Friday, October 12, 2012

NIK AZIZ VS SHAHNON...

Sah. Nik Aziz mengaku perlukan DAP, tapi bukan untuk mendaulatkan syiar dan syariat Islam, sebaliknya untuk mencapai cita-cita memenangi PRU13. Tegasnya, PAS hanya akan memenangi pilihanraya jika mendapat sokongan bukan Melayu.
Sahlah seperti mana yang dikatakan oleh Ust.Nasha bahawa PAS kini hanya menjadikan perjuangan agama sebagai pilihan ke-2, selepas perjuangan mendapatkan kuasa dijadikan pilihan utama.
“Saya mahu tanya balik, bila kemenangan yang tidak menumpang malah masa nabi sampai Madinah baginda buat perjanjian dengan Yahudi”. Itu jawapan Nik Aziz bagi menjawab kritikan Prof Emiritus Shahnon Ahmad yang mempertikaikan kerjasama dengan DAP yang menampakkan PAS lebih banyak mengalah dan dilabel sebagai pak turut DAP.
Penulis juga ingin bertanya balik kepada Nik Aziz, bila pula Nabi Muhammad saw menumpang Yahudi dalam mendaulat dan menyebarkan Islam?
Adakah tanpa sokongan Yahudi, misi Nabi Muhammad dalam menyebarkan agama akan gagal? Bila pula Yahudi menyatakan sokongan kepada usaha Nabi Muhammad? Setahu penulis, memang ada Yahudi bersumpah-sumpah menyatakan sokongan kepada nabi, tapi Allah swt sendiri telah menempelak sumpah Yahudi dan ia adalah sumpah seorang munafik. Nabi sendiri telah menamakan seramai 83 orang munafik ketika itu, dan memberikannya kepada penyimpan rahsia baginda, Huzaifah r.a.
Apa yang dimaksudkan kemenangan pada kaca mata Nik Aziz dan kemenangan pada kaca mata Nabi Muhammad saw? Apakah kemenangan yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad itu sama dengan maksud kemenangan yang dinyatakan Nik Aziz?
Kemenangan dalam Islam bermaksud kejayaan. Tiada istilah Islam telah menang melainkan dalam menghadapi sesuatu peperangan. Apabila ditanya kepada Abu Sufian kenapa akhirnya dia memeluk dan menerima Islam sewaktu fattah Mekah, beliau berkata dia tidak masuk Islam, sebaliknya Islam yang telah masuk ke dalam dirinya. Fattah Mekah bukan manifestasi kemenangan Islam. Ia adalah manifestasi kejayaan Islam di mana Islam telah diterima oleh seluruh penduduk Mekah. Tiada berlaku peperangan dan pertumpahan darah kerana kaum Quraish Mekah telah menerima islam sebagai agama mereka.
Jadi perjanjian yang bagaimana yang dimaksudkan oleh Nik Aziz yang telah ditandatangani oleh Nabi dengan kaum Yahudi di Madinah? Adakah perjanjian itu melibatkan perkongsian kuasa? Atau adakah perjanjian itu adalah persefahaman untuk sama-sama berjuang mempertahankan dan menyebarkan Islam? Atau ada persefahaman untuk mendapatkan kuasa pemerintahan di Madinah?
Bila pula nabi-nabi dihantar ke muka bumi untuk tujuan mendapatkan kuasa pemerintahan? Cuba tunjukkan mana-mana dari 124,000 nabi dan rasul yang dihantar oleh Allah ke muka bumi yang telah diamanahkan oleh Allah untuk mereka berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan? Nabi Sulaiman? Baginda memang sudah menjadi penguasa dunia ketika diutus. Nabi Musa? Baginda dibesarkan di dalam Istana Firaun. Baginda berpotensi besar untuk menjadi pewaris kerajaan Firaun hasil dari kasih sayang Isteri Firaun terhadap baginda. Kenapa tidak Musa tunggu saja ketikanya untuk baginda mengambil alih warisan kerajaan Firaun dan bila sudah menjawat jawatan sebagai raja, bukankah lebih mudah untuk baginda menyebarkan agama Allah?
Sebaliknya Musa sendiri meninggalkan Istana. Hari ini, mungkin puak PAS boleh saja mengatakan Nabi Musa seorang yang bodoh kerana tidak ada strategi dalam berdakwah dan menyebar agama…
Inilah yang tidak cuba dimengerti oleh para pejuang agama yang berteraskan politik dan kuasa. Mereka merasakan sudah terlalu cerdik dan lebih strategis, melebihi kebijaksanaan dan strategi dakwah nab-nabi yang mendapat pimpinan secara langsung dari allah swt.
Nabi-nabi dihantar ke muka bumi semata-mata untuk manusia beriman kepada Allah termasuklah Yahudi ataupun cina DAP.
Kejayaan dan kemenangan sebenar perjuangan nabi-nabi di sisi Allah adalah sejauh mana para utusan Allah itu menjalankan amanah dan tanggungjawab kenabian mereka dan bukan sejauh mana mereka yang diutus ini berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan di dunia ini. Jika tiada seorang umat manusia atau pengikut pun yang mahu beriman dengan seruan nabi-nabi. Ia tetap berjaya di sisi Allah. Jika kemenangan atau kejayaan itu diukur dari majoriti bilangan umat yang menerima seruan, maka boleh dikatakan semua nabi-nabi telah gagal dalam misi masing-masing dalam memperjuangkan agama. Nabi Muhammad sendiri juga boleh dikira gagal kerana gagal mengislamkan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Untuk ini, PAS harus balik ke pangkal jalan kerana perjuangannya sudah begitu jauh lari dari maksud sebenar seperti mana maksud dan tugas kenabian yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Hindarilah dari kesesatan sebelum anda disesatkan…

3 comments:

  1. Sejak dulu perbandingan yang dibuat oleh Nik Aziz ni kadang2 menjengkelkan...Pemahaman beliau nyata berbeza sekali dgn pemahaman orang lain, sebab itu dia terlanjur berkata Tuhan juga mencarut.. ish..ish..ish

    "perlukan bantuan DAP" "Numpang" Termakan budi tergadailah bodi.. hahaha..

    Gila nak kuasa dia ni... mana ada perjuangan..

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau PanjangOctober 13, 2012 at 1:04 PM

    Inilah kata orang bila bercakap tentang sejarah jangan pula kita palitkan dengan kuasa dan gabungan DAP masa kini dengan masa Rasullulah..jangan nak kaburkan kebenaran dengan kebatilan...nak jadi penyokong satu-satu parti tu kena lah tahu juga sejarah sebenar baru orang tak kata kita dah jadi politik nasi kerabu.....

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz sejak join DAP je baru sedar tentang Perjanjian Madinah.. Mereka baru nak Belajar Sejarah Islam. UMNO dah lama mencontohi perjanjian tu.. sebab UMNO dah lama Islam.

    Pasal Hudud pun sama UMNO dah lama tau... Org Pas baru tau.. yang dia masih tak tau atau buat2 tak tau, pasal nak pinda perlembagaan kena majority 2/3. realitinya Boleh kah Pas sendirian dapat majoriti 2/3. UMNO sendirian pun tak pernah dapat majoriti 2/3.

    PAS ni sebenarnya tak layak bertanding dalam pilihanraya demokrasi.. Sebab dia tak paham apa yg dia boleh buat dan apa yg dia tak boleh buat kalau menang PRU. Kerjanya jual air liur, jual temberang...Pembohong... munafik mcm Mat Sabu bila masuk Mahkamah faktanya lintang pukang...

    Bro!..Betul ke aku cakap tu...? Kalau salah tolonglah betulkan... Awas kalau-kalau Nik Aziz ni syaitan yg menyamar ulamak.

    ReplyDelete