Friday, November 9, 2012

PAS RELA MASUK NERAKA 1000 TAHUN LEBIH AWAL DARI BUDAK INI....

Mampukah ulamak PAS membendung dan menahan setiap ragam dan karenah manusia yang begitu liberal pemikiran yang semakin mendapat tempat di dalam pakatan pembangkang hari ini?

Sampailah ketika dan saatnya PAS mengalami situasi "diluah mati anak, ditelan mati bapak". 

Manakan tidak. Di sebelah tangan kanan ada kitab Al Quran, di tangan kiri ada senarai peratusan sokongan pengundi yang boleh memberi kemenangan kepada mereka pada PRU13 akan datang, tetapi pengundi-pengundi tersebut adalah pengundi yang menyokong pemimpin yang sanggup mempromosi kebebasan beragama merentasi sempadan penganut Islam dan melayu.

Golongan ini bukan saja menggelar orang melayu Islam di Malaysia sebagai minda jumud dan beku, malah minda yang dilesenkan. 

"The Malay mind thus becomes like a licensed mind because the government and its religious authorities decide what they can and cannot believe and do." cubalah "sibak" lebih lanjut dalam Malaysikini artikel Steve Oh.

Pemimpin dalam pakatan seperti Nurul Izzah yang bersetuju dengan fahaman ideologi bebas dan murtad ini berlambak-lambak dalam pakatan pembangkang hari ini.

Golongan seperti inilah musuh sebenar yang sewajibnya ditentang oleh PAS selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Tapi jika PAS bertegas untuk berpegang kepada Al Quran, maka besar kemungkinan PAS akan kehilangan sokongan dari kelompok liberal terlampau ini.

Soalnya adakah PAS sedia untuk compromise akidah dan segala prinsip Islam yang dijunjung untuk membolehkan mereka mendapat sokongan ataupun berkerjasama dengan golongan liberal terlampau ini?

Semakin kesian penulis melihat PAS menempuh situasi "ditelan mati anak diluah mati bapak ini". Saya kesian melihat PAS saling tak tumpah macam pelacur setengah abad yang merayu-rayu minta dilanggan demi menjamin kelangsungan hidup. Walhal PAS lebih dari sedar bahawa yang mereka perjuangkan adalah satu-satunya agama benar dan suci. Kenapa PAS mencari kaedah yang begitu hina untuk mengangkat sebuah agama yang suci dan haq? 

Penulis tertanya-tanya sendiri, "apakah Allah berkehendakan PAS lakukan sehingga tahap mengkrompromi akidah dan soal murtad demi untuk mendaulatkan negara Islam"?

Jika benar Allah membenarkan semua kompromi seperti ini asal saja dapat kuasa dan dengan beroleh kuasa, maka Islam boleh dijulang, maka boleh saja kita cari kaedah-kaedah lain yang lebih relevan dengan "strategi mendapat sokongan".

Antara cadangan konkrit yang terfikir oleh penulis sebagai idea cadangan untuk PAS fikirkan dalam usaha menambah lagi sokongan rakyat kepada mereka ialah;

1. Kompromi akidah - cadangan sedang dan sudah dilaksanakan sebaik saja PAS bisu dalam isu Nurul Izzah setuju soal melayu murtad.
2. Kompromi tempat ibadat. PAS boleh utarakan cadangan agar dibuat satu pusat ibadat untuk kegunaan semua agama. Semua penganut agama boleh gunakan tempat ini secara bergilir-gilir.
3. Di pusat ibadat semua agama ini diwajibkan semua penganut agama menggunakan tuhan yang bernama Allah.
4. Kompromi dan membuat penyelarasan sambutan hari kebesaran antara agama supaya seperti sambutan maulidur pembawa ajaran-ajaran agama di Malaysia. Mungkin boleh diumumkan hari besar untuk semua agama ditukar kepada hari Ahad kerana pada waktu itu kebetulan hari cuti. Sembahyang jumaat ditukar ke sembahyang Ahad.
5. Kompromi dan longgarkan peraturan Islam yang tertentu dan untuk maksud strategik agar persepsi penganut agama lain terhadap Islam bertukar positif. Mungkin sektor pelacuran, judi dan nombor ekor boleh dikrompomi buat sementara waktu sebagai sebahagian dari langkah untuk menampakkan Islam lebih friendly dan tidak jumud.
6. Banyak lagi cadangan konkrit boleh dibuat jika sekadar mahu mendapat sokongan undi dalam pilihanraya. Tapi PAS kena tahanlah kena rendam dalam neraka 1000 tahun lebih awal dari penyembah berhala.1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Bermakna sejuta tahun kamu duduk neraka barulah Steve Oh mengambil tempat. Itu pun belum tau lagi. Kalau dia mengucap sebelum mati, tak jumpa pun dia.

No comments:

Post a Comment