Dalam situasi kecenderungan sokongan yang hampir menyebelahi BN hari ini, PM Najib harus menumpukan kepada usaha menambah lagi keyakinan rakyat bahawa BN sahaja satu-satunya pilihan yang boleh dipercayai rakyat untuk terus memerintah negara ini.
Segala dasar dan transformasi kerajaan pimpinan Najib sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk membuktikan keupayaan Najib dalam memimpin BN, UMNO dan kerajaan yang ditinggalkan oleh Pak Lah dalam keadaan paling lemah dalam sejarah pemerintahan BN.
Sayangnya segala keupayaan dan pencapaian ini masih belum betul-betul menyerap di dalam pemikiran rakyat secara berkesan.
Walaupun terdapat petanda-petanda yang meyakinkan bahawa sokongan rakyat telah kembali kepada BN, sokongan ini masih belum benar-benar jelas memihak secara 2/3 kepada BN.
Usaha pemantapan keyakinan 2/3 rakyat ini harus digerakkan melalui langkah-langkah yang lebih tegas dan meyakinkan.
Perkara paling penting yang harus dibuktikan kepada rakyat ialah, disamping program janji ditepati, PM Najib harus juga "menjanjikan" bahawa mereka-mereka yang bakal dipilih untuk mengisi kepimpinan selepas PRU13 adalah terdiri dari kalangan calon-calon yang "dipercayai dan diyakini" berkemampuan memenuhi segala janji-janji yang telah, sedang dan akan terus diumumkan dari masa ke semasa termasuklah janji yang bakal dibuat melalui manifesto BN menjelang PRU13 nanti.
PM harus menjanjikan kepada rakyat bahawa barisan yang bakal diketengahkan oleh BN pada PRU13 nanti adalah barisan paling berwibawa, mantap dan berkredibiliti tinggi serta boleh dipercayai dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi wakil rakyat kepada BN dalam menepati dan memenuhi segala janji kerajaan terhadap rakyat.
Transformasi politik yang diumumkan oleh PM Najib harus mengambil pertimbangan mengenai soal kepimpinan masa depan yang bakal disediakan oleh BN dalam mengisi aspirasi dan tuntutan rakyat yang sudah sama sekali berbeza dengan tuntutan dan aspirasi lampau.
Jika PM Najib dapat menawarkan barisan kepimpinan baru untuk menggalas tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan masa depan yang "serasi" dengan kehendak dan aspirasi majoriti rakyat, sudah pasti rakyat akan benar-benar yakin bahawa Najib dan BN benar-benar berupaya mengisi citarasa dan kehendak majoriti rakyat.
Segala dasar dan transformasi yang diketengahkan oleh Najib selama ini juga akan benar-benar diakui, diterima dan diserap oleh rakyat.
Ibu kepada segala kekuatan politik ialah "kepercayaan dan keyakinan" secara majoriti, manakala ibu kepada segala punca yang membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan dalam sistem demokrasi ialah "hilang kepercayaan dan keyakinan" dari majoriti rakyat.
Apabila rakyat sudah "hilang kepercayaan dan keyakinan" kepada kepimpinan pemerintah, itu adalah petanda besar bahawa pihak pemerintah bakal menerima malapetaka "kekalahan" dalam pilihanraya.
Apabila kepercayaan dan keyakinan majoriti rakyat kepada kerajaan sudah longgar, ketika itulah bermulanya saat-saat di mana setiap dasar, tindakan, langkah mahupun inisiatif pihak pemerintah akan dipertikaikan, walau sebaik mana sekali pun dasar dan inisiatif yang dirangka untuk faedah rakyat.
Inilah realiti yang sedang dihadapi oleh BN dan UMNO peninggalan Pak Lah. Nasib PM Najib tidak sebaik nasib Pak Lah, kerana ke dua-duanya mengambilalih pemerintahan di dalam dua keadaan yang sama sekali berbeza. Pak Lah mengambil kepimpinan di waktu kepercayaan dan keyakinan rakyat begitu tinggi terhadap BN peninggalan Tun M, manakala Najib pula mengambilalih nakhoda peninggalan Pak Lah yang sudah mengalami kerosakan terok. Hampir majoriti anak kapal sudah hilang keyakinan untuk belayar dengan kapal yang dikhuatiri akan tenggelam di lautan.
Dalam keadaan parti dan kerajaan yang rosak terok inilah Najib dipertanggungjawabkan untuk terus belayar dan pada masa yang sama memperbaiki segala kerosakan yang sudah berlaku.
Untuk mendapat "kepercayaan dan keyakinan semula" anak-anak kapal untuk terus belayar bersama bukanlah suatu kerja mudah.
Setiap kerja baikpulih yang dilakukan oleh Najib akan diperhati secara dekat oleh rakyat. Sudah pasti ada saja pihak yang mempertikaikannya. Apatah lagi di dalam kapal tersebut juga wujud golongan yang disebut oleh Nabi saw sebagai golongan bodoh yang bertindak membocorkan kapal.
Di saat inilah PM Najib harus cekap dan pada masa yang sama teliti dalam melakukan kerja baik pulih. Teliti dalam memastikan segala langkah dan keputusan di dalam membuat kerja baik pulih dibuat dengan tepat dan memenuhi tuntutan atau spesifikasi ke arah "memulihkan kapal". Pada masa yang sama PM Najib juga harus cekap mengemudi kapal yang masih belum pulih dan masih belum diyakini sepenuhnya oleh anak kapal.
Hari ini sudah terbukti bahawa kesungguhan PM Najib untuk memperbetulkan kesilapan lalu amat jelas kelihatan melalui pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan.
Hari ini juga sudah terbukti, ekonomi negara terus maju dan berkembang sehingga negara telah diiktiraf sebagai negara ke 12 paling berdaya saing di dunia mengatasi Sweden, Jepun, German dan juga switzerland yang diketahui selama ini sebagai antara negara paling berdaya saing.
Dan, pelbagai lagi bukti yang menunjukkan bahawa PM Najib benar-benar mempunyai keupayaan untuk membawa negara keluar dari ketidakstabilan politik dan ekonomi.
Walaupun sudah wujud peningkatan kepercayaan dan keyakinan rakyat, tetapi kerajaan BN masih lagi dihantui dengan virus "persepsi negatif" yang disebarkan oleh pembawa virus di kalangan pembangkang yang mahu mengambil kesempatan terbaik ini untuk mengambilalih pemerintahan. Virus "persepsi negatif" yang dibawa oleh pembawa-pembawa ini seringkali mendatangkan "contraction" terhadap usahabaik pulih keyakinan rakyat yang sedang dilakukan oleh Najib.
Untuk ini, PM Najib harus melakukan usaha-usaha tambahan yang lebih penting, iaitu gerakan melupuskan sisa-sisa "persepsi negatif" yang sering merencatkan usaha membina semula keyakinan rakyat.
Bagaimanakah kaedah seterusnya yang harus dilakukan di dalam mengembalikan ibu kepada kekuatan politik i.e. "kepercayaan dan keyakinan rakyat", seterusnya pada masa yang sama menghapuskan segala sisa-sisa persepsi negatif terhadap kerajaan?
PRU sudah semakin hampir. Tidak banyak lagi pilihan yang ada untuk melakukan kerja baik pulih disebabkan kesuntukan masa.
Tindakan PM Najib harus nekad dan drastik. Usaha terakhir yang lazim dilakukan oleh seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa pesakit ialah melakukan pembedahan. Jika usaha memotong sebahagian anggota badan itu boleh menyelamatkan nyawa seseorang pesakit, anggota badan itu harus dipotong.
Usaha-usaha terakhir masih ada untuk PM Najib mempastikan kerajaan ini terus selamat dan mendapat mandat lebih besar.
Keberanian PM Najib memotong mereka-mereka yang berstatus "liabiliti" dan "calon boleh kalah" walaupun mereka bertaraf "warlord" amatlah dituntut.
Keberanian untuk turut memotong calon yang mempunyai peluang 50-50 untuk menang juga amatlah dituntut kerana BN tidak mampu untuk kehilangan walau 1 kerusi hanya disebabkan kalah tipis.
Ketelitian PM Najib untuk menawarkan calon yang benar-benar boleh menang dan yang terbaik dari segi sokongan pengundi amatlah dituntut di dalam keadaan hari ini.
Keberanian PM Najib untuk menawarkan kepada rakyat pelapis dan calon-calon baru, muda, dinamik, berintegriti dan berwibawa di seluruh negara, mampu untuk memberi pukulan maut kepada pembangkang.
Keberanian melakukan transformasi dan rupabentuk kepimpinan baru secara besar-besaran ini berupaya menghapuskan segala sisa-sisa persepsi negatif yang selama ini menghantui pemikiran rakyat.
Keberanian melakukan penanaman semula ladang kepimpinan secara besar-besaran dan menggantikan pokok-pokok yang sudah tidak berupaya lagi mengeluarkan hasil akan mewujudkan sebuah harapan baru di hati setiap rakyat bahawa BN benar-benar sedia berubah dan boleh diberi semula mandat.
Keberanian ini juga berupaya menggamit semula hati rakyat untuk bertindak nekad dan penuh yakin untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada BN untuk terus memimpin negara ini.
Jika PM Najib punya "kepercayaan dan keyakinan" yang cukup kuat dalam melakukan transformasi politik menggunakan "kaedah penanaman semula" barisan kepimpinan baru dan bertenaga di seluruh peringkat kepimpinan, separuh dari kejayaan sudah berada di genggaman sebaik saja parlimen dibubarkan.
Sebaik hari mengundi, BN bakal dikonfomkan oleh pengundi sebagai pemenang 2/3 PRU13...
Dari segi pentadbiran, pengurusan ekonomi dan pembaik pulihan kapal yang hampir teggelam tadi dalam tempoh hanya 3 tahun, PM Najib ternyata cemerlang. Jika rakyat memberi sedikit masa lagi kepada beliau mungkin seorang lagi 'Dr Mahathir' akan lahir di bumi bertuah ini. Yes Transformasi Politik (PTP)amat diperlukan..
ReplyDeletehutang negara yg mencecah setengah trilion, apalak ceritanya..?
ReplyDeletepunah ranah le negara jika UBN masih terus memerintah...Allah swt selamatkan negaraku tercinta Malaysia dr syaitan2 yg dikenali...
ReplyDelete