Sunday, January 13, 2013

PESERTA HKR MATI BERTINDIH 4!! - PDRM LEPAS TANGAN??

Perhimpunan ahli dan penyokong parti gabungan PKR dan PAS di Stadium Merdeka sudah berlangsung semalam.

Perhimpunan tersebut tidak melepasi kelayakan untuk dinamakan dengan "Himpunan Kebangkitan Rakyat" kerana jumlah angka yag hadir tidak langsung melambangkan bahawa rakyat telah bangkit untuk menunjukkan penentangan mereka terhadap kerajaan yang ada hari ini.

Jika nak lihat Himpunan Kebangkitan Rakyat yang sebenar, cubalah hadiri program "Janji Ditepati" yang dipelopori oleh PM Najib. Bukan himpunan program "janji kosong dan jual Obat" yang ditaja oleh pembangkang.

Stadium Merdeka hanya berupaya menampung setengah dari jumlah manusia yang beehimpun di Stadium Bukit Jalil.

Stadium Bukit Jalil hanya mampu menampung maksima seramai 80,000 penonton sewaktu perlawanan bolasepak. Dicampur dengan pemain ke dua-dua pasukan dan pengurusan mereka lebih kurang 50 orang. Maka jumlah keseluruhan akan mencapai 80050 jika diandaikan tiket perlawanan habis dijual.

Jika padang permainan SBJ ini diganti dengan bilangan manusia, jumlah yang boleh dipenuhi tidak akan melebihi 80 ribu orang. Bermakna, jika seluruh penonton seramai 80 ribu itu diarah untuk turun ke padang, maka padang tersebut tidak akan berupaya menampung jumlah tersebut. 

Staium Merdeka yang telah dikecilkan saiz tempat duduknya dari 45 ribu kepada hanya 30 ribu setelah dilakukan ubahsuai. Jika kita ambil angka lama, 45 ribu, dan di arah mereka ini turun dari "tangga kambing" stadium, maka padang tersebut tidak mungkin mampu menampung jumlah tersebut.

Setelah diberi segala bonus, termasuk setiap manusia diarah berdiri secara "tegak Aliff" bagi tujuan penggunaan space secara maksima, maka jumlah keseluruhan manusia di dalam tersebut tidak akan melebihi 80 ribu orang.

Untuk lebih valid dan tepat, orang yang paling tahu berapa kapasiti sebenar yang boleh dimuatkan di dalam stadium ini ialah arkitek dan pihak pengurusan stadium Merdeka. Bukan Malaysiakini, apatah lagi pemimpin PAS yang hanya tahu baca kitab. Kalau tanya Anwar, pasti tuan-puan akan ditipu bulat-bulat.

Angka 500,000 yang "dijual" oleh media pembangkang dan para pemimpinnya hanya boleh terjadi kalau manusia-manusia yang didagangkan ini duduk atau berdiri dengan cara "ditindih 4", macam rumah flat 4 tingkat. Contohnya, Hadi duduk atas kepala Mat Sabu, Anwar duduk atas kepala Hadi dan Lim Kit Siang duduk atas kepala Anwar. Jadi 80 ribu x 4 =  maka barulah dapat angka 480,000 seperti yang dikelentongkan.

"Siapa mengaku dia memang bodoh", maka silalah percaya apa saja yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin pembangkang.

No comments:

Post a Comment