Apa yang dikejar oleh Anwar? Apa matlamat DAP? Apa PAS mahu sebenarnya?
Jika yang dikejar Anwar, yang dikehendaki PAS dan matlamat perjuangan DAP selaras dan serasi, bermakna bahaya besar sedang menanti BN pada PRU13 akan datang.
Tapi kenapa setelah hampir 50 tahun matlamat DAP tidak pernah dipersetujui PAS, kini sudah boleh dipersetujui pula?
Sebaliknya, sejak DAP ditubuhkan hinggalah ke hari ini DAP masih tidak bersetuju dengan perjuangan PAS.
Pertentangan jelas dalam asas perjuangan inilah yang menyebabkan DAP dan PAS tidak pernah dapat disatukan di bawah satu bumbung.
DAP tidak pernah walau seinci menukar perlembagaan dan prinsip perjuangannya. Sebaliknya PAS sudah beberapa kali merombak dan meminda prinsip perjuangannya.
Tapi yang peliknya walaupun prinsip di antara ke duanya masih jelas bertentangan, mereka boleh pula duduk se bumbung dan berpelukan. Bukan saja berpelukan, malah PAS bersedia mempertahankan DAP walaupun apa yang dipertahankan itu jelas bertentangan dengan prinsip asas perjuangan ala-Islam PAS.
Sebaliknya DAP tidak menunjukkan sangat mereka bersedia mempertahankan PAS dalam keadaan apa sekali pun. Malah, dalam hal-hal yang lebih spesifik, seperti soal prinsip negara Islam dan hudud yang dibawa oleh PAS, DAPlah yang paling keras menunjukkan penentangannya. Ironinya, DAP lebih keras dari MCA atau MIC terhadap hudud pembawaan PAS.
Tapi, sekali lagi kita pelik, kenapa mereka tetap juga berkeraa mahu duduk bersama di bawah bumbung pakatan rakyat.
Yang paling kita kesian ialah PAS. Walaupun tercungap-cungap tak cukup nafas dihentak oleh DAP kiri kanan, PAS masih terhegeh-hegeh mahukan jugak DAP bersama mereka.
Apalah macam ni nasib yang diterima PAS di hujung-hujung hayat perjuangannya yang dikatakan bersandarkan Al Quran dan Hadis.
Betul-betul bikin malu nama Al Quran dan hadis! Cara PAS dalam percubaannya mengaplikasi Al Quran dan Hadis dalam perjuangannya telah menyebabkan kesucian dan ketinggian Islam dipandang serong oleh bukan Islam.
Seolah-olah Islam itu sebuah agama yang "enggeh" dan "terhegeh-hegeh" minta dibantu dan dikasihani. Caea OAS benar-benar bikin malu kompeni.
Walhal Islam itu cukup suci dan tinggi kedudukannya. Jika tidak kerana Islam, maka nescaya Allah tidak akan wujudkan alam ini.
Kenapa PAS meletakkan ketinggian, kemurnian dan kesucian Islam ini begitu rendah sampai ke tahap muncung DAP? DAP suruh berentikan sebut pasal hudud PAS pun berhenti bercakap. Bila ada pemimpin PAS yang cuba buat berani, bukan saja DAP yang marah, malah pemimpin-pemimpin PAS lain lebih-lebih marah lagi.
Kalau tak percaya tanyalah Ust.Nasha. Dia sudah tahu tinggi rendahnya langit bila terkena penangan pemimpin PAS yang lebih DAP dari DAP.
Semua ini berlaku kerana persefahaman yang dibentuk ini adalah mirip kepada perjanjian Syaitan bisu seperti yang disebut oleh Ust Nasha. Perjanjian persefahaman syaitan bisu ini telah dimeterai dengan disaksikan oleh bapa syaitan bisu yang digelar dengan Anwar Afrid.
Kalau DAP dan PAS itu ibarat lembu, ekor ke dua-duanya sudah diikat mati oleh Anwar Afrid.
Huh, Lu mmg power bro
ReplyDeleteTp Prof ini lg lah Gaban Powernya
ReplyDeletehttp://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13167-negara-berkebajikan-pas-hapus-curiga-bukan-islam
Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.
"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.
"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.