Friday, January 11, 2013

PELACUR DAN PENDATANG ASING TURUT DIKERAH SERTAI DEMO!!!

Sejak akhir-akhir ini, gerakan yang dilakukan pembangkang dalam usaha mendapat sokongan rakyat kelihatan semakin sumbang dan songsang dari arus kecenderungan rakyat. 

Hajat hati untuk menambah sokongan, tapi gerakan dan kaedah yang digunakan hakikatnya semakin menjauhkan rakyat, terutama golongan atas pagar daripada pembangkang. Langkah yang mereka ambil semakin tidak popular dan menambah rasa meluat rakyat, khususnya kalangan rakyat atas pagar.

Bacaan pembangkang terhadap "trend sokongan" dan "mood semasa" rakyat dilihat sudah songsang. Mereka ingat budaya berhimpun di tengah-tengah kesesakan kota itu rakyat suka sangat. Mereka tidak sedar, kejayaan menghimpun 20@30 ribu pendokong tegar mereka di tengah kesesakan kota, bakal menyusahkan dan menimbulkan rasa benci "berpuluh kali ganda jumlah rakyat atas pagar yang lain.

Semua ini pembangkang bukan nampak. 

Mereka cuba mencari jalan agar pihak polis tersilap langkah dan bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan agar mudah mereka menjaja kononnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat. Macam mana rakyat atas pagar nak percaya cakap mereka kerana apa yang rakyat nampak depan mata, kereta dan motor peronda polis yang rosak binasa hasil angkara peserta demo. 

Dah berpuluh kali mereka mengadakan tektik dan teknik yang sama setiap kali berdemo. Takkanlah polis terlalu bodoh bertindak tak pakai akal. Polis Malaysia bukan macam polis Mesir atau polis London yang pukul dan hentak kepala pendemo sesuka hati. Pendemo amatur Malaysia bukan ada akal dan strategis sangat pun macam pendemo Kota London dalam melakukan kaedah provokasi. 

Pendemo Malaysia lagi "low class" dari pendemo Indonesia atau pun Timor Leste. Latihan demknstrasi yang mereka pelajari dari pakar indonesia dan negara asing lain tidak tamat. Belajar tak habis.

Perhimpunan pendemo low class besok akan tercatat sebagai himpunan paling gagal dalam sejarah demonstrasi pembangkang di negara ini. 

Jika jumlah kehadiran peserta besok mencatat kehadiran terendah, maka itu akan menjadi bukti rakyat sudah mual dengan pendekatan demonstrasi untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah.

Jika jumlah kehadiran mencatat jumlah yang tinggi, pasti seluruh aktiviti harian rakyat yang lain di KL akan tergendala dan terganggu. Bila keadaan ini berlaku, kesan yang akan berlaku ialah peningkatan kebangkitan rasa benci rakyat terhadap pembangkang yang sebenarnya akan berlaku. Bukan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan BN seperti yang dihajati.

"Pelaburan dagangan manusia" di KL esok hari dijangka sederhana dan bercampur-campur, berjumlah sekitar 30 ribu manusia. Manakala, jangkaan "Kerugian atau kehilangan undi atas pagar" akibat dari kesilapan pembangkang membaca "trend pasaran sokongan rakyat" yang bakal ditanggung pembangkang dijangka meningkat 10 ke 15 kali kali ganda, iaitu sekitar 300,000 ke 450,000 pengundi atas pagar. Jumlah ini dijangka menyumbang undi "swing" sebanyak 5% kepada Barisan Nasional dalam PRU13. Pertambahan undi swing ini akan mencerahkan lagi peluang BN untuk menang 2/3.

Kemerosotan sokongan rakyat terhadap pembangkang dijangka berterusan hingga menjelang PRU13, jika tiada usaha dari pihak pembangkang untuk belajar dari kesilapan lalu. 

Kegagalan pembangkang membendung keinginan membuak-buak nafsu serakah untuk ke Putrajaya adalah antara penyumbang terbesar kepada berlakunya kesilapan demi kesilapan dalam percaturan mereka sejak akhir-akhir ini hingga "menimbulkan rasa benci" dan "hilang rasa percaya" rakyat terhadap mereka.

Sekian lapuran dari Bursa Dagangan Manusia Malaysia.

No comments:

Post a Comment