Monday, January 14, 2013

AKHIRNYA ANWAR AKAN BERJAYA DITIPU OLEH DAP & PAS...

Pembangkang telah mendidik rakyat dengan cara yang sangat merbahaya kepada negara dan seluruh institusinya. Demonstrasi jalananan dan pengengkaran terhadap peraturan dan amalan yang ditetapkan oleh institusi  juga turut dimasukkan sebagai sebahagian dari proses demokrasi dan berpilihanraya di Malaysia. 

Andai kata suatu hari nanti pembangkang berjaya menjadi pemerintah, mereka mungkin akan berada di kedudukan lebih sukar akibat dari didikan dan persepsi salah terhadap pemerintah yang telah ditanam kepada rakyat sewaktu mereka menjadi pembangkang, telah berakar umbi dalam pemikiran rakyat.

Jika pakatan menjadi kerajaan, masalah paling besar yang akan dihadapi ialah bagaimana untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada institusi polis, kehakiman, SPRM. SPR dan apa juga institusi yang telah dibunuh kredibilitinya sewaktu mereka menjadi pembangkang.

Rakyat yang tidak menyokong mereka pula akan melakukan tindakan yang sama sepertimana penyokong mereka sewaktu mereka menjadi pembangkang. Apatah lagi jika pemimpin pembangkang ketika itu bertindak mengatasi segala peraturan dan undang-undang (above the law), "saling tak tumpah seperti yang dibuat oleh Anwar Ibrahim".

Penyokong pembangkang ketika itu turut bebas bertindak menghina mahkamah seperti yang dilakukan oleh Anwar.

Penyokong pembangkang akan turut membuat pelbagai provokasi sebagaimana yang dididik Anwar, termasuk mencela hakim, "bahlol" bertujuan untuk memberi tekanan kepada hakim, jika terjadi kes saman menyaman sivil atau jenayah.

Pemimpin Pembangkang  akan mengajak rakyat menolak setiap kata-kata dan nasihat PM Anwar supaya akur dengan mahkamah. Mereka mempunyai "bukti kukuh", polis hanya menyiasat mengikut telunjuk PM Anwar, isteri dan TPM 1,2 & 3, Azmin, LGE dan Hadi.

Bila PM Anwar kata kerajaan tidak pernah mencampuri urusan mahkamah, penyokong pembangkang akan tolak mentah-mentah.

Bila PM Anwar memberi amaran jangan berhimpun dan berdemonstrasi tanpa kebenaran pihak polis, pembangkang akan tuduh PM Anwar sudah desperado dan terlalu takut dengan kemaraan "kuasa rakyat". PM Anwar sebenarnya takut akan dipenjara jika hilang kuasa kerana terlalu banyak merompak harta rakyat sewaktu berkuasa.

Setiap perancangan PM Anwar untuk membangunkan ekonomi negara, akan diperlekeh oleh rakyat dan dituduh hanya untuk memperkayakan kroni dan keluarga. Kebebasan akhbar dan proses demokrasi di Malayia akan dituduh sudah mati di bawah pimpinan PM Anwar. 

Kapal selam tidak boleh ditambah lagi walaupun wujud keperluan mendesak. Pembangunan LRT/MRT, Highway, hartanah, semua akan ditafsir oleh pembangkang bertujuan semata-mata untuk memperkayakan kroni dan keluarga PM Anwar di atas penderitaan rakyat marhaen. 

Jika PM Anwar berdegil untuk terus memodenkan ATM, pasti rakyat akan menuduh PM Anwar makan komisyen dan pembelian tidak telus.

Pendek kata apa saja yang cuba dilakukan oleh PM Anwar, pasti akan ditafsir dengan pandangan prejudis. Apa saja yang keluar dari mulut PM Anwar dan isteri pasti akan diterbalikkan maksudnya oleh pembangkang. Invois pembelian Handbag Azizah pun akan keluar di internet.  

Tapi, semua ini andaian kita. Kuasa dan alat propaganda semua sudah di tangan. Masa tak ada kuasa pun penipuan pun boleh laku, apa lagi semasa berkuasa. DAP & PAS tahu siapa Anwar. KALAU PAKATAN MENANG, ANWAR AKAN DITIPU OLEH DAP DAN PAS. ANWAR TAK MUNGKIN DI ANGKAT JADI PM!!

2 comments:

  1. Kalau tidak berada-ada,Masakan tempua bersarang rendah.Yang dia beria-ia nak jadi PM u memang ada tujuan dan hasrat busuk yang tersirat!Kalau takat nak makan gaji.simpanan anak beranak dahxhabis nak makan sampai 7keturunan!
    Nak berjuang untuk raayat? selama ni pun raayatx bergantung harap pada nuar pun!

    ReplyDelete
  2. Karpal Singki akan gunakan segala undang-undang dan akta untuk menghalang Nuar Brahim daripada menjadi PM.. Hahaha.. hebat KBKN..

    ReplyDelete