"Persetujuan secara konsensus mesti diperolehi" dalam merangka setiap dasar dan prinsip pentadbiran. Sebarang perkara tidak boleh dilaksanakan jika salah sebuah parti dalam pakatan tidak bersetuju.
Itu prinsip persefahaman yang telah dicapai di antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.
Untuk ingatan rakyat semua, prinsip inilah yang bakal menggagalkan dan seterusnya menjahanamkan pentadbiran pakatan pembangkang jika mereka mendapat mandat majoriti dalam PRU13 akan datang!!
Ideologi dan perlembagaan parti di antara DAP, PAS dan PKR sangat berlawanan di antara satu sama lain.
Ikan dilaut, asam di darat. Ia tidak mungkin boleh bertemu kecuali di dalam periuk belanga, iaitu setelah "dicincang-cincang" untuk dijadikan lauk untuk disantap.
Tidak ada apa yang boleh dilakukan secara konsensus di antara ikan di laut dan asam asam di darat, kecuali ia bersedia untuk dijadikan lauk buat santapan!!
Itulah prinsip konsensus di antara DAP-PAS-PKR.
Persoalan paling asas yang wajib difikirkan jika kita tidak mahu diperbodohkan atau diperangkap oleh mainan konsensus pembangkang ini ialah bagaimana prinsip dan perlembagaan PAS boleh mencapai konsensus dengan prinsip dan ideologi yang digariskan oleh DAP? Ideologi DAP hanya sesuai hidup di laut, manakala ideologi PAS hanya boleh hidup di darat.
Adalah mustahil mereka boleh mencapai konsensus kecuali mereka bersedia dicincang-cincang oleh haiwan amfibia yang hidup dua alam yang bernama Anwar Ibrahim untuk dijadikan santapan di dalam "menu nepotisma" Anwar anak-beranak dan "menu kronisma" PKR.
Prinsip konsensus pakatan pembangkang hanya berfungsi di atas sifat guna-mengguna dan kuda-mengkuda di antara satu sama lain di atas maksud mencapai hasrat dan kepentingan masing-masing.
Malah, dengan prinsip konsensus ini, tidak mungkin pakatan pembangkang boleh melantik seorang PM, apatah lagi untuk membentuk kabinet. Jika PAS tidak bersetuju, tiada siapa di kalangan PKR yang boleh dilantik menjadi PM. Jika DAP tidak bersetuju, tidak mungkin ada mana-mana pemimpin PAS yang boleh menjadi PM, apatah lagi PM DAP.
Jadi, dalam usaha pakatan pembangkang untuk ke Putrajaya, tidak timbul sama sekali soal untuk membina dan mempertahankan negara bangsa, kepentingan agama dan keharmonian bersama. Mereka hanya mahu merebut Putrajaya tidak kira berapa harga yang harus dibayar.
Tidak mungkin mereka berupaya menyaingi persefahaman yang selama ini terbina di antara komponen Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment