Tuesday, October 23, 2012

PM NAJIB WAJIB OVERHAUL BNBBC!!!

Senarai Backbenchers (BNBBC) bertaraf mantan dan pernah memegang jawatan kabinet dan timbakan menteri dalam kerajaan.
1. YB DS Abdullah Ahmad Badawi, Kepala Batas
2. YB Dato Azmi Khalid, Padang Besar
3. YB Dato Radzi Syeikh Ahmad
4. YB Dato Abu Bajar Taib, Langkawi
5. YB DS Rafidah Aziz, Kuala Kangsar
6. YB Dato Ong Ka Chuan, Tg Malim
7. YB Dato Ong Ka Ting, Kulai
8. YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Gua Musang
9. YBM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Jerantut
10. YBM Tengku Adnan Tengku Mansor, Putrajaya
11. YB DS Syed Hamid Albar, Kota Tinggi
12. YB DS Shahrir Samad, Johor Bharu
13. YB Dato Azalina Othman Said, Pengerang
14. YB Dato Abdullah Mahd Zain, Besut
15. YB Dato Ir.Mohd Zain Mohamed, Sepang
16. YB Dato Noraini Ahmad, Parit Sulong
17. YB Dato Ong Chan Onn, Alor Gajah
18. YB Dato Mohamad Leo Michael Toyad, Mukah
19. YB Dato Zulhasnan Rafique, Setiawangsa
20. YB Ong Tee Kiat, Pandan
21. YB Sulaiman Abd Rahman Taib, Kota Samarahan
22. YB DS Jamaludin Mohd Jarjis, Rompin
23. YB Dato Joseph Pairin Kitingan, Keningau
24. YB Dato Idris Harun, Tangga Batu

Hampir 90% nama-nama di atas tidak berfungsi sebagai Backbenchers lagi. Nama-nama seperti Idris Harun, Azalina dan beberapa kerat nama saja yang functional di Dewan Rakyat.

Dengan jumlah BNBBC paling kecil dalam sejarah pemerintahan BN, iaitu 76, ia menjadi masalah paling besar pentadbiran DS Najib apabila majoriti BNBBC members tidak berfungsi sepertimana sepatutnya dalam mempertahankan dasar-dasar kerajaan.

Dengan peningkatan mendadak MP pembangkang selepas PRU12, dan pada masa yang sama BNBBC hanya bergantung kepada beberapa kerat MP BN yang mempunyai mutu perbahasan dan kelebihan berhujah di dewan, keadaan ini telah menyebabkan Bn seringkali gagal menyakinkan ahli dewan dan pandangan umum terhadap segala dasar yang dilaksanakan oleh BN.

Ahli BNBBC yang boleh berdebat boleh dibilang dengan jari. Ada kalangan MP biasa BN yang bukan mantan langsung tidak berfungsi sepanjang penggal. 

Ada kalangan mereka yang terpaksa membeli seluar tambahan lebih kerana seluar mereka tidak tahan lama dan haus akibat dari terlalu banyak duduk, ternganga dan menguap sepanjang dewan parlimen bersidang.

Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh PM Najib. Senario hari ini PM tidak boleh lagi menghantar peluru kosong ke dewan rakyat. Hari ini BN memerlukan setiap MP berkualiti dan perbahasan juga bermutu kerana bilangan MP pembangkang agak besar. Sebahagian besar dari mereka bukan bagus mana pun. Cuma mereka pandai memainkan fakta, retorik dan isu. Kerap kali BNBBC terperangkap dengan mainan mereka kerana kegagalan MP BN membuat counter attack secara berkesan. 

Mana-mana MP yang sudah menopause dan mati pucuk eloklah diganti dengan MP yang lebih energetic dan mampu bekerja keras dalam membantu PM menjayakan segala dasar kerajaan.

MP seperti Tengku Razaleigh dan beberapa personaliti lagi mungkin masih tetap diperlukan di atas sebab-sebab tertentu yang strategik. Tetapi yang lain-lain tu sudah-sudahlah...

2 comments:

  1. Ini satu problem PM. Yang dah nak mati pun tak mau bagi laluan pada yang lain. Ada yang dah pagang jawatan MB dan menteri 30 tahun. Pun tak mau berhenti. Kalau dah tak boleh naik dalam UMNO sudahlah. Orang pun dah meluat tengok muka muka dia orang.

    ReplyDelete
  2. kepala batas kekalkan..

    ReplyDelete