Jika kita membaca blog dan media alternatif pembangkang, kelihatan seolah-olah UMNO sudah benar-benar ditinggalkan oleh hampir seluruh rakyat.
Seolah-olah UMNO dan BN ini lebih nazak kedudukannya dari parti HAMIM, BERJASA dan PSRM yang suatu ketika dulu pernah wujud sebagai pembangkang.
Seolah-olah hampir seluruh rakyat melihat UMNO seperti najis mughallazah yang wajib disamak.
Seolah-olah hampir seluruh rakyat sudah termakan dengan dakyah pembangkang yang mengatakan seluruh kepimpinan UMNO adalah perasuah tegar dan penyamun harta rakyat. Seolah-olah seluruh rakyat hari ini hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang disebabkan seluruh harta rakyat sudah disamun oleh pemimpin UMNO dannkroni-kroninya di segenap lapisan hinggalah ke pemimpin UMNO kampong.
Kalau ikut cakap pembangkang, UMNO bukan saja akan kalah dalam PRU13 ini, malah UMNO sudah lama kalah dan dibenci rakyat sejak tahun 80an lagi. UMNO dah jadi pembangkang hampir 30 tahun jika kita dengar gelembong pembangkang selama ini.
Kalau nak psywar pun janganlah keterlaluan sangat seolah-olah rakyat buta dan terlalu naif untuk membuat penilaian. Rakyat lebih tahu sejauh mana mereka menilai dan memberi sambutan kepada UMNO atau kepada mana-mana parti yang ada di Malaysia hari ini.
Bab Nurul Izah bersetuju orang melayu pun patut bebas pilih agama, bukan sedikit melayu Islam yang panas hati mendengarnya.
Bab bapak Nurul Izah yang bersetuju dengan LGBT dan maksiat sembunyi-sembunyi dibolehkan, bukan rakyat buta untuk menilai.
Bab bapak Nurul mempromosi pluralisma agama bukan rakyat pakat angguk saja apa yang ditemberang dek Anwar.
Bab cina DAP yang jelas mengambil sepenuhnya kesempatan mentadbir di Selangor, Perak dan Penang untuk membolot peluang hartanah dan ekonomi di negeri-negeri terbabit bukan rakyat bangang untuk ambil tahu.
Bab tanah reserve melayu/yayasan Selangor di Kelang yang diambil untuk membangunkan pusat kebudayaan cina, bukan orang melayu tengok dan pasrah saja.
Bab Islam flip-flop ciptaan PAS, bukan orang melayu Islam semua akan ikut telatah flip-flop ulamak-ulamak PAS saja. Bila PAS kata UMNO kafir rakyat kata yes. Bila PAS kata UMNO murtad rakyat kata yes. Bila PAS kata mahu laksana hudud rakyat pun yes. Bila PAS kata tak jadilah buat hudud dan ganti dengan konsep kebajikan rakyat pun kata yes.
Bila PAS keluar dari barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan DAP rakyat kata yes. Bila PAS masuk balik pakatan dan kata sudah boleh kongsi dengan DAP rakyat pun yes yes yes ye? Semua ikut kepala hotak ulamak PAS ye?
Bila PAS doa turunkan azab kepada UMNO dan BN, rakyat semua kata ameen ye? Dan Allah pun tanpa banyak cerita terus makbulkan ye? Bukan kah kalau Allah turunkan azab, Dia akan turunkan secara pukal di sesuatu tempat atau lokasi?
Allah bukan turunkan azab berdasarkan rumah atau orang tertentu. Allah tak turunkan azab berdasarkan senarai keahlian UMNO yang dikeluarkan oleh ibupejabat UMNO.
Apabila Allah berkehendakkan azab dan malapetaka diturunkan di satu-satu tempat, Allah akan libatkan seluruh hambaNYa termasuklah orang-orang yang soleh dan solihin yang ada di situ. Orang-orang PAS yang soleh dan solihin pun akan di azab sama. Tak takut ke?
Kalau Allah turunkan azab khusus kepada ahli UMNO Kelantan, dalam bentuk banjir dan taufan, maka seluruh rakyat dan kawasan itu akan ditimpa bala bencana banjir dan taufan. Orang PAS fikir rumah dan keluarga mereka akan dikecualikan oleh Allah dari terkena bala bencana!!
Sesat gokgek nak mamposss nampaknya otak dia orang ni..
psy war dah over acting sangat menunjukkan psy jiwa pas sangat tertekan dan huru hara ?
ReplyDeleteJang, Mano poie Islam Hadari? Jangan main pakai buang cam tu yooo.
ReplyDeleteNanti ketulahan, kok padan muko.
anon @7:44pm : Oghang yang buek Islam Hadhari tu dah lari... yang tingga Khairy yo!!!
ReplyDelete