Tidak dapat tidak, pengakuan terbuka PAS dan Nik Aziz yang mengakui betapa pentingnya kerjasama PAS-DAP untuk membolehkan PAS beroleh kuasa akan menyebabkan berlaku penyusutan sokongan orang Melayu dan Islam terhadap PAS.
1. Penyusutan paling ketara akan berlaku dalam kategori pengundi atas pagar yang akan membuat keputusan pada saat-saat akhir atau di atas faktor-faktor perkembangan mutakhir yang berlaku.
2. Penyusutan kadar sokongan juga akan berlaku di kalangan penyokong PAS dalam kategori “lurus bendul”, iaitu yang benar-benar bersangka baik dan menyokong perjuangan PAS selama ini disebabkan nama Islam yang dijunjung oleh PAS.
3. Penyusutan sokongan juga turut berlaku di kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang tegar dengan pegangan dan prinsip asal perjuangan asal PAS yang konsisten dalam memperjuangkan Islam.
Kategori ke 3 ini telah pun berlaku, dan gelombang pertama ianya terjadi ialah pada saat Dr Hassan Ali dipecat oleh kepimpinan PAS. Gelombang ke-2 sedang tercipta dan terus berlaku adalah kesan dari perbezaan prinsip yang wujud di antara Ust.Nasha dan kepimpinan tertinggi PAS. Jelas, dalam isu ini, Ust.Nasha lebih jelas dan konsisten terhadap pegangan prinsip perjuangannya berbanding dengan lain-lain pemimpin PAS.
Kategori ke-2, iaitu penyokong “lurus bendul” juga cukup ramai di dalam PAS. Mereka ini adalah terdiri dari umat Islam Melayu yang ideal perjuangan Islamnya. Mereka membayangkan Islam ini suci dan praktikal untuk dilaksanakan secara berkesan melalui sistem politik dan pemerintahan. Mereka berkeyakinan usaha merealisasikan proses Islamisasi di Malaysia ini hanya boleh terlaksana melalui PAS.
Kategori pertama, iaitu pengundi atas pagar adalah paling ramai. Golongan ini sangat terkesan dengan situasi semasa yang berlaku. Mereka adalah pengundi yang tidak berparti. Mereka hanya menjadi pengundi dan undian atau pilihan yang dilakukan oleh golongan ini adalah bersandarkan apa yang terjadi dan dilihat berlaku pada permukaan saja.
Suasana semasa yang dicetuskan oleh para pemimpin tertinggi PAS, berupaya membogelkan “niat tersembunyi PAS” selama ini, iaitu PAS pada hakikatnya tiada beza dengan UMNO. PAS hanyalah sebuah parti politik yang bermatlamatkan kepada kemenangan merebut kuasa pemerintahan melalui pilihan raya.
Golongan atas pagar ini adalah golongan yang paling sensitif dalam soal masa depan Agama, bangsa dan negara, walaupun mereka tidak terlibat dengan politik. Golongan inilah yang tidak mahu “pening kepala” atau berdebat dan bergaduh kerana politik. Golongan ini sangat survival pemikirannya. Apa yang mereka mahu hanyalah “kesenangan dan keselesaan hidup tanpa ada hiruk pikuk tak tentu hala sepanjang masa”. Golongan ini tidak suka orang berlebih-lebihan berpolitik, baik orang itu orang UMNO, mahupun orang pakatan. Mereka adalah golongan yang cepat fed-up melihat telatah para ahli politik yang tidak habis-habis berpolitik seolah-olah tanpa politik dunia akan kiamat.
Jika kategori 1 ini mewakili 30% dari keseluruhan pengundi, dalam senario yang berlaku mutakhir ini, majoriti kalangan mereka ini semakin jelas akan berpihak kepada ‘incumbent’, iaitu BN. Mungkin sebahagian besar kalangan ini adalah pengundi pakatan dalam PRU12 yang lalu disebabkan terlalu fed-up dengan kepimpinan lembik Pak Lah.
Kategori atas pagar yang selama ini memenangkan BN telah beralih kepada pakatan pada PRU12 kerana faktor suasana semasa kepimpinan negara ketika itu yang sangat memualkan. Maka mereka bertindak menyeberang dan beralih rasa mengundi pembangkang. Tanpa swing votes dari pengundi atas pagar ini, BN tidak mungkin akan hilang majoriti 2/3 keran merekalah selama ini yang menyumbang kepada kemenangan 2/3 BN pada setiap kali PRU.
BN hanya memerlukan 7% ‘swing votes’ dari “mengundi pakatan kepada mengundi semula BN” untuk membolehkan BN memerintah dengan majoriti 2/3.
Angka ini sudah terlalu hampir atau mungkin sudah lebih dari sasaran 7% dicapai dengan “suasana peralihan angin” pengundi atas pagar disebabkan ragam dan politik keterlaluan yang digerakkan oleh pakatan.
Pendekatan politik, politik dan politik yang tidak pernah surut yang dilakukan oleh pembangkang sudah terlalu jauh tersasar dan ‘overbought’. Inilah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh pakatan. Mereka tidak sedar pendekatan “kontroversi memanjang” yang digerakkannya hanya berupaya mengekalkan sokongan pengundi tegar dan taksub. Mereka lupa sasaran sebenar yang sepatutnya ditumpukan adalah menumpukan kepada isu yang boleh menarik sokongan pengundi atas pagar.
Pengumuman janji Tol percuma, harga kereta rendah, pendidikan percuma dan segala kos hidup turun dan menjadi harga runtuh bukanlah ubat untuk menarik sokongan golongan ini. Mereka makin menyampah dengan janji lelong murah yang tidak berpijak di bumi nyata. Janji sedia ada pun tidak tertunai, sudah berjanji lagi dengan imbuhan lebih hebat.
Rakyat tidaklah sebodoh penyokong taksub mereka yang menerima bulat-bulat dan buta-buta apa yang disuapkan oleh para pemimpin mereka.
Jadi PM Najib jangan ragu-ragu. Bubarlah parlimen dengan penuh keyakinan. BN akan kembali dengan 2/3, insya-Allah…Bubarlah… Allah tidak akan sesekali membenarkan pembangkang mempermain-mainkan agamanya untuk santapan politik. “Mulut mereka mengukir bait-bait ayat suci, tapi hati merekaseperti serigala”. Ini pernah disebut oleh Nabi saw.
No comments:
Post a Comment