Tuesday, January 8, 2013

BIBLE VERSI MELAYU KHUSUS UNTUK MELAYU!!!

Dengar khabarnya 100,000 naskah bible cetakan versi bahasa melayu-hebrew akan diedarkan di Semenanjung Malaysia.

Persoalannya, siapakah kalangan penganut kristian dari bangsa Cina, India dan Iban atau kadazan Dusun yang akan membaca bible versi bahasa melayu-Hebrew ini? Bible untuk Kadazan Dusun sepatutnya lebih praktikal dicetak dalam versi kadazan Dusun kerana mereka lebih biasa membaca akhbar di Sabah dalam versi kadazan daripada akhbar versi melayu.

Cina kristian nak baca bible versi melayu? Sebut nama sekolah kebangsaan pun mereka phobia kerana terlalu mendewakan sekolah vernakular, inikan nak baca kitab versi bahasa melayu?

India kristian sudah tentu lebih arif kitab versi bahasa Inggeris daripada versi melayu. 

Jadi kepada siapakah sasaran sebenar edaran kitab versi bahasa melayu ini sebenarnya?

Adakah bible versi bahasa melayu ini digunakan sebagai satu kaedah atau jalan untuk memahirkan kaum cina dan india untuk membaca dan bertutur bahasa melayu yang masih belum fasih walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Kalau ini niatnya, mari kita sama-sama sokong niat murni ini.

Tapi kalau niat tersirat mereka adalah untuk supaya diedarkan kepada kaum melayu Islam, PAS harus bangkit menentang gerakan halus kristian yang jelas dipelopori oleh rakannya dari DAP. Lim Guan Eng dalam perutusan tahun baru sudah pun meminta kerajaan jangan menghalang bible versi melayu ini menggantikan nama tuhan "jesus" kepada nama tuhan "Allah" bagi kitab cetakan versi melayu.

PAS jangan buat-buat "insane" atau buat-buat jahil bagi melepaskan bebanan tanggungjawab di akhirat kelak dalam persoalan asas berkaitan akidah Islam ini. Mat Sabu cakap boleh. Mujahid mengaku dulu pernah setuju, tapi sekarang tak setuju. Dr Harun Din kata tak boleh. Taun Man taun Mat kata tak boleh. Khalid Samad kata boleh. Yang mana satu nak ikut ni?

PAS jangan jadi macam pepatah melayu, "umpama Anwar terkantoi". Maksud perumpamaan ini dalam kamus dewan bahasa ialah "seseorang yang sering didapati terkantoi tapi tak pernah nak mengaku".

Ataupun PAS jangan jadi "Umpama Anwar tipu tuhan". Dalam kamus dewan, pepatah petitih ini bermaksud "seseorang yang berjanji dengan tuhan untuk bernazar kambing di saat perahu nak tenggelam, tapi apabila sudah sampai ke tepi pantai, dia tipu tuhan dengan menterbalikkan perahunya sendiri bagi mengelakkan dari membayar nazar kambing yang dijanjikan". 

PAS jangan suka sangat tipu tuhan melalui pelbagai "ijtihad besar" untuk menghalalkan segala tindakannya wakaupun jelas bertentangan dengan agama.

Berselindung di sebalik ijtihad dan ijmak ulamak untuk tujuan mendapat sokongan dan kuasa adalah antara ciri-ciri sifat munafik yang sering diamalkan oleh puak khawarij di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. 

Kalaulah dibangkitkan semula Saidina Abu Bakar di bumi Malaysia, pasti, khalifah inilah orang pertama yang akan mengistiharkan perang dan menghalalkan darah para pemimpin PAS dan pengikut-pengikutnya yang terlalu berani mempersenda-sendakan dan mengubah-ngubah hukum Allah melalui "tipuan taklid, ijtihad dan ijmak ulamak!!"

No comments:

Post a Comment