Bursa Dagangan Manusia Malaysia melapurkan, manusia-manusia yang diperdagangkan oleh Anwar dan gerakan pembangkang sedang disusun di beberapa ruang pameran strategik di sekitar KL.
Antara lokasi pameran dagangan manusia ini ialah di sekitar Jalan Tun Perak, Loke Yew, Persiaran Mahameru dan Jalan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.
Peragaan perangai manusia ini dilakukan sempena dengan mengingati hari ulangtahun ke 20, Adzminali dikatakan mula memperdagangkan isterinya kepada pemimpin besar Negeri Pasir Bedengung.
Menurut berita yang diperolehi dari Negeri Pasir Bedengung, kisah pemerdagangan si isteri ini kembali hangat di pasaran setelah pihak mahkamah menerima permohonan seorang bekas balachi pemimpin besar ini untuk mengemukakan si isteri ini sebagai saksi pembelaan di mahkamah. Balachi ini mengakui beliaulah yang menjadi pengantara dan penghantar setiap kali pemimpin besar ini kepingin untuk mencurahkan bakti kepada si isteri ini.
Manusia-manusia yang digunakan sebagai bahan peragaan hari ini dikutip dari pelbagai latar belakang parti termasuk dari DAP, PKR dan sebuah parti Islam yang dikatakan semakin menyeleweng.
Sebelum dipamerkan, manusia yang diperdagangkan ini akan dimatikan terlebih dahulu hati, akal dan budi pekerti mereka bagi mengelakkan mereka dari berfikir secara waras dan bagi menghilangkan rasa malu. Dengan kaedah ini, maka mudahlah manusia-manusia ini untuk disuruh-arah seperti robot atau seekor kerbau yang taat.
Jika masih ada akal yang waras dan perasaan malu untuk berkelakuan di luar batasan, maka ia agak sukar untuk dimanipulasi atau ditindek hidung.
Jika segala rancangan berjalan lancar, manusia tak berhati dan tak berakal ini dijangka akan memulakan acara haru-biru dan hiruk-pikuk jam 12 nanti, iaitu sebaik saja ubat pelali akal dan hati perut yang dicucuk dijangka berfungsi sepenuhnya.
Selamat "wel-wel" kepada para pendemo dari Bursa Dagangan Manusia.
Aku agak cuma puak melayu yg bodoh saja yg join ...
ReplyDeleteTak perlulah sebut Wel-wel (Vel-vel) yang di tulis dan akan dibaca dalam konotasi negatif.
ReplyDeleteSemua orang yang tak dunggu seperti orang PAS tahu Vel itu apa - yakni sejenis lembing lambang kekuasaaan Dewa Muruga oleh penganut Hindu Malaysia. Perkataan Vel di laungkan oleh penganut agama Hindu sebagai penaik semangat dalam upacara mereka sama macam orang Islam yang melaungkan Allahuakbar.
Sekurang-kurangnya orang Hindu Malaysia tak minta di terjemahkan kepada perkataan-perkata yang oleh mengelirukan seperti jadi - Velullah - Lembing Allah - Allah dalam konteks Tuhan yang orang Hindu sembah yakni Dewa Muruga..
Saya memberi pandangan sebagai ahli UMNO, seorang pejuang Islam yang konservatif dan berteraskan Melayu dan saya tidak selesa dengan pandangan sinis saudara terhadap kebudayaan dan kepercayaan orang lain.
Sebagaimana kita tidak rela kalimah Allah di permainkan oleh orang maka kita tunjukkan contoh yang baik jangan mempersenda amalan orang lain. Terimakasih.
Saya rasa ada kebaikkan juga mereka berdemo. Mungkin tuan ingin turut bersama ke? Aku memang nak join tapi rasa letih
ReplyDeleteSemuga saudara panjang umur, sempat bertaubat dan mohon maaf.
ReplyDelete-MAKORANG-