Sunday, October 28, 2012

RUKUN IMAN PENYOKONG TAKSUB ANWAR TAK CUKUP SATU.....

Ust Ismail Mina, sahabat merangkap guru kepada Anwar, akhirnya tidak mampu lagi bersubahat dengan Anwar.

Dr Chandra Mudzafar, sahabat dan mempunyai banyak persamaan idealisma perjuangan sejak 70an, awal-awal lagi meninggalkan Anwar.

Dr Hasan Ali sahabat karib dalam perjuangan juga akhirnya tidak mampu lagi bersama Anwar.

Dr Siddiq Baba, Bekas Timbalan, bekas Presiden Abim, pejuang dan promoter idealisma Anwar yang terulung juga akhirnya surrender. Tak boleh lagi bersama Anwar dalam perjuangan.

Semua nama di atas amat dihormati dari segi keistiqomahan dalam berpegang kepada prinsip dan idealisma perjuangan mereka. Mereka asalnya bukan politician dan ada kalangan mereka terjun ke dunia politik setelah Anwar dipecat. Mereka terjun politik kerana bersimpati dan mahu menjunjung dan terus mempertahankan Anwar dan prinsip perjuangan Anwar yang kononnya pada pandangan mereka sangat telus, tulus dan ikhlas. 

Mereka berpendapat pada ketika itu Anwar wajib dipertahankan. Anwar setelah kononnya menjadi mangsa politik dan musuh kepada prinsip perjuangan mereka yang cuba dibawa ke dalam UMNO. Maka mereka merasakan wajib mempertahankan Anwar.

Tapi, kesemuanya akhirnya surrender dan lari meninggalkan Anwar. Adakah mereka lari kerana wang juga? Apakah semua mereka yang pernah bersama Anwar dan kemudian lari dari Anwar secara konsensus wajib dituduh dengan tuduhan yang sama, iaitu kerana wang?

Apakah andainya nanti jika semua kawan Anwar meninggalkan Anwar sehingga Anwar berseorangan, itu juga kerana wang?

Apakah Yusof Qardawi yang sudah mula ragu dengan Anwar juga turut terlibat dengan unsur wang?

Dato Lajim, Chua Jui Meng dan ramai lagi yang sudah bersama Anwar dan meninggalkan BN/UMNO itu kerana apa pulak? Kerana perjuangan?

Dr Asri mantan mufti yang sekejap pandangannya kelihatan menyokong UMNO dan sekejap kelihatan menyokong PAS dan pakatan tu kenapa pulak? Adakah setiap kali dia berkata-kata dan memberi pandangan itu kerana imbuhan? Apakah Dr Asri sudah menerima imbuhan dari semua pihak termasuk BN, PAS, PKR dan lain-lain yang berkenaan?

Kelompok yang tidak mahu mengakui hakikat dan kenyataan ini adalah golongan yang tidak mengakui percaya kepada qada dan qadar itu  sebagai sebahagian dari rukun iman. Mereka adalah golongan yang mahu sesiapa saja termasuk Allah swt menurut saja segala kehendak dan kemahuan mereka.

No comments:

Post a Comment