Tuesday, August 28, 2012

MAT SABU: KENAPALAH NAJIB TAK JADI MACAM PRESIDEN ASSAD?

Dulu, sewaktu keadaan politik negara ini stabil, anak kecil pun tahu menyebut soal kebanggaan terhadap negara. "Malaysia boleh" menjadi sebutan mereka. Semua rakyat bersemangat menyokong  segala visi dan misi yang digerakkan oleh kerajaan.

Setiap pekerja samada kakitangan kerajaan mahupun swasta berlumba-lumba mengejar pencapaian dan sasaran majikan atau jabatan masing-masing.

Sentimen rakyat untuk bersaing bukan saja di kalangan sesama mereka, bahkan rakyat menjadikan negara lain sebagai pesaing. Daya saing menjadi budaya kerja mereka. Ekonomi negara menjadi antara yang paling pantas berkembang. Model kepimpinan dan polisi membangunkan Malaysia menjadi contoh ikutan banyak negara lain. Negara yang dipimpin oleh Tun Mahathir begitu terkenal dan dikagumi dunia luar. 

Pihak pembangkang ketika itu hanya mampu menjengkilkan mata dan mengetap bibir melihat kemampuan pemimpin membangunkan negara. Mereka sangat meluat dengan keadaan ini dan musuh-musuh politik Mahathir tidak pernah mahu mengakui hakikat ini. Segala hasil positif dari segala dasar kerajaan yang terbentang di depan mata tidak pernah mendapat pengiktirafan oleh pembangkang walaupun negara luar sendiri mengiktiraf kebolehan dan kemampuan negara.

Pihak pembangkang terpaku dan tidak mampu memintas kemampuan kerajaan yang jauh memandang ke hadapan. Di sebalik kebencian pembangkang terhadap kepimpinan Mahathir, terhambur juga kata pujian dan pengiktirafan terhadap beliau. "Mamak ni puk@mak betul. Memang otak koling". "He's so smart". Marah-marah pun terpaksa mengakui kebolehan Mahathir.

Tapi, hakikatnya, jika zaman Mahathir dulu politik tidak stabil seperti sekarang, belum tentu Mahathir berupaya menunjukkan kemampuannya mentadbir dan membangunkan negara. Kelebihan Mahathir ketika itu ialah beliau mampu merancang dan melaksanakan segala agendanya tanpa gangguan yang diluar kawalan.

Tidak seperti hari ini. Kerajaan terpaksa membahagi dua segala kudrat dan keupayaan yang ada dari segi pemikiran, tenaga dan wang ringgit. Sebahagian digunakan untuk membangunkan negara. Sebahagian lagi terpaksa digunakan untuk membendung politik luar batasan pihak pembangkang yang tidak henti-henti membuat serangan politik untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Rekacipta fitnah dan pembohongan terhadap pemimpin utama negara tidak pernah surut. Pelbagai kisah palsu, kadang-kadang di luar kemampuan majoriti rakyat untuk memikirkannya telah direkacipta semata-mata bertujuan untuk memusnahkan kredibiliti dan imej pemimpin BN di pandangan mata rakyat.

Maksudnya hanya satu, iaitu untuk mengekalkan momentum kepanasan suhu politik anti-establishment di kalangan rakyat. 

Tiada siapa yang boleh menghentikan suasana politik tidak sihat yang berpanjangan ini kecuali rakyat. Kuasa untuk menamatkan sindrom politik gila ini ada di tangan rakyat. 

Jika rakyat mahu menikmati semula zaman keseronokan menjadi rakyat Malaysia, kembalikanlah kestabilan politik dengan memberi semula kekuatan yang sepatutnya kepada BN, agar BN dapat memberikan sepenuh daya fikir, tenaga dan tumpuan dalam membangunkan negara tanpa gangguan. 

Kesilapan dan kelemahan berlaku terhadap semua negara dan semua pemerintah. Ia adalah lumrah. Ini kehidupan dunia dan bukan kehidupan di syurga. Jangan sesekali berangan untuk merasai syurga dunia, yang mana semua komuniti manusia dari pemimpin sehingga ke rakyat jelata hidup dengan penuh keadilan dan kemakmuran sejati.

Apa yang kita inginkan ialah negara ini tidak tercebur ke kancah kezaliman pemerintah sehingga rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan, ditindas dan dihimpit kesusahan yang melata. Rakyat di negara ini terlalu jauh dari situasi tersebut, yang mewajarkan untuk rakyat bangkit menjatuhkan kerajaan yang ada.

Jika kita mendengar provokasi pembangkang, seolah-olah negara ini sudah diambang kezaliman, penindasan dan kemudaratan yang melata. Tapi hakikatnya situasi tersebut jauh panggang dari api. Ia hanyalah mimpi dan hajat pembangkang untuk melihat keadaan tersebut berlaku agar mudah untuk mereka merampas pentadbiran negara ini.

Jangan dibuang air di tempayan jika hanya setakat mendengar guruh papan berdentum. Hajat untuk mencapai awan tapi akhirnya kaki tersadung di gunung. Jangan berhenti dari mengucap syukur dengan apa yang ada, hanya disebabkan mendengar pembangkang berjanji untuk menanti rakyat dipintu syurga.

1 comment:

  1. Jokiden merasakan rosaknya suasana politik negara hari ini ialah disebabkan oleh dua orang yang merasakan dirinya begitu hebat. Pertama Nuar Brahim dan keduanya Nik Aziz.

    Apabila BN memperolehi kemenangan dua pertiga dalam PRU13 kelak suasana akan kembali pulih seperti dulu dan hajat untuk menjadi negara maju 2020 Insyaallah akan tercapai.

    Benar kata-kata KNKP hanya rakyat yang mampu menghentikan ini semua. Tanda-tanda kemenangan besar dalam PRU13 sudah kelihatan. Penerimaan rakyat terhadap dasar2 PM DSN telah sedikit sebanyak meranapkan kredibiliti pembangkang.

    Walau bagaimanapun ketika itu nanti pakatan haram sudah mempunyai alasan tertentu kenapa rakyat menolak mereka... BN Menipu!!!!!!!!!!! Ingat senang ke nak menipu ni..

    ReplyDelete