Jerat tidak pernah melupakan pelanduk, tapi pelanduklah yang selalu lupakan jerat.
Melayu Islam yang punya kecenderungan menyokong pembangkang hari ini sudah terlalu "over confident" bahawa melayu tidak akan hanyut dan Islam akan terus subur walaupun UMNO sudah menjadi batu nisan. Mereka kata, semua itu hanya mainan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang.
Mereka menempelak ingatan para pempin UMNO yang tidak henti-henti mengingatkan bahaya jika Umno hilang kuasa. Malah ada yang berfatwa, adalah jatuh syirik bagi sesiapa yang berfahaman begini.
Tapi sedarkah kita bahawa ketika ini kepentingan melayu dan Islam di negara ini sudah dan sedang terhakis dengan hebat? Penghakisan ini berlaku ketika Umno masih berkuasa tapi tanpa kekuatan majoriti 2/3.
Bayangkan jika Umno sudah benar-benar lenyap dan menjadi pembangkang. Siapa dan parti mana lagi yang boleh dan sanggup mempertahankan segala keistimewaan bangsa dan kesucian Islam di negara ini?
Pas sudah terkeluar dari senarai pembela bangsa dan agama di atas kehendak mereka sendiri. Pas sudah menarik diri dari terus memperjuangkan kepentingan agama apabila tunduk akur dengan penentangan terbuka dari Karpal Singh.
Pas masih tidak mahu mengaku bahawa pada hakikatnya Pas sudah masuk jerat DAP. Kaki dan tangan Pas sudah terbelit dengan tali, tapi masih tidak mahu mengaku. Leher Pas sudah "tertanjo", tapi masih menafikannya walaupun jelas suara untuk menyatakan kebenaran sudah tersekat-sekat dan semakin sayup kedengaran.
Seluar Pas sudah basah "lonjap" dengan kencing kerana disergah DAP, tapi masih cuba menutupnya dari pengetahuan umum dengan menyatakan seluar mereka basah kerana disimbah air oleh orang UMNO. Orang UMNO jahat.
Pada hakikatnya nafas dan "ongap" yang keluar dari mulut PAS sudah berbau sekular melebihi bau sekular UMNO, tapi masih mengatakan mulut mereka wangi dan tidak berbau dengan menggunakan kaedah "menarik nafas ke dalam" seperti kaedah P.Ramlee apabila A.R Tompel cuba menjalankan ujian alkohol dengan menyuruhnya menghembus nafas.
Inilah penutup kepada perjuangan PAS. Akhirnya PAS tewas dan lemas dengan kehendak yang sama sekali bertentangan dengan prinsip perjuangannya, hanya disebabkan tidak tertahan lagi untuk merasai nikmat berkuasa.
Istiqomah, istikhlas dan keikhlasan PAS dalam memperjuangkan Islam akhirnya terbantut ditengah jalan. Benarlah seperti yang diperingatkan oleh Nabi saw, berpegang kepada tali Allah itu umpama menggenggam bara api. Alang-alang keimanan tidak akan tergenggam hingga padam.
Sifat redha, sabar dan penyerahan total kepada Allah dalam berpegang kepada apa yang telah digenggamnya selama lebih 60 tahun, akhirnya luntur dan layu.
Prinsip, "Alang-alang menggenggam bara, biar sampai padam" sudah bertukar kepada "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".
Akhirnya Pas nekad dan terpaksa akur dengan kehendak pakatan yang mahu Pas menggugurkan perjuangan hudud dan negara Islamnya.
Bencana kehilangan maruah dan sokongan dari kalangan "mukhlisin" di dalam Pas, pasti akan terjadi.
Bencana dari tuhan, tak siapa yang tahu. Tapi apabila Allah mahu menurun musibah atau bala di sesuatu tempat atau kaum, tiada pengecualian kepada sesiapa, dan bala bukan semata-mata tertuju kepada pemimpin yang merosakkan perjuangan, malah kalangan yang benar-benar mukmin juga akan turut merasa.
Sebelum bala bencana secara langsung dari tuhan seperti tsunami berlaku, selalunya bala bencana akan berlaku dalam bentuk penindasan atau kezaliman dari sesuatu kaum atau kelompok terhadap kaum atau kelompok lain akan berlaku terlebih dahulu.
Berapa banyak bukti pelanduk melupakan jerat disebabkan nafsu dan keegoan sendiri sudah berlaku di banyak negara Islam. Mungkin melayu dan Islam di negara kita next in line...
No comments:
Post a Comment