Monday, September 17, 2012

JASAD PAKATAN SUDAH MATI!!!

Marah benar sebahagian pembaca pada saya. Dikata saya pemfitnah. Ada yang bertanya adakah saya tengok depan mata kepala tuduhan liwat terhadap Anwar.

Rasionalnya begitulah. Kita tidak boleh aibkan orang lain. Lebih salah lagi kalau kita berniat khusus untuk mengaibkan si-anu si-anu.

Tetapi manusia standard la. Bila kena ke mata sendiri dipicingkan. Bila kena ke perut sendiri dikempiskan. Tapi bila kena mata orang lain, dibesarkan. Bila kena ke perut orang lain, terus dilapah dan disiat. 

Pernahkah puak-puak pakatan yang tak pernah mengaku salah ini melihat ke dalam diri masing-masing? 

Jika tidak kerana budaya membuat fitnah dan dusta yang telah mendarah mendaging di dalam diri mereka, tidak akan timbul cerita PM Najib boleh terlibat dengan pembunuhan Altantunya.

Jika tidak kerana budaya fitnah dan dusta yang telah mendarah mendaging di dalam diri pasukan pakatan rakyat, Rosmah Mansor tidak akan dituduh terlibat secara langsung membunuh Altantunya hingga dikatakan turut berada dilokasi pada waktu pembunuhan dilakukan.

Jika tidak kerana budaya fitnah dan dusta yang mendarah mendaging di dalam otak dan pemikiran pemimpin dan pengikut pakatan rakyat, tidaklah timbul segala jenis macam kisah-kisah buruk dan keji para pemimpin negara yang dihebahkan tanpa perlubmemberi apa-apa bukti dan fakta.

Kerajaan khususnya UMNO dan pemimpin besar UMNO dikatakan "mentekedaghah rasuah" siang malam berjumlah lebih 20 billion setahun. Bukti pun tak pernah ditunjukkan, apa lagi untuk melihat dengan mata kepala. Tapi ia terus dianggap benar belaka.

Pada masa yang sama rasuah dan segala keburukan kerajaan pakatan Selangor terus dipekak-tulikan tanpa diperjelaskan. Sampah sarap dan lalang tumbuh subur di taman-taman perumahan menampakkan dengan jelas wujudnya rasuah di dalam majlis kerajaan tempatan. Tender tidak pernah gagal dikeluarkan kepada kroni pakatan tetapi mata terus semak memandang sekitar taman kerana pembersihan yang tidak terurus. 

Sampai bila pakatan mahu bertahan dan mencari pengaruh hanya dengan berbekalkan segala kisah fitnah dan dusta? Sampai bila Najib dan Rosmah mahu dijadikan subjek serangan fitnah dan dusta tanpa perlu membawa apa-apa dalil?

Sampai ke mana mahu diasak dan difitnah segala rekaan cerita mengenai ketidakadilan SPR, kononnya mendaftar lebih 400,000 pendatang asing untuk membantu BN dalam PRU13?

Tiada bukti yang jelas melainkan hanya merekacipta fitnah dan dusta terhadao SPR. Ironinya, apa yang jelas ketua pemuda PAS Sabah sendiri akhirnya yang didapati adalah pendatang asing.

Jika pakatan boleh membuktikan 100 orang daftar pemilih SPR dan membuktikannya kepada umum segala detail siapa dan dari mana asal usul pendatang yang dikatakan didaftar oleh SPR, sesungguhnya ia sudah lebih dari memadai untuk membuktikan tuduhan mereka benar. Tetapi sehingga hari ini mereka hanya menuduh dan tidak pun membawa apa-apa dalil.

Apa yang jelas pakatan hanya mahu melemparkan seberapa banyak isu yang boleh, ditengah-tengah kekeliruan masyarakat. Isu yang boleh menyebabkan rasa ragu rakyat terhadap profesionalisma SPR dapat diwujudkan.

Lebih sarat tuduhan, isu dan pertikaian dapat ditimbulkan di dalam pemikiran rakyat, maka akan lebih banyak kekeliruan dan keraguan dapat diwujudkan. Itulah satu-satunya strategi yang masih ada pada pakatan dalam usaha mereka untuk mengekalkan pengaruh.

Tanpa bohong, fitnah dan dusta, pakatan tidak boleh hidup dan tidak mampu untuk meraih sokongan ikhlas dari rakyat. 

Rakyat menyokong mereka kerana marah dengan UMNO dan pemimpinnya. Bukan kerana rakyat ikhlas menyokong mereka. Kemarahan rakyat ini timbul disebabkan usaha pengeliruan pemikiran yang dijalankan oleh pakatan melalui pelbagai propaganda bohong, fitnah dan dusta. Bukannya rakyat menyokong mereka disebabkan mereka berkebolehan untuk memimpin. 

Tiada apa-apa rekod cemerlang yang boleh ditunjukkan oleh pakatan bahawa mereka lebih baik dari BN. Sokongan terhadap pakatan adalah semata-mata di atas sentimen kebencian yang berterusan ditimbulkan oleh pakatan terhadap UMNO dan pemimpinnya.      

Tanpa fitnah dan dusta, pakatan akan mati. Ibarat jasad yang tiada roh. Apabila roh yang bernama fitnah dan dusta tercabut dari badan, pakatan, maka jasad pakatan akan busuk ditinggalkan oleh sekelian rakyat jelata.

Rupa-rupanya pakatan sudah lama mati. Yang menyebabkan pakatan terus hidup selama ini bukan disebabkan oleh roh perjuangan, tapi jasadnya telah ditumpang oleh hantu raya yang ke hulu ke hilir membawa dalil palsu. 

1 comment:

  1. Kalau marah, tu petanda baik, marah sebab memang sah kena batang hidung mereka, marah kerana itu bimbang menyebabkan penyokong atas pagar terpengaruh.

    Marah kerana mereka cemas, kurang keyakinan diri untuk menang di PRU13.

    ReplyDelete