Tuesday, August 28, 2012

MAT SABU DIBUANG DAERAH DI KUALA PILAH!!!

Mat Sabu mendakwa Tun Ghafar akan menyertai Pas sekiranya Allahyarham masih hidup sama seperti yang dilakukan oleh anak Allahyarham, Tamrin.

Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman. Takdir baik dan buruk seseorang hamba Allah samada di dalam soal jodoh, pertemuan, rezeki dan maut akan terhenti sebaik sahaja hamba Allah itu menemui ajal.

Manusia yang hidupnya "berkalau-kalau" adalah manusia yang tidak beriman dengan rukun iman. Manusia yang sentiasa "berkalau-kalau", juga adalah manusia yang tidak mahu menerima kenyataan hidup. Manusia jenis ini mahu supaya Allah menentukan takdir seseorang mengikut citarasa dan selera mereka.

Ketetapan buat Allahyarham Ghafar Baba sudah ditakdirkan meninggal dunia sebagai seorang Islam. Sudah ditakdirkan allahyarham meninggal sebagai ahli UMNO. Sudah ditakdirkan allahyarham hanya menjawat jawatan sehingga tahap TPM sahaja. Sudah ditakdirkan juga allahyarham gagal menjawat jawatan PM disebabkan "kena kencing" dek Anwar Ibrahim. Sudah ditakdirkan juga allahyarham menjadi mangsa politik rakus dan permainan politik wang terkotor dalam sejarah yang telah dilakukan oleh Anwar. Semua ini sudah menjadi ketetapan Allah. 

Ia tidak mungkin boleh diubah lagi. Samalah seperti ketetapan yang telah terjadi bahawa suatu masa dahulu Mat Sabu pernah didapati berkhalwat dengan isteri orang di bilik 121, Hotel Perdana. Samalah juga seperti yang telah ditakdirkan di mana negara kita pernah cuba dijadikan sebagai negara komunis oleh Chin Peng dan gerakan PKM yang dipimpinnya. Takdir juga telah menetapkan bahawa se inci bumi Malaysia pun tidak pernah dijajah oleh Komunis. 

Takdir juga telah tercatat bahawa ribuan nyawa perajurit dan rakyat yang tidak bersalah telah dibunuh oleh pengganas komunis.

Tetapi, bagi seseorang yang tidak beriman dan cuba melawan takdir, akan mencipta pelbagai "andaian" dan "kalau" untuk menolak sebarang takdir yang telah, sedang dan bakal terjadi. 

Apa yang lebih mengejutkan, "budaya melawan takdir" ini diamalkan oleh golongan yang mendakwa diri mereka berilmu, beriman dan berjuang di atas landasan Islam.

Kenapa budaya menolak takdir seperti ini boleh berlaku? 

Sudah pasti ada kesilapan atau kekurangan di dalam pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kita kepada Allah. Juga terdapat kecelaruan dalam bab keyakinan, keikhlasan dan kejujuran kepada diri dan kepada Allah. 

Apabila pegangan keyakinan ini longgar dan celaru, maka suburlah budaya sombong, riak dan takbur di dalam diri. Bila wujud budaya sombong, riak dan takabbur, maka manusia jenis ini tidak akan terlepas dari sifat bohong, fitnah dan dusta di dalam apa juga kerja dan perbuatan yang dilakukan sepanjang hari.

Jika manusia jenis ini tergolong di dalam kategori ulamak, maka jadilah mereka ulamak yang membawa berita palsu. Jika golongan ini berada di dalam politik, maka jadilah mereka golongan politik yang sering berbohong, membuat fitnah dan menjadi pendusta.

Batang tubuh Mat Sabu sendiri boleh dijadikan bahan ekperimen bahawa apa yang saya perkatakan adalah benar belaka.

1 comment:

  1. Sekiranya (kalau-kalau) Ibrahim Libya masih hidup dia akan pancung leher Adi Awang & Mad Syabu sebab dia telah menyedari bahawa matinya bukan syahid. Sudah tentu dia akan mencari orang-orang yang menggelapkan wang tabung memali hingga ke lubang cacing. Dia juga akan meliwat Nick Najis ke tahap maksima kerana Nicky adalah seorang penyokong LGBT.

    ReplyDelete