Kibaran kembali bendera Sang Saka Malaya yang dulunya bertujuan untuk mendaulatkan Indonesia raya@nusantara di malam ambang merdeka mungkin mendatangkan fobia yang teramat buat DAP.
Jika perjuangan Ibrahim Yaakub, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan lain-lain pendokong agenda memerdekakan tanah melayu melalui Indonesia raya berjaya, sudah pasti perkara-perkara berikut sudah berlaku di tanah melayu;
1. Tiada siapa yang bernama Lim Kit Siang di Malaysia. Mungkin nama ini terpaksa ditukar kepada Halim Wibowo dan Karpal Singh mungkin akan bertukar nama kepada Karpawi Sing Utomo kerana kaum pendatang di bawah program kemerdekaan Indonesia harus menukar identiti nama kaum asal mereka kepada nama Indonesia.
2. Bahasa ibunda kaum pendatang cina dan India mungkin sudah hampir lenyap kerana mereka tidak dibolehkan membuka sekolah aliran vernakular. Ketika ini mungkin semua keturunan kaum pendatang di Malaysia sangat fasih berbahasa kebangsaan Indonesia Raya.
3. Kaum India terpaksa menerima hakikat kaum mereka dipanggil dengan nama "keling" kerana di Indonesia hari ini bangsa Indonesia dari keturunan India dikenali sebagai "Keling". Penempatan kaum ini juga hanya dibenarkan di kawasan-kawasan tertentu seperti Kg Keling di Medan.
4. Kaum pendatang juga tidak dibenarkan membeli hartanah melalui kemerdekaan Indonesia Raya kerana dalam Perkara 10, perlembagaan Indonesia terdapat halangan jelas kepada kaum pendatang untuk memiliki hartanah seperti ladang dan tanah sehinggalah perlembagaan ini diubah oleh pemimpin lemah Indonesia, Gus Dur pada tahun 1997.
Perjuangan Pak Sako dan Ahmad Boestamam ini adalah perjuangan Anwar sejak memimpin ABIM lagi. Hari ini sudah semakin jelas belangnya untuk merobah sistem pemerintahan sediada sesuai menurut citarasanya jika beroleh kuasa.
Jika Anwar berjaya, bermakna Anwar akan tercatat di dalam sejarah nusantara sebagai orang yang paling berjaya memanipuladi semua keadaan dan siapa saja dalam proses untuk mendapatkan kuasa.
DAP pun akan terlopong dengan "permainan tipu-tipu" Anwar...
No comments:
Post a Comment