Wednesday, September 26, 2012

ANWAR SAHKAN JET MEWAH DICURI...!!!

DAP tidak layak sama sekali untui melabel UMNO rasis. Lebih-lebih tidak layak lagi PKR. PAS sebelum ini tidak pandai guna perkataan rasis untuk dilabel kepada UMNO. PAS guna perkataan UMNO assobiah.

Jika UMNO rasis, DAP tidak akan wujud di Malaysia kerana kaum cina yang datang dari tanah besar asia juga tidak akan dibenarkan sama sekali menjadi warga Malaysia jika orang melayu benar-benar rasis.

Jiwa besar dan bersifat nasional para pemimpin UMNOlah yang telah menyebabkan tanah air ini dikerat-kerat untuk diberi sebahagiannya kepada kaum muhajirin yang datang dari tanah besar cina dan kaum india dari Asia Selatan.

Tiada bangsa di dunia ini yang telah berkorban sedemikian rupa melainkan bangsa yang telah menubuhkan UMNO sebagai wadah perjuangannya. Pengorbanan sebegini hanya pernah dilakukan oleh kaum ansar Madinah yang memberikan sebahagian dari Madinah dan kehidupannya kepada kaum muhajirin yang datang dari Mekah.

Jika Allah telah memandang pengorbanan kaum ansar Madinah ini dengan pandangan rahmat, maka sudah pasti pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh bangsa melayu juga turut dipandang dengan pandangan yang sama oleh Allah swt. Tidak mungkin Allah bersifat dwi-standard.

Oleh itu, kaum berasal dari tanah besar cina yang bernaung di bawah DAP patut berasa malu dengan tuduhan tanpa rasa bersalah menuduh si pemberi yang telah memberi kehidupan dan sebahagian dari negara ini kepada mereka sebagai rasis.

Makaud rasis berkait dengan "membuat tuntutan atau pun Menuntut dengan meminta itu dan ini tanpa had. Lawan kepada "menuntut hak" adalah "mempertahankan hak". 

Orang melayu hanya "mempertahankan baki hak" mereka yang telah dijamin oleh perlembagaan negara sepertimana perlembagaan yang sama telah turut memberi jaminan berkaitan hak-hak kaum pendatang yang telah diterima menjadi warganegara ini.  

"Mempertahankan hak" samalah seperti mempertahankan sebuah kedaulatan dan ia langsung tidak kena mengena dengan sifat rasis! 

Sebaliknya "menuntut hak" dengan mengunakan pelbagai kaedah sudah pasti ianya berkait rapat dengan kepentingan untuk menambah laba bagi pihak kelompok sendiri, atau dengan lain perkataan, "tamak haloba".

Menuntut hak kesamarataan supaya diberikan kepada kaum sendiri, jika dipenuhi sudah pasti akan ada hak orang lain yang terpaksa dikurangkan kerana ia tidak mungkin diperolehi dari celah kangkang  mana pun. Sudah pastilah hak orang melayu yang akan dikurangkan jika kerajaan tunduk kepada tuntutan demi tuntutan yang dilakukan oleh si penuntut hak.

Sekama-lamanya melayu tidak pernah menuntut hak. Umno yang dilahirkan oleh orang melayu adalah platform yang digunakan bagi mempertahankan baki hak yang masih kekal di tangan melayu selama mana ianya dijamin oleh perlembagaan. Umno bukan dilahirkan untuk menambah lagi hak orang nelayu dengan membuat pelbagai tuntutan. 

Tiada apa yang boleh dituntut oleh orang melayu lagi kerana semuanya sudah berlalu. Jika orang melayu mahu menuntut hanyalah di atas satu perkara, iaitu "menuntut supaya hak melayu yang telah dijamin perlembagaan itu ditambah lagi" atau pun menuntut kembali apa-apa yang telah pun diberi atau telah dikorbankan oleh orang melayu dan tekah diberikan kepada kaum yang asalnya pendatang bagi membolehkan mereka berkongsi negara ini dan segala hasil mahsulnya.

Apa "barangnya" atau "menatangnya" yang telah dituntut kembali oleh penimpin UMNO hari ini daripada kaum yang datuk neneknya pendatang, sehingga mereka begitu celupar melabelkan pemimpin UMNO hari ini rasis?

Apakah disebabkan UMNO masih mempertahankan baki hak yang masih ada itu yang telah menyebabkan UMNO sudah digelar rasis?

Rasis ayah kau...

PKR langsung tidak layak berkata apa-apa kerana PKRlah yang sebenarnya menjadi agen penyimbah minyak ke dalam api dalam banyak perkara yang berhubungkait dengan hubungan antara kaum di negara ini sehingga suburnya budaya tuntut menuntut di antara kaum di negara ini.

PAS pula jauh panggang dari api. Kita harapkan merekalah untuk mendaulatkan Islam kerana mereka terus-terusan berkata mereka memperjuangkan Islam. Apa yang terjadi ialah, perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah setakat mana ianya dibenarkan oleh DAP. Sebarang pelanggaran terhadap ruang lingkup perlaksanaan Islam yang dibenarkan oleh DAP, pasti akan menerima padah. Hasan Ali dan Ust.Nasha lebih maklum akan hal ini.

Akhirnya Islam yang dibawa PAS tercampak ke longkang, melayu apatah lagi.... Langsung terhumban ke jamban.

No comments:

Post a Comment