Thursday, October 4, 2012

RAKYAT MALAYSIA BARU TAHU ANWAR SEORANG RASIONALIS!!

Anwar menyifatkan umat Islam yang berdemontrasi bagi menyatakan kecintaan dan membantah penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW sebagai mempunyai masalah jiwa (psyche) dan emosional.

Bagaimana dengan demonstrasi demi demonstrasi yang didalangi oleh Anwar selama ini?

Anwar menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan demonstrasi. Emosi dan jiwa Anwar hanya tahu cara bekerja dengan cara berdemonstrasi. 

Seolah-olah jiwa dan emosinya tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengadakan demonstrasi. Jika tidak membuat demonstrasi dan tidak mengajak rakyat keluar untuk menunjuk perasaan dan membuat kekecohan, mungkin Anwar sudah lama hilang dibawa arus.

Manusia yang paling emosional sewaktu berdemonstrasi dan sewaktu berucap adalah Anwar Ibrahim. Tanda jelas yang tidak dapat ditutup, ialah tangannya tidak boleh tenang dan duduk diam ketika bercakap. Nampak jelas tiada ketenangan jiwa sewaktu bercakap atau berucap. 

Bila bangkit soal penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw, barulah dia bertukar 100% menjadi seorang rasionalis. Itu pun bukannya dia mengajak supaya umat Islam supaya berfikiran rasional. Dia memberi komen kepada majalah barat yang tidak tahu dan memang tidak faham pun tentang Islam.

Jika beginilah rasionalnya pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh Anwar,  tidak akan wujud perpecahan di antara umat Islam di negara ini dan demonstrasi gila yang sudah menjadi budaya hidup sebahagian dari penyokong pembangkang di negara ini tidak akan terjadi.

Anwar tidak layak sama sekali untuk bercakap soal kewarasan kerana semua yang dilakukannya adalah di atas dasar sentimen, emosional dan dendam kesumat yang tidak mungkin terpadam. Jiwa Anwar adalah jiwa yang "berkecamuk dan konflik". Tiada ketenangan walaupun dia cuba untuk kelihatan tenang dan waras.

2 comments:

  1. Bro.., lari topik sikit. Tolong ce cite, ce cite Ali Ketam. Betul ke anak kahwin masuk Malaysia Book of Records. Kalau betul, lain bona solero dio ni yo. Bengong boto. Tu yang namo eh, buek mau buek mau tapi tak monureh!!!

    ReplyDelete
  2. Anwar ni..'Padi dia kata Nasi' tu yang berbungkus lehernya dulu tu tertelan padi lah tu.. lepas tu ramai konco2 yang cabut.... takut tercekik.

    ReplyDelete