Thursday, September 6, 2012

RAMALAN: SELEPAS PRU13 MASIH TAK STABIL WALAU BN MENANG 2/3!!!

Bersih 1,2,3 dan seterusnya bukan platform sembarangan. Bukan sekadar untuk menuntut pilihanraya bersih. Bukan sekadar untuk menconteng arang di muka SPR atau kerajaan yang memerintah hari ini.

Bersih adalah langkah dan platform pre-emptive yang diwujudkan oleh pembangkang sekiranya mereka kalah PRU13 nanti.

Bersih akan digunakan untuk menidakkan kemenangan yang bakal diperolehi BN dan kekalahan yang bakal diterima oleh pembangkang.

Sekiranya BN menang dan pakatan kalah, Bersih akan ke hadapan untuk dijual kepada dunia bahawa penipuan dan penyelewengan telah berlaku dalam PRU13.

Walaupun BN menang dengan kemenangan 2/3, keadaan dalam negara belum pasti akan aman dan kembali stabil.

Bersih akan memastikan kelangsungan politik anarki di Malaysia terus berlaku. Bersih akan memastikan kestabilan politik di negara ini tidak akan menjadi realiti.

Bersih pasti tidak akan mengiktiraf keputusan PRU13, jika pakatan pembangkang gagal menakluk Putrajaya.

Jika ada campurtangan asing berlaku selepas PRU13, itu adalah perancangan Bersih. Jika ada kekecohan berlaku selepas PRU13, itu adalah kehendak dan perancangan pre-emptive Bersih yang sudah bermula sejak Bersih 1 lagi.

Rakyat tidak perlu terkejut, jika selepas PRU13 nanti akan ada pihak asing yang akan mempertikaikan keputusan PRU13. Itu semua adalah sebahagian dari modus operandi Bersih untuk menjayakan rancangan pakatan untuk mengambil-alih pemerintahan negara ini.

Kalau "kena gaya" gerakan yang bakal dilakukan, kemungkinan akan ada pihak asing yang tidak akan mengiktiraf PRU13 dan mendesak supaya diadakan pilihanraya semula seperti yang telah banyak terjadi di negara-negara dunia ke-3.

Oleh itu, adalah diingatkan bahawa Bersih bukanlah sekadar suatu perhimpunan aman. Bersih bukanlah sekadar perhimpunan haram. Bersih bukan sekadar peristiwa yang diwujudkan untuk memberi kesan psikologi berterusan terhadap minda rakyat. Bersih bukan sekadar gerakan untuk melabel SPR tidak adil dan bersih.

Bersih adalah platform sapu bersih, iaitu untuk menyapu bersih segala rekod dan imej bersih negara di bawah pentadbiran BN selama lebih 55 tahun daripada ingatan rakyat.

Semua track record jasa, bakti, pengorbanan dan daya kemampuan BN memerintah negara selama ini akan lenyap hasil dari gerakan pre-emptive pembangkang melalui platform Bersih.

Tetapi, semua ramalan ini tidak akan berlaku, jika keputusan PRU13 nanti akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang.

4 comments:

  1. Sama2lah kita beratur nanti...dengan mat2 dan minah Indon, Bangla, Pakistan, Myanmar, Nepal, Vietnam......Nigeria?....untuk mengundi!!!

    hahhahahahah

    gheng lama

    ReplyDelete
  2. Hello! Hello! bangun...hari dah petang ni....itulah kau tidur tak solat zohor kan dah BERMIMPI DI SIANG HARI!. Tak ada orang bagi tau ke BN akan kojol teruk dalam PR 13 ni. Mamakkutty kau orang pun dah maracau-racau sekarang ni....

    ReplyDelete
  3. seumpama sebatang jalanraya yang dibina, maka kita pun memandu kenderaan di atas jalanraya itu. setelah sekian lama dan sebegitu jauh memandu dengan selesa, tiba-tiba kenderaan bergegar kerana terlanggar sebuah lubang kecil. tanpa berfikir panjang kerana menurut hati yang marah, kita pun terus memaki hamun semua yang terlibat dalam pembinaan jalanraya itu.

    begitulah juga dengan kerajaan sesebuah negara yang telah berjaya membina negara dalam keadaan aman dan sejahtera selama berpuluh tahun. memanglah terdapat lubang kelemahan di sana sini kerana bukanlah semua yang terlibat dalam kerajaan itu amanah dalam melaksanakan tanggung jawab masing-masing. maka disebabkan beberapa kelemahan itu, adakah kita mahu menukar, membuang yang sedia ada dan mengambil yang baru menggantikannya?

    jika mahu dikatakan golongan yang mahu menggantikan pemerintah sedia ada itu belum pernah diberi peluang, tidaklah tepat. mereka telah berkuasa di beberapa buah negeri. di selangor misalnya, secara fizikal, kita dapat menyaksikan lubang-lubang di jalan serta banyak juga lubang yang berjalan-jalan. itulah yang dicapai oleh kumpulan yang bercita-cita mahu membina negara, membangunkan Islam kononnya, di negeri yang mereka kuasai. di perak dahulu, pajakan 999 tahun tanah misalnya, di kelantan, masih kekal dengan masalah bekalan air bersih dan di pulau pinang, kedudukan orang tempatan semakin terpinggir dengan kemasukan orang dari Singapura khususnya.

    jelas mereka bukan bidadari atau pari-pari yang membawa kesenangan kerana kekuasaan mereka sehingga kini pun dilihat lebih membawa keburukan berbanding dengan yang lama.

    jangan sampai jalan yang sedikit berlubang itu nanti menjadi lopak yang langsung tidak boleh dilalui oleh kenderaan dengan selesa bila mereka menggenggam kuasa.

    ReplyDelete
  4. haiyoo!! pning baca politik banyak2, x bleh ke korag undi je BN?? habes cite, dah trbukti diorag pndai tdbir ngara, bkan mcm pkr kt slangor, hbes smua tnah jual kt kroni, pastu bising kata ekonomi negeri mnigkat.. KEPALA OTAK LU LAA!!!

    ReplyDelete