Friday, January 11, 2013

IJTIHAD BISHOP LGE VS IJTIHAD DEWAN ULAMAK : MANA HAK MANA BATIL!!??

Betul tak? Pemimpin PAS sudah berbalah sesama sendiri kan?

Dewan ulamak cakap haram nama Allah dikongsi secara samarata dengan lain-lain agama, kecuali jika Allah yang dimaksudkan itu adalah Allah yang Esa sifatNya dan bukan Allah yang triniti atau Allah yang digambarkan dalam bentuk lembu ataupun berhala.

Presiden Hadi pulak kata perkongsian nama Allah halal. Timbalan Presiden Mat Sabu pun kata halal, walaupun dia mengaku tidak arif agama.

Kita tunggu apa episod seterusnya yang bakal terjadi. Siapakah antara dua pihak yang berlainan ijtihad ini yang akan bertegas dengan ijtihad yang masing-masing keluarkan.

Apakah akan ada titik pertemuan antara mereka untuk meleraikan isu "keberanian luarbiasa" PAS bermain dengan persoalan yang melibatkan akidah dan risiko syirik ini.

Mana satukah ijtihad yang paling hampir dengan kehendak Al Quran dan Hadis? Adakah keputusan yang dibuat oleh dewan ulamak PAS atau pun ijtihad yang dibuat oleh Lord Hadi yang selaras dengan ijtihad Bishop Kristian dan pimpinan kristian DAP, juga PKR.

Jika kita buat perbandingan antara sesuatu yang hak dan sesuatu yang batil, yang mana satu agaknya ijtihad yang hak dan batil?

Adakah ijtihad yang dibuat oleh para Bishop dan DAP LGE yang hak dan berada di atas petunjuk yang benar, ataupun ijtihad yang dibuat oleh Dewan Ulamak PAS?

Jika ijtihad Bishop dan DAP LGE ini yang lebih disukai Allah, ini bermakna Allah yang Esa telah memberi petunjukNya kepada Bishop dan DAP LGE. Maka, dalam hal ini ijtihad Dewan Ulamak PASlah yang tidak mendapat petunjuk Allah, sesat lagi menyesatkan?

Tidak mungkin ijtihad ini benar ke dua-duanya.  Jika ijtihad Bishop benar, maka batillah ijtihad dewan ulamak. Begitulah juga sebaliknya.

Tidak mungkin ijtihad Bishop dan DAP benar, ijtihad Hadi benar dan ijtihad dewan ulamak PAS pun benar melainkan Allah telah menurunkan wahyu terbaruNya melalui Bishop Kristian dan DAP bahawa Allah sekarang ini bukan saja tunggal sifatNya, bahkan Allah juga triniti, beranak dan diperanakkan!

Wahai para ulamak dan mangkuk-mangkuk PAS yang sangat berani mengambil risiko kemungkinan kerosakan akidah umat Islam di Malaysia...! Ketahuilah oleh kamu bahawa nama Allah yang dikatakan turut digunapakai di negara arab ribuan tahun yang lalu memang merupakan Allah yang sama, iaitu Allah yang Esa yang kita pertuhankan hari ini, iaitu sebelum maksud keesaan Allah itu diselewengkan menjadi triniti atau ditranformasikan di dalam bentuk berhala di sekeliling kaabah ketika itu!

Ketika itu Nabi Muhammad Saw pun belum dihantar sebagai utusan terakhir atau khataman nabi@penutup segala nabi! Kitab-kitab samawi yang diturunkan itu tetap "kekal, benar dan hak" serta "berkuat kuasa" selama mana manusia yang bernama Muhammad itu belum mengambil wasilah kerasulan baginda!

Kitab-kitab ini secara automatik menjadi mansuh(absolete) sebaik saja Muhammad dilantik sebagai rasul penutup. Bahkan Nabi Musa, Nabi Isa dan ramai lagi nabi-nabi telah memohon kepada Allah yang esa supaya mereka dilantik menjadi nabi akhir zaman. Malah mereka meminta jika tidak dapat jadi nabi akhir zaman, dapat jadi umat kepada nabi akhir zaman sebagaimana kita pun sudah memadai bagi mereka!

Bahkan nabi Muhammad saw turut bersabda yang membayangkan jika nabi-nabi terdahulu ini berada di zaman baginda, nescaya mereka juga akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw.

Wahai ulamak PAS dan para mangkuk yang mengikutinya! Isunya bukan "boleh atau tak boleh guna nama Allah" bagi semua agama! Isunya ialah apakah mereka-mereka yang menuntut hak untuk menggunapakai nama Allah dalam kitab mereka ini merujuk kepada maksud Ketuhanan yang Esa di sebalik nama Allah Maha Besar ini atau mereka engkar dan berpaling dari maksud ketuhanan Allah Maha Esa?

Jika engkar....jika berpaling, HARAM LA MANGKUK! Itu SYIRIKLAH MANGKUK!! 

Membiarkan umat manusia mengguna pakai Nama Allah dna pada masa yang sama turut membiarkan maksud ketuhanan Allah Yang Maha Esa itu diubah menjadi triniti dan pelbagai, itu bermakna KAMU BERSUBAHAT DALAM PEKERJAAN YANG MEMBAWA MANUSIA MENSYIRIKKAN ALLAH....bahlol!..kata P.Ramlee.

1 comment:

  1. salam bro. pas jgn tipu. dia dh lama benarkan. baca sini. http://kembarapolitik.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-kerana-pulut-santan.html

    ReplyDelete