Wednesday, January 9, 2013

PIMPINAN PAS PASTI AKAN PECAH TERBARAI!!!

"Jesus anak tuhan" yang merujuk kepada tuhan penganut agama Kristian hari ini secara rasmi ditukar kepada "allah anak tuhan". Allah yang ini adalah Allah yang beranak dan diperanakkan, manakala Allah yang maha Esa, iaitu tuhan kepada orang Islam, tidak beranak dan diperanakkan.

Jenama Toyota, BMW atau Mercedez Benz pun lebih tinggi kedudukannya pada hari ini jika dibandingkan dengan nama Allah, jika pendirian PAS bersetuju berkongsi nama Allah digunapakai di negara ini.

Tiada mana-mana pembuat kenderaan yang boleh memakai jenama-jenama kereta yang sudah wujud di mukabumi. Jika ada yang cuba berkongsi nama-nama khas bagi kenderaan-kenderaan ini, pasti akan disaman dengan jumlah mencecah billion USD. Samsung yang menggunakan aplikasi "mirip" Nokia pun sudah diarah membayar saman berbillion-billion USD.

Ubat gigi jenama "Darkie" suatu ketika dulu pun terpaksa ditukar kepada "Darlie" hanya kerana perkataan Darkie itu membayangkan sesuatu yang kotor dalam bahasa versi melayu, iaitu "daki atau kotoran". Begitulah tegasnya undang-undang manusia dalam soal yang membabitkan hal-ehwal kemaslahatan dunia.

Tapi bila ada elemen yang boleh mendatangkan risiko besar kepada soal akidah umat Islam, puak ini begitu tolarensi sekali. Tidak takut langsung mereka akan kemungkinan buruk yang boleh terjadi di masa hadapan melalui konsep "perkongsian nama khas" kepada tuhan-tuhan agama masing-masing di dalam negara yang paling banyak anutan agama di dunia ini.

Persetujuan untuk berkongsi nama khas tuhan penganut agama Islam ini memberi makna nama Allah itu boleh diselaraskan penggunaannya oleh semua agama yang ada di Malaysia. 

Ketegasan pihak berwajib sudah sampai ketika yang amat diperlukan untuk menamatkan segera polimik gila ini. Jangan menunggu malapetaka sampai ke cucuran atap baru mahu bertindak sesuatu. Ia sudah terlambat.

Saya ingin mencabar PAS supaya mendesak kerajaan supaya menggubal undang-undang agar kaum bukan melayu menyelaraskan terlebih dahulu penggunaan nama peribadi mereka dalam versi bahasa melayu terlebih dahulu seperti yang telah dilaksanakan di Indonesia sebelum mereka dibolehkan menyelaraskan nama Allah menjadi tuhan kepada sekelian agama dalam maksud ketuhanan yang berbeza.

Jika cinta sangat LIM Guan Eng kepada bahasa melayu tukar saja nama beliau kepada Halim bin Harman. Tukar saja nama Ambiga kepada Puteri Sirih binti Gambir.

Hakikatnya, langkah pertama musuh Islam untuk memecahkan temboknpertahanan akidah umat Islam di negara ini sudah berjaya.

Hakikatnya, dolak laik Anwar dalam perjuangan pluralismanya di negara ini sudah pun memberikan kejayaan awal ke arah kelangsungan fahaman pluralisma di negara ini dengan termeterainya persefahaman di kalangan pakatan untuk mengiktiraf penyelarasan nama Allahh untuk semua agama di negara ini.

Atau, apakah ini gateway terakhir pakatan pembangkang sebelum terjun menjunam dalam PRU13 kali ini.

Kita sama-sama tunggu...!! Tuhan Allah yang maha esa pasti lebih unggul percaturanNya.

3 comments:

  1. Duo Harun bakal keluar dari PAS selepas ini..

    ReplyDelete
  2. PAs setuju ke kalau nama Allah diberikan kepada berhala lembu dan anjing? Baca ni bro..

    http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

    ReplyDelete