Tuesday, September 25, 2012

ANWAR KUTIP NOR YAKCOP SELEPAS MENINGGALKAN BNM!!!

Bila timbul isu atau skandal kewangan semasa jadi MOF, Anwar akan lepas tangan. Itu kaedahnya. Boleh dia kata kerugian forex BNM hanya berkisar antara Nor Yakcop, Daim dan Mahathir? Gabenor TS Jaafar dan dia selaku Menteri tak tahu menahu?

Nor Yakcop berhenti dari BNM sebaik skandal kerugian forex diperdebatkan. 

Apa yang rakyat tidak tahu atau sudah lupa ialah di mana dia bekerja selepas meninggalkan BNM! 

Nak tahu di mana?

Saya sendiri menjadi saksi hidup dan berjumpa dengan Nor Yakcop di bangunan IMC bersebelahan Hotel Concord 2 minggu sebelum Anwar dipecat. 

Saya membuat temujanji dengan Wan Hasni dan Rahim Ghouse, towkey Abrar Financial Group. Tujuan temujanji tersebut adalah untuk melobi menguruskan dana kumpulan Abrar kerana waktu itu saya adalah broker saham di Kenanga Berhad. Temujanji tersebut turut dihadiri oleh Nor Yakcop yang bertindak selaku penasihat Abrar Group. Jika tidak silap saya, beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Abrar Group ketika itu.

Siapa yang tidak kenal dengan Abrar Group yang menjadi kroni nombor wahid Anwar? Kumpulan ini berselindung di sebalik kononnya pengurus dana dari negara arab.

Ini bermakna, Anwarlah yang melindungi Nor Yakcop selepas lapuran skandal kerugian RM16 billion BNM didedahkan kepada umum.

Saya masih ingat ketika perbincangan tersebut bagaimana angkuhnya Rahim Ghouse dengan dana yang dimiliki oleh Abrar Group.

"What size of of fund are u looking for? 1b...? 2b? Can u manage? Do u have the capacity for it?"

Tunggu punya tunggu, tup-tup...! lat seminggu Anwar kena pecat. Abrar pun hilang entah ke mana. 

Apa yang kita semua tahu Rahim Ghouse lari ke Indonesia dan berulang-alik ke Australia. Dia masih hidup mewah hingga kini dengan aset di luar negara hasil peninggalan sewaktu menjadi wakil perompak harta negara kepada Anwar yang cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang marhaen dan kelompok picisan yang terpinggir disebabkan kebobrokan pemimpin UMNO, sebaik dipecat dari kerajaan.

Kesimpulannya... Anwar benar-benar seorang penipu dan perompak harta rakyat marhaen yang paling licik kerana berjaya mendapat simpati yang amat tinggi dari rakyat yang menjadi mangsa rompakannya.

1 comment:

  1. Bang

    Cakap sampai berbuih pun tak guno. Noh Yackop masih lagi menteri kanan jago EPU. Segalo projek bosar kono melalui dio. Dulu Ezam cakap ado bukti dio salahguno kuaso pakai duit bank tapi sonyap yo sudah eh. Najib ni tolo takdo bang dan hati kocik. Lingkup sudah eh tak lamo lagi. Cakap PM macam sumo eh dio nak solosai tapi orang keliling dio masih lagi merompak.
    Tulislah bab lain bang. Rakyat tau dan rakyat tak bingai macam PM

    ReplyDelete