Monday, October 1, 2012

BUDGET KERAJAAN NEGERI PASIR BEDENGUNG PIMPINAN ANWAR...SILA BACA!!

Kalau ikutkan hati memang malas nak menulis. Meluat tengok karenah pembangkang yang tidak bersetuju dalam setiap dan semua perkara, jika ianya datang dari BN, dan pada masa yang sama sentiasa bersetuju dengan apa atau siapa juga yang pandangannya bertentangan dengan BN.

BN buat budget tahunan yang strategik dan yang wajib dilakukan oleh semua kerajaan yang memerintah mana-mana negara, pembangkang pulak sibuk buat budget kanak-kanak main pondok-pondok bawah pokok. Ikut imaginasi dan keseronokan sendiri.

Pembangkang bentang budget ala-ala lelong dalam filem P.Ramlee. Beri pendidikan percuma, hapus PTPTN, air percuma 20mq2 pertama, hapus tol, bagi royalti 20% kepada negeri yang ada minyak dan gas dan pelbagai lagi insentif yang mampu mengosongkan kantung pendapatan negara secara drastik. Tapi bila BN bentang budget untuk rakyat, mereka kata pulak bakal bangkrapkan negara.

Hutang PTPTN yang menjangkau lebih 40 billion dan konsesi tol yang menjangkau lebih 50 billion mahu dihapuskan. Pemberian royalti minyak jika diambil 20% dari jumlah keuntungan Petronas lebih 90 billion bakal menghilangkan pendapatan negara sebanyak 20 billion. Itu bagi mereka tidak membangkrapkan negara. Tapi bayaran dan bonus tunai untuk rakyat dalam pelbagai bentuk yang tak pun mencecah 10 billion dikatakan boleh membangkrapkan negara.

Budget yang dibentangkan BN adalah budget yang nyata dan realistik, manakala budget pondok-pondok ciptaan pembangkang adalah budget yang alibi sifatnya. Mana tak alibinya kerana ia dibentangkan oleh parti bukan pemerintah. Tiada locus standi. 

Jadi untuk apa ianya seperti sudah dijadikan sebagai pembentangan secara rasmi setiap kali BN mahu membentang budget? Tiada mana-mana negara yang melakukan budget pondok-pondok seperti yang dilakukan oleh anak-anak kecil kerajaan Alibi pimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Alibi, DS Anwar Ibrahim yang pernah cuba membuktikan alibi sewaktu berhadapan dengan tuduhan liwat Saiful.

Wahai rakyat Malaysia yang cenderung kepada pembangkang, saya sangat musykil dengan kewarasan dan kemampuan daya akal tuan-tuan dan puan-puan kerana terlalu mudah diperkosa dan diperkotak-katikkan minda oleh seorang Perdana Menteri yang bertaraf alibi seperti Anwar Ibrahim. 

Tuan puan harus ingat akal atau minda yang dikurnia oleh tuhan itu adalah khas untuk makhlukNya yang bernama manusia. Kenapa akal tuan puan terlalu mudah tertipu setiap kali Anwar mahu menipu tuan puan, sedangkan akal yang dianugerahkan kepada tuan puan itu adalah setaraf dengan akal yang diberi tuhan kepada Anwar?

Saya terpaksa mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi dan mencabar minda sedar tuan puan adalah semata-mata di atas maksud "kot-kot" tuan puan boleh tersedar dan tersentak bahawasanya akal tuan puan telah, sedang dan terus diperbodohkan oleh akal Anwar yang mana KPI akalnya pernah diukur pada tahun 1974 dan hanya berupaya mendapat ijazah am Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Ironinya, sebahagian dari akal-akal yang tertipu dek akal Anwar ini ada yang KPInya bertaraf ijazah kelas pertama seperti Rafizi. Lsinlah kalau akal tahap Mahfuz dan Mat Sabu yang langsung tiada KPI.

1 comment:

  1. Realistic konon....tp org dok bahas di parliament dia xda...

    ReplyDelete