Sunday, November 18, 2012

HADI AWANG MOHON KEPADA ROS TUKAR NAMA KEPADA PARTI AMALAN SYAITAN!!!

Kelakuan pemimpin PAS makin tak senonoh. Macam orang tak beriman dan tak berilmu. Agaknya inikah yang dimaksudkan dengan ilmu yang tak memberi menafaat?

Dari kitab mana PAS belajar mendoakan azab dan kemusnahan ke atas orang yang mempunyai kalimah taiyibbah yang sama di dalam hati? Kita adalah umat nabi Muhammad saw, mesti ikut syariat Nabi Muhammad saw. Bukan ikut syariat nabi Lut atau umat Nabi Nuh yang mendoakan kemusnahan pada umat mereka apabila mereka terus engkar dan enggan beriman kepada Allah!!

Apakah ini syariat Muhammad? Meminta supaya diazab sepertimana azab tuhan kepada firaun, Qorun, Abu Lahab dan namrud!! Ko BN...BN Ko....azab BN!!!

Apakah ini yang dikatakan kesesatan yang nyata yang dikurniakan oleh tuhan kepada mereka-mereka yang sombong, riak, takabbur, ananiah, ujub dan mengaku diri lebih baik dari orang lain? 

Kalau beginilah tahap ilmu dan kefahaman pemimpin PAS dalam amal Islami, biarlah kita ajar semula ahlul PAS ini dengan prinsip asas pendidikan agama Islam.

Mari kita mulakan Silibus 1: Sinopsis sejarah dakwah dan laluan Sutera Nabi Muhammad saw ke Thaif.

Setelah Nabi Muhammad merasakan penduduk Mekah tidak menerima dakwah baginda, baginda pergi ke Thaif(Yaman) dengan harapan penduduk Thaif akan menerima ajaran yang dibawanya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bukan saja raja Thaif menolak mentah-mentah, malahan raja tersebut memerintahkan Nabi Muhammad saw keluar dari Thaif segera. Sepanjang perjalanan Nabi saw keluar dari Thaif, baginda telah dicerca, dihina dan dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif sehingga badan baginda yang mulia berdarah.

Baginda menadah darah baginda dari jatuh ke bumi dengan kasutnya kerana baginda tidak mahu bumi Thaif dihancurkan dengan azab dan malapetaka.

Allah swt telah memerintahkan para malaikat bersiap sedia di gunung ganang dan menyuruh memberitahu Muhammad bahawa Allah menyuruh mereka menunggu arahan Muhammad saw. Jika Muhammad saw meminta supaya diturunkan bencana kepada negeri Thaif, nereka sedia untuk menterbalikkan gunung ganang di sekitar Kota Thaif.

Sebaliknya Nabi bersabda kepada para malaikat tersebut, "Walau pun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya berharap dengan kehendak Allah, yang anak-anak mereka, pada suatu hari nanti akan menyembah Allah dan berbakti kepadaNya".

Nah...ini baru syariat Muhammad saw. Nabi saw tidak mendoakan azab buat mereka yang menolak Islam yang dibawa. Malahan, bukan setakat doa saja, malah Nabi saw telah diberi peluang "face saving" oleh Allah untuk bebas berbuat apa saja ke atas penduduk Thaif, Nabi saw tidak menggunakan peluang ini untuk memberi pengajaran atau membalas dendam terhadap penduduk Thaif dengan balasan akibat dari perbuatan mereka.

Inilah perbezaan antara syariat Muhammad dengan syariat nabi terdahulu. nabi terdahulu apabila sampai ke satu takat, mereka mendoakan azab diturunkan kepada umatnya. Akibat dari doa-doa mereka inilah Allah turunkan azab kepada umat Nabi Lut, umat Nabi Nuh, Umat Nabi Musa dan ramai lagi umat nabi-nabi seperti yang disebut di dalam Al Quran.

Siapa pemimpin-pemimpin PAS dan siapa Ahlul-ahlul PAS ini di sisi Allah yang tanpa rasa malu kepada Allah mahu mendoakan azab kepada mereka-mereka yang tidak sehaluan perjuangan dengan Islam dan hudud mudud ciptaan PAS? Mereka bukan Nabi bukan rasul khataman nabi. Mereka bukan juga nabi dan rasul kepada umat-umat terdahulu yang dipandang setiap keluhan dan doanya oleh Allah swt.

Jika amalan mendoakan azab ini bukan syariat doa nabi Muhammad saw, habis PAS ini ikut amalan siapa? Sudah pasti amalan ini amalan khurafat dari Parti Amalan Syaitan seperti yang diungkapkan oleh Hadi Awang!!

4 comments:

  1. Pertama ahlul Pas tidak menghayati kenapa Nabi Yunus berada dalam perut ikan.

    Kedua sikit hari lagi ahlul Pas akan nafi doa tersebut, besi tidak boleh jadi bukti.

    Ketiga Utusan, TV3 dan RTM sudah putar belit tentang doa tersebut.

    Keempat sohih Pas semakin ditimpa musibah.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  2. Saya tak faham kenapa perlu flashback sampai zaman Taif. Bukankah itu zaman Jahiliyyah?

    -MAKORANG-

    ReplyDelete
  3. umno buat la juga sembahyang hajat, Najib jadi imam, Zul Nordin doakan, gerenti makbul!

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat berdoa cara pas tak payahlah orang berstatus ulamak.Mat rempit pun boleh.

    ReplyDelete