Rakyat secara majoritinya khususnya orang melayu sudah maklum siapa dan apa asas perjuangan DAP yang sebenar.
Rakyat khususnya orang melayu sudah maklum apa dan setakat mana asas dan nilai-nilai Islam yang dibawa oleh PAS melalui kerjasama secara kahwin taklid dan fasakh dengan DAP. DAP secara terang-terangan telah "bernikah secara taklid" dengan PAS. DAP dalam lafaz nikahnya dengan PAS dengan jelas menyebut, langkah mayatnya dahulu jika PAS mahu laksanakan hukum Islam dalam pemerintahannya.
Chua Soi Lek pula tanpa ada apa-apa locus standi sebagai penganut Islam telah secara desperado cuba memainkan isu hudud dan hukum-hakam agama Islam di dalam usaha mereka untuk mengembalikan sokongan kaum cina terhadap mereka.
Chua Soi Lek patut sedar dan tidak perlu memainkan isu hudud sepertimana rentak permainan yang dilakukan oleh DAP.
MCA patut sedar sewaktu pernikahannya dengan UMNO, tiada lafaz taklid yang dilafazkan sepertimana DAP. MCA angguk dan bersetuju bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pada masa yang sama mereka bebas menganut lain-lain kepercayaan tetapi mereka tidak boleh campurtangan dalam hal-ehwal berkaitan dengan Islam dan tidak boleh sama sekali menyebarkan kepercayaan agama mereka terhadap orang-orang Islam.
Sekarang, Jika berdasarkan lafaz taklid ini, maka secara automatik pernikahan di antara DAP dan PAS telah terbatal apabila DAP dan PAS tidak sehaluan di dalam soal perlaksanaan hudud dan hukum Islam.
MCA pula boleh dianggap nusyuz dengan suaminya yang bernama UMNO kerana telah engkar dan derhaka sebagai seorang isteri yang sah. MCA selaku isteri telah menghina agama Islam yang dianuti oleh suaminya. MCA juga telah melanggar janjinya sewaktu dinikahkan dengan UMNO untuk tidak menyentuh mana-mana perkara yang berhubung dengan kesucian Islam.
UMNO tidak boleh sama sekali menjadi seperti PAS yang sudah jatuh ke tahap nusyuz apabila tunduk saja dengan kemahuan DAP. Hakikatnya PAS sedang bersuamikan seorang yang secara taklidnya bukan lagi suaminya yang sah.
Perkahwinan UMNO-MCA masih tetap sah tetapi MCA harus diberi peringatan dan kembali bertaubat dengan kesilapan dan ketelanjurannya menghina kesucian agama Islam secara tidak langsung apabila cuba memerangi PAS yang bukan layaknya untuk berperang. Jika MCA masih engkar dan enggan tunduk dan mengKui kesilapan, UMNO harus berbuat sesuatu yang lebih keras terhadap MCA. Jangan nanti UMNO pula jatuh nusyuz akibat dari lemah dan takut dengan isteri.
Adalah urusan dan kewajiban UMNO untuk berhadapan dengan PAS apabila timbul isu yang berkait dengan Islam. Ia bukan urusan MCA dan Chua Soi Lek harus yakin kepada suaminya UMNO dan memberi kepercayaan kepada suaminya untuk berhadapan dengan PAS. Kenapa Chua Soi Lek harus turut menyenseng kain hingga ke ponggong mahu berlawan sama dengan PAS?
Rakyat khususnya orang Islam sedang memerhatikan semua karenah dan ragam mak dan bapak mereka ini.
Rakyatlah yang akan membuat keputusan siapa akhirnya yang boleh diharapkan untuk tempat mereka meletakkan pergantungan. Dalam keadaan PAS yang sudah "nusyuz perjuangan" dan bersikap lunak dengan DAP, bukan sedikit rakyat yang merasa kecewa.
Akhirnya rakyat melayu Islam akan membuat keputusan berpihak semula kepada UMNO. Orang melayu terkenal dengan budaya "sekurang-kurangnya" atau "nasib baik".
Apabila membuat keputusan orang melayu akan memikirkan "worst scenario". Itu tabiat melayu turun temurun. Melayu bukan bangsa "gambler" atau bergantung kepada "god of gambler" seperti bangsa tionghua.
Secara majoritinya, orang melayu tidak akan menggadaikan nasib dan masa depan bangsa dan agamanya untuk diperjudikan. Kalau ada pun bilangannya adalah minoriti.
Sekurang-kurangnya majoriti orang melayu akan kembali berfikir bahawa "lebih baiklah ada daripada tiada". Itu maknanya majoriti orang melayu masih merupakan bangsa yang masih bersyukur dengan apa yang ada.
Kepada PM Najib, yakinlah dengan apa yang selama ini dipegang dan diperjuangkan oleh UMNO. Ia telah selamanya terbukti dan disokong oleh majoriti orang melayu.
Bubarlah parlimen dengan penuh keyakinan bahawa selama mana kita yakin bahawa UMNO masih berjuang di atas asas yang benar selama itulah majoriti orang melayu akan bersama UMNO. Lainlah halnya jika UMNO memang sudah benar-benar tersasar dan hilang arah perjuangan.
No comments:
Post a Comment