Saturday, November 10, 2012

ANWAR: MINDA RAKYAT MASIH 3rd CLASS..ADA MANIPULASI

Sekali lagi minda rakyat diperkotak-katikkan oleh Anwar anak beranak. Malahan yang paling jelas diperbodohkan ialah mereka yang mendengar secara "live" jawaban Nurul yang membawa kepada tercetusnya polemik ini. Yang paling kesian tak lain tak bukan, peserta yang menanyakan sendiri soalan tersebut.

Dalam gereja tempat lokasi seminar, itulah jawabannya tapi bila diluar sudah diubah bersesuaian dengan selera segmen pendengar melayu Islam yang lebih umum.

Lebih "cilaka sial" ialah bila sudah terjerat dengan kenyataan sendiri, Utusan pulak yang disalahkan dan diberi notis saman, walhal Utusan hanya mengulang cetak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sekutu media mereka, Malaysiakini. 

"cilaka sungguh" nasib yang diterima oleh minda rakyat Malaysia kerana telah dimanipulasi sewenang-wenangnya mengikut versi ciptaan Anwar anak beranak.

Dari segi hukum sunnah alam dan hukum hakam agama, sudah pasti akan ada sempadan atau penamat kepada semua penipuan dan manipulasi keterlaluan ini kerana terlalu ramai umat yang terkeliru dan terlalu ramai yang terfitnah dengan permainan jelik dan kotor Anwar anak beranak ini. Bukan sedikit kesannya kepada keutuhan dan kesucian agama dan kesejahteraan serta kesatuan ummah hasil kerja dan permainan kotor mereka.

Anwar anak beranak langsung tidak sedikit pun rasa bersalah, malah beranggapan minda rakyat Malaysia hanya setakat minda kelas 3 yang mudah dipengaruhi dan dikuasai.

Wahai rakyat Malaysia minda kelas 3 yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa "manipulasi minda" Anwar anak beranak, berhentilah dari jadi bodoh dan masih mahu terus membiarkan diri diperbodohkan oleh anak beranak ini.

1 comment:

  1. Penamatnya kepada semua ini ialah apabila UMNO/BN menang besar dalam PRU13 kelak dan Nuar Brahim anak beranak lingkup..

    ReplyDelete