Wednesday, October 17, 2012

AES: JPJ, MOT NI BETUL KE TAK BETUL?

AES yang dipasang JPJ ni kita sokong. Ini kaedah preventive yang baik untuk memastikan pengguna jalanraya mematuhi segala peraturan. AES ni bolehlah dikatakan kaedah preventive kelas pertama.

Tapi masalahnya, prasarana papan tanda dan amaran kepada pengguna masih kelas 3. Papan tanda had laju se nogori satu. Pasanglah banyak-banyak. Setiap 500 meter ke, setiap 1KM ke. Barulah pengguna alert. Pengguna jalanraya bukan tak mahu ikut. Ada la yang tegar dan bega tapi bukan majoriti.

Pengguna jalanraya, terutama kalangan wanita adalah golongan yang paling takut kena saman. Tapi saman yang mereka terima sama banyak dengan pengguna lelaki. Bukan kerana mereka tegar dan bega, tapi hanya disebabkan mereka tak nampak papan tanda. Kita masa driving bukan 24 jam nak memikir hal papan tanda dan had laju je. Banyak lagi hal lain yang bermain dalam kepala.

Jadi JPJ dan Kementerian pengangkutan ni biarlah adil dan rasional sikit kepada pengguna. Kalau nak buat AES tu setiap KM pun tak apa. Lagi bagus. Tapi pastikanlah prasarana dan papan tanda juga mesra pengguna.

Ada faham ka JPJ? MOT?

4 comments:

  1. Agreed. Di tempat-tempat tertentu, along jalan Kuching-Miri ada dipasang ingatan/warning tentang AES. Boleh tengok dan nampak. Tetapi, berapa had laju yang dimaksudkan tidak dinyatakan. Tak bolehlah assume semua orang tahu. Semua orang ingat. Tanya lawyer pun bukan semua tahu had-had laju di jalan-jalan tertentu. Gunakan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritikal & Kreatif) sikit dalam penyediaan notification begini untuk keselesaan orang ramai.

    ReplyDelete
  2. Kalau letak banyak banyak tanda amaran, mana lah boleh cari makan ?

    ReplyDelete
  3. Hari ini Kerajaan Pakatan MENANG, Besoknya kita batalkan AES

    ReplyDelete