Tuesday, October 16, 2012

HARUN DIN INGATKAN PENDOKONG PKR JANGAN MELAWAN TAKDIR...

Kalaulah penyokong dan pendokong PKR berfikir menggunakan akal, sudah lama tuhan selamatkan mereka dari bergelumang dengan fitnah, bohong dan dusta. Tapi disebabkan kesombongan, riak dan takabbur yang menguasai diri, mereka tidak diberi petunjuk dan tidak mahu menerima hakikat dan takdir yang berlaku. Sebaliknya mereka sendiri yang berusaha dan cuba bertindak mengawal takdir dan realiti agar berlaku mengikut rentak dan kehendak mereka.

Tapi manalah mungkin Allah mahu disamatarafkan dengan makhluk kejadianNya sendiri yang boleh ditipu, dipengaruhi dan dipaksa menurut saja kehendak dan aturan yang memihak kepada puak mereka. Kalau mereka nak buat rumah atau buat kereta bolehlah mereka buat ikut selera dan kehendak mereka. Nak buat rumah batu atau nak buat rumah tiang 16 itu terpulang kepada mereka. Kalau nak buat kereta 6 tayar atau 4 tayar terpulanglah. Allah tiada halangan dan Dia izinkan selagi mahu. Tapi bab “takdir dan ketentuan” itu hak Allah. Ikut suka Allahlah macam mana nak tetapkan.

Itu yang dimaksudkan sebagai kita merancang, Allah menentukan. Kita merancang, tapi Allah adalah maha perancang. Allahlah sebaik-baik merancang dan pengatur segala kejadian dan ketetapan walaupun ia berkaitan dengan hal-ehwal sebesar tungau atau kuman.
Kita manusia diberi kelebihan akal sebagai “arbitrator” kepada setiap keputusan yang kita mahu lakukan. Baik permintaan kita, maka baiklah ilham yang ditransformasi dari akal kita. Buruk permintaan kita, maka buruklah ilham yang terpacul dari akal yang diberi Tuhan.

Itulah maksudnya Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah menzalimi atau menganiaya hamba-hambaNYa. Sebarang kezaliman atau penganiayaan yang terjadi kepada hambaNya, itu adalah di atas kehendak dan permintaan hambanya sendiri. Allah bebas dari sifat zalim dan aniaya. Bahkan Allah tidak bertindak mencampakkan hambanya ke dalam neraka. Si hamba itu sendirilah yang akan mencampakkan dirinya ke dalam neraka hasil dari perbuatan dan amal buruk mereka kerana perbuatan itu terhasil dari permintaan mereka sendiri. Permintaan buruk hasil dari ilham yang terpacul dari akal itulah pada hakikatnya yang telah menjerumuskan hambanya kepada perbuatan salah dan buruk yang mereka lakukan. Akal mereka gagal berfungsi sebagai “penimbang tara” kepada setiap perbuatan yang mereka lakukan.

Di bawah, disenaraikan di antara perkara-perkara yang telah menyumbang kepada “tabiat cuba melawan takdir” yang telah dipersembahkan oleh penyokong dan pendokong PKR;

1. Menafikan yang jelas berlaku di depan mata tetapi menerima bulat-bulat ilusi dan imaginasi buruk sebagai benar dan nyata. Contoh terlalu banyak. Antaranya;
1a. Video tulen yang disahkan oleh para pakar dianggap palsu, tetapi ilusi dan gambaran lakar Rosmah terlibat secara langsung membunuh Altantuya dilokasi pembunuhan dibenarkan.

1b. Video klip Azmin ditarik zip seluar dalam jamban ditolak mentah-mentah, tapi photo super-imposed Najib dan Altantuya terus dianggap photo asli.

1c. Anwar terang-terangan bermewah dengan Bas Mewah dan sewaan jet mewah untuk berkempen selaku ahli politik menggunakan duit rakyat dianggap satu keperluan, tapi Najib selaku Perdana Menteri yang menjalankan kewajipan sebagai kepala negara dianggap membazirkan wang rakyat apabila menaiki jet atau menikmati keraian sebagai penjawat Perdana Menteri Malaysia. Bahkan, kemudahan yang diterima selaku ketua negara sewaktu menunaikan haji yang sememangnya disediakan oleh kerajaan saudi kepada mana-mana ketua negara pun dianggap sebagai cuba membazirkan wang rakyat.

2. Segala tuduhan yang dipalitkan kepada pemimpin kerajaan hampir semuanya sudah terpercik ke muka sendiri. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Tapi semua ini mereka tidak mahu memahami kenapa ia berlaku seperti itu.

2a. Mereka tuduh kerajaan UMNO rasuah, akhirnya mereka yang melakukan rasuah terang-terangan. Rumah mewah Guan Eng, kereta mewah porche Ahli Parlimen PKR, rumah jutaan ringgit Anwar, semuanya mereka anggap diperolehi secara halal, tapi sebarang kemewahan di pihak UMNO pasti terhasil dari rasuah.

2b. Mereka tuduh UMNO menjual negara dan merompak hasil mahsyul negara, tapi merekalah penjual negara yang telah terbukti. Menerima bantuan asing dana Soros secara terang-terangan. Semua ini tidak dijawab sebaliknya mereka menggembar-gemburkan pertemuan Soros dengan Mahathir dan Najib. Pertemuan rahsia dan tidak diketahui buah butir dianggap tunduk epada Soros tetapi bantuan dana yang jelas daripada Soros terus ditelan untuk digunakan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

3. Terlalu banyak untuk dicatat bagaimana Allah telah membalikkan semua tuduhan yang telah mereka hamburkan terhadap UMNO, ke batang hidung mereka sendiri. Tetapi mereka tidak mahu berfikir dan menggunakan akal mereka secara adil dan saksama. Akhirnya, Allah tutup pintu hati mereka dari menerima kebenaran, takdir dan ketentuan.

Buruk permintaan mereka, maka buruklah perbuatan mereka. Allah “mengizinkan” mereka melakukan keburukan tapi “keizinan”Allah itu belum pasti halal dan diredhai. Mereka mahu Allah ikut selera dan kehendak mereka, tapi mereka tidak tahu bahawa yang sebenarnya harus diusahakan ialah agar Allah turunkan “pemberian”NYA yang pasti halal dan diredhai.

Kalau nak terus sesat ikutlah tafsiran WAMAKARU Anwar Ibrahim.

2 comments:

  1. Perkara yang sama jugak berlaku kat pemimpin2 umno,Allah Maha Besar dan Maha Adil.Penyokong2 umno pun tak tahu berfikir malah banyak membuat fitnah terutama blogger2 mereka.

    ReplyDelete
  2. bn ni umpama bapak kita....mana kala pr ni adalah jiran kita..
    segala kelemahan dalam rumah kita...xkan nak salahkan jiran kita..
    anwar...naik jet utk berkempen...mana mungkin dia guna duit cukai yg dibayar oleh rakyat?
    dipukul canang 7 hari, 7 malam anwar dapat dana dari soros sedangkan yg najib dan manthir pun jumpa soros...
    soalnya, kenapa najib perlu jumpa soros...cuma borak2 kosong?...tolonglah...rakyat tak sebuta dan setuli yg umno bayangkan...

    ReplyDelete