Monday, January 7, 2013

WAR ROOM PKR BOCOR! ANWAR LAKUKAN MUBAHALAH 1 HARI SEBELUM MENGUNDI!!

Di antara "masalah besar" yang bakal terjadi jika pakatan menang PRU 13 nanti, antaranya termasuk;

1. Penentuan jawatan Perdana Menteri. Kalau kerusi yang dimenangi PKR lebih tinggi berbanding DAP dan PAS, oklah. Tapi kalau PAS atau DAP yang dapat lebih, macam mana? 

2. Kalau dipilih juga Anwar dari PKR, masalah ke 2 yang bakal berlaku ialah siapa pula bakal jadi TPM? Lebih-lebih lagi jika PAS yang menang kerusi terbanyak. Takkan nak bagi wakil DAP pulak jadi TPM. Anwar dah terjanji pulak tu nak peruntukan jawatan TPM kepada wakil Sabah dan Sarawak!

3. Kalau pakatan lantik 2 TPM mewakili DAP dan PAS, masalah baru yang akan muncul ialah soal pembahagian kuasa dan tugasan antara 2 TPM. Kalau PAS dapat kerusi lebih, sudahlah terlepas jawatan PM hasil dari rundingan bersama. Takkan PAS nak terus mengalah dan bagi DAP lebih kuasa. Takkan TPM PAS nak jaga bab agama dan adat istiadat melayu je. 

4. Formula pembahagian kuasa antara PKR, DAP dan PAS pasti akan mewujudkan masalah besar kerana konsep pakatan mereka "tidak berbos" atau tiada ketua dalam pakatan. Tiada pengerusi PR. Semua sama dan berasaskan persetujuan bersama. Kalau tiada keputusan bersama dicapai, jawabnya tiada apa-apalah yang boleh dilakukan. 

Dalam Islam, apa hal pun mesti ada ketua atau amir. Walaupun jika dalam jemaah yang dianggotai oleh hanya 2 orang, Islam kata mesti lantik salah seorang jadi amir. Ini PAS kena faham. Kalau tak nanti kena laknat tuhan Allah. Bala atau azab Allah cepat sampai kalau tiada "ulil amri" yang dilantik dalam sesuatu organisasi atau misi yang dibentuk.

5. Pembentukan barisan kabinet lagi masalah nanti. Maklum sajalah. PAS mauduknya Islam, DAP mauduknya Malaysian Malaysia, dan PKR pulak mauduknya "boleh apa saja asal berkuasa". Sampai sekarang mereka tak berani umum kabinet bayangan. Itu tandanya mereka tidak bersedia dan belum mampu duduk bersemuka bagi menggariskan apa sebenarnya bentuk perkongsian kuasa dan rupabentuk struktur kerajaan yang bakal digunapakai bila sudah berkuasa nanti. 

Kalau dalam perkongsian perniagaan, inilah fasa pertama dan paling penting untuk digariskan terlebih dahulu supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Apatah lagi dalam soal perkongsian kuasa untuk memerintah sebuah negara yang begitu unik dari segi kepelbagaian agama dan kaum yang wujud. Mesti ada garis panduan jelas yang dipersetujui bersama terutama dalam soal yang melibatkan kepentingan kaum dan agama. Senang kata macam BN buat sejak tahun 57 dululah. Bukankah begitu structured sekali garis panduan dan persefahaman yang dicapai di antara parti-parti komponen awal sebelum kerajaan itu terbentuk lagi.

Jangan jadi macam Anwar. Percaturannya sangat mudah dan "sede". "Janji dulu, perlaksanaan cerita kemudian."

I. Semua yang melibatkan bebanan kos kepada rakyat akan diturunkan. 

II. Semua yang berkaitan dengan kos pendidikan akan diberi percuma. 

III. Semua jenis cukai akan diturunkan. 

IV. Gaji pekerja termasuk guru dan polis dinaikkan.

V. Harga kereta diturunkan.

VI. Bayaran royalti minyak kepada negeri dinaikkan 20%.

VIi. Tol dihapuskan

VIii. Cukai pendapatan diturunkkan. 

IX. Gaji minimum ditetapkan RM1500 dari RM900.

X. DAN...DAN...DAN, pada masa yang sama, semua kos dan perbelanjaan yang dibebaskan dari tanggungan rakyat ini akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan PR.

XI. DAN..DAN...DAN, pada masa yang sama, hutang luar negara harus diturunkan secara drastik pada kadar paling minima.

XII. DAN..DAN...DAN, pada masa yang sama wang KWSP tak boleh sentuh. Itu duit tuan-tuan. Jangan bagi kerajaan "saya" guna sikit pun!

Anwar ada cara tersendiri bagaimana kerajaan PR nak cari ratusan billion tambahan hasil pendapatan negara untuk menampung ratusan billion kos rakyat yang dipindah ke tanggungan kerajaan PR.

Caranya IALAH.... "janji saja dulu. Depa bukan tau apa pun". "Yang penting bagi depa seronok".

Serupalah macam kaedah yang dia guna untuk selamatkn diri dari tuduhan. "apa pun nak jadi jangan mengaku. Mesti nafi, nafi dan nafi. Ana dah buat. Memang menjadi". 

No comments:

Post a Comment