Jika ahli-ahli agama yang warak mempunyai anggapan bahawa seseorang yang berdosa itu sebagai ahli neraka jahanam, maka ini adalah dikira sebagai satu sikap yang merbahaya sekali.
Demikian juga jika orang-orang yang jahil menganggapkan setiap orang sebagai pemimpin atau guru walaupun mereka itu dengan terang-terang melewati batas-batas agama, maka sikap mereka itu lebih merbahaya lagi.
Baginda saw bersabda;
"barang siapa menghormati dan memuliakan ahli-ahli bidaah, maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama".
Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa pada akhir-akhir zaman akan lahir dajjal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melimpari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.
Adalah diceritakan di dalam hadis-hadis bahawa ada dua orang di kalangan bani Israel, yang seorang adalah abid dan seorang lagi adalah pendosa. Si abid itu senantiasa menegur si pendosa dan si pendosa pula selalu membalas tegurannya dengan berkata, "Serahkan saja aku kepada tuhanku".
Suatu hari, si abid itu dalam keadaan marah telah terlanjur berbicara, "demi Allah kamu tidak sesekali akan diampunkan".
Akhirnya, Allah mengumpulkan ke dua-duanya di alam arwah lalu mengampunkan si pendosa kerana "pengharapannya" terhadap rahmat Allah, dan si abid itu diseksa kerana sumpahnya yang terlalu berat. Allah sendiri berfirman, yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkanNYa dan Dia mengampuni dosa yang selain ( dari syirik itu) bagi sesiapa yang dikehendakiNya." (An-nisa 4:116)
Senario terpalit dengan amalan syirik seperti yang dikisahkan di atas seolah kelihatan sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian hari ini, terutama di kalangan ahli politik bertaraf ulamak yang kononnya alim dalam agama.
Mereka menjatuh hukum/berfatwa mendahului tuhan. Ia beepunca dari sifat sombong, riak dan takkabbur yang diwarisi dari mantan ketua para malaikat yang bernama Azazil yang telah dipecat dari syurga, apabila dia tidak mahu sujud kepada Adam.
Ilmu dan kewarakkan azazil akhirnya menyesatkan dirinya sendiri lantaran sifat sombong, riak dan takkabbur yang menguasai diri dan merasakan dia lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan yang lain atau pun si jahil.
Apabila para-para malaikat lain yang mendapat tahu dari luhul- mahfuz bahawa ada di kalangan mereka akan dilaknat Allah, para malaikat ini sangat bimbang kemungkinan yang dilaknat itu adalah mereka. Para malaikat ini berbincang sama sendiri dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengadu dan meminta doa dari ketua mereka yang dikatakan alim dan sangat hampir dengan Allah. Doanya makbul. Mereka memohon kepada Azazil tolong mendoakan mereka agar tidak dilaknat Allah.
Dengan perasaan sombong, riak dan takkabbur si Azazil telah berdoa kepada Allah agar mereka-mereka ini dilindungi dari laknat Allah, tanpa dia meminta doa untuk keselamatan dirinya sekali. Konon dia sudah pasti selamat.
Akhirnya, doa Azazil dimakbulkan dan dia sendiri akhirnya yang dilaknat dan dipecat oleh Allah dari syurga.
Lihatlah cara dan pembawaan ulamak politik yang mewarnai politik Malaysia hari ini.
Kita amat khuatir kerana sifat yang dimiliki oleh Azazil sangat menebal dalam diri mereka.
Sangat pandai membuat helah politik dengan menggunakan kelebihan ilmu agama yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Sangat lancar dan ringan lidah mereka menjatuh hukum kepada sesiapa saja yang difikirkannya sudah jatuh sesat dan menolak Islam.
Sangat yakin mereka mengatakan sesiapa saja yang tidak bersama mereka di dalam jemaah PAS, maka orang itu tergolong di kalangan yang sesat dan zalim.
Sangat yakin mereka berhukum bahawa UMNO tolak agama, maka UMNO dikira sudah jatuh murtad.
Hakikatnya, terlalu ramai si jahil yang kononnya "i love Islam", "Islam is a way of life", telah terpengaruh dengan mereka, walhal sabda nabi di atas, membayangkan ciri-ciri seorang ahli bidaah yang membawa pembaharuan dalam agama sangat jelas ada pada diri mereka.
No comments:
Post a Comment