Sah dan rasmi. PAS bersetuju nama Allah bebas digunapakai oleh semua agama!
PAS juga menuduh UMNOlah yang mempolitikkan isu kalimah Allah ini hingga menimbulkan polimik dalam masyarakat.
Akhirnya UMNO juga yang salah.
DAP dan kumpulan Ambiga yang memperjuangkan kalimah ini supaya dapat dikongsi bersama. LIM Guan Eng sendiri yang bangkitkan kembali desakan yang sudah lama senyap ini, akhirnya mamat Hadi ni salahkan UMNO kerana mempolitikkan isu ini menjadi polimik dalam media-media perdana.
Harus diingat pengistiharan rasmi Hadi telah disaksikan dan diiringi oleh Anwar secara rasmi!
Apa akan jadi kepada masyarakat, kalau masing-masing bebas menyatakan pendirian masing-masing dalm isu penggunaan kalimah ini jika tanpa ada keputusan muktamad dari pihak yang berwajib dalam soal ini?
Dalam soal ini, siapakah pihak tertinggi yang paling berhak menentukan boleh atau tidak kalimah ini dikongsi?
PAS dengan pendirian mereka. Pakatan bukan Islam dengan pendirian mereka. UMNO dengan pendirian mereka dan NGO, baik yang Islam mahupun bukan Islam dengan cara mereka?
Apakah keadaan ini akan lebih banyak membawa kebaikan dari keburukan? Apakah keadaan masa depan hubungan antara penganut agama akan lebih baik dari sebelumnya selepas ini?
Raja-raja Melayu selaku ketua agama wajib bangkit dan membuat keputusan muktamad, seterusnya menamatkan terus polimik yang pada hakikatnya telah dilakukan oleh DAP, NGO kristian, PKR dan PAS ini.
Hanya raja-raja melayu selaku ketua agama dan kepala negara yang selayaknya membuat ketetapan muktamad terhadap isu ini. Jika pihak raja-raja melayu sudah menitahkan keputusan baginda, maka pihak penguatkuasa, iaitu kerajaan yang memerintah, wajib menjalankan penguatkuasaan dan mengenakan tindakan jika berlaku pelanggaran terhadap titah perintah tuanku sultan selaku payung negara.
Jika perkara ini tidak dilakukan sekarang, tiada siapa lagi yang akan taat kepada sebarang bentuk peraturan dan sistem pentadbiran yang dirangka dan digunapakai dalam negara ini. Masing-masing akan bebas bertuankan hati, perasaan dan kehendak masing-masing tanpa merasa terikat dengan sebarang peraturan dan undang-undang.
Jika perkara ini terjadi, maka negara ini akan sama taraf dengan "negara haiwan dirimba" yang bebas tanpa sebarang peraturan yang mengikat dan menyelia kehidupan penghuninya.
Keberanian PAS mengambil risiko sebesar gunung, demi memenuhi keserakahan nafsu politik adalah merupakan suatu malapetaka paling besar buat kehidupan rakyat majmuk negara ini.
PAS. Harus bertanggungjawab dengan sebarang kemusnahan dan ketegangan yang bakal berlaku di masa depan akibat dari keneranian mereka mengambil risiko sebesar gunung berapi yang bakal meletus bila-bila masa saja selepas ini.
Ya Tuhan Allah, (yakni tuhan bagi orang-orang Islam di Malaysia), apakah Kau telah menutup pintu hidayah mu terhadap pemimpin PAS dan Kau mahu kami juga turut sesat dalam kesesatan yang mereka lakukan?
Lagi musibah yang menimpa PAS. Itulah akibat menyalah gunakan agama utk kepentingan politik sempit mereka. 4 Wajah kusam, keruh dan tidak bermaya semasa sidang media bersama tadi menjelaskan segalanya.
ReplyDeleteSultan Selangor sudah bertitah selaku ketua agama bukan Islam di Selangor dilarang menggunakan Kalimah Allah dlm penerbitan mereka. Nuar Brahim segera membantah titah Sultan Selangor. Pasti rakyat Selangor menghukum pakatan dlm PRU kelak.
Kalau LGE hendak sangat guna nama Allah sebagai tuhannya rakan tahalluf siasi beliau wajar menyarankan agar beliau masuk sahaja agama Islam. Tujuan utama beliau ialah untuk berdakyah kepada umat Melayu Islam yang jahil bahawa tuhan orang Islam dan orang Kristian sama sahaja.... Maha suci Allah daripada segala sekutu.
ReplyDeletePenggunaan sebutan nama tuhan dng nama Allah yg di tuntut oleh penganut Kristian di M'sia sebenarnya tidak salah pun, telah di gunakan pakai beribu tahun di Mesir oleh penganut Kristian disana dan tiada bantahan dari umat Islam diMesir.
ReplyDeleteDi M'sia, oleh kerana sebutan itu utk umat Kristian adalah benda baru, maka tentunya sukar diterima oleh umat Islam utk berkongsi sebutan itu bagi memanggil Allah bagi sebutan tuhan.
Bagi saya secara ikhlas, saya tidak bersetuju utk org Kristian menggunakan bagi tulisan di dlm bahasa M'sia, alasan saya, bimbang di salah guna utk tujuan bagi mengelirukan org Islam bagi menarik org Islam masuk ugama Kristian.
Tetapi utk digunakan didlm bahasa lain, bagi saya tiada masaalah.