang boleh membezakan di antara perjuangan PAS dan UMNO?

Sudah pasti ada. Sekurang-kurangnya UMNO tidak bertindak munafik. UMNO berterus terang menyebut hudud belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Bagi UMNO masih banyak keperluan amal Islami yang lebih penting dari hudud yang masih ada ruang untuk dilaksana dan diperjuangkan. Islam bukan berkisar sekadar hudud semata. Itu pendirian UMNO.

Tapi PAS sudah lepas cakap. Temberang PAS, "semua boleh dan semua mahu dilaksanakan". Sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS bermakna tolak Islam. Inilah Islam "kepala bapak" ciptaan PAS.

Hampir 60 tahun PAS meludah UMNO. Akhirnya PAS terpaksa telan dan jilat segala kahak dan ludahnya yang berselupat pada batang tubuh UMNO. 

2 comments:

  1. Pundeklah Hj. Hadi. Cakap belit2 macam keling. Ini soal agamalah. Jangan dibuat main. Kalau dah tak mampu berpolitik, berhenti je la ... PAS ni dah jadi munafik. Parti Ajaran Sesat jangan jadi Parti Ajaran Syaitan.

    ReplyDelete
  2. Dalam kerakusan mengejar impian ke Putrajaya bersama sekutunya PAS sedia berubah kiblat dengan penuh licik dan berdolak dalih biar pun bertopeng dengan berbagai cara yang dikatakan ISlam.....

    ReplyDelete