Monday, January 7, 2013

GEMPAR!!! HADI, NIK AZIZ & AZIZAN DISERANG JANTUNG SERENTAK!!!

Kesian sungguh melihat nasib PAS di hujung-hujung perjuangannya. Nama gah dan hebat. Sebut saja perjuangan dan perkembangan Islam di Malaysia, PAS pasti akan turut menjadi sebutan.

Dulu PAS hebat. Tolak pokok saja boleh tumbang. Tak payah pakai kapak. Gunung pun didaki walaupun pakai tulang 4 kerat. Laut sanggup direnangi, tak payah pakai motor bot, asal saja ia berkait dengan kesucian Islam.

Dulu sebut saja nama Israel atau yahudi, telinga PAS terus merah padam. Dulu sebut dengar saja ada umat Islam seantero dunia yang tertindas dan teraniaya, tak sempat menunggu siang, PAS sudah bangkit dan bertempik.

Dulu sebut saja "kerjasama dengan bukan Islam", terus ditentang habis-habisan. "PAS tidak akan sesekali berkompromi". Dengar saja ada puak yang berkerjasama dengan bukan Islam, nescaya akan terus dijatuh hukum kafir.

Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tenaga dan kekuatan PAS sudah semakin luntur dan lesu dalam mempertahankan Islam. Nak angkat pinggan mangkuk pun sudah menggigil. Jalan pun sudah "angka" dan terpaksa pakai tongkat yang dihadiahkan oleh DAP. Adakalanya terpaksa pakai wheel chair yang disumbangkan oleh PKR untuk meneruskan perjalanan dalam menghabiskan sisa-sisa perjuangan.

Kini, kalau DAP kata nak kongsi nama tuhan Allah, PAS kata kongsilah, apa ada hal.

Kini, kalau Anwar bercakap soal liberalisma dan pluralisma, PAS kata, "bolehlah labuu... asal jangan kalah PRU sudah".

Kini, kalau ada puak mereka yang ditangkap atau tertangkap khalwat samada melalui tangkapan fizikal mahupun tangkapan video, PAS kata, "jangan...tak baik. Itu namanya mengaibkan orang lain. Salah di sisi agama". Bila Anwar kata maksiat secara sembunyi-sembunyi adalah hak peribadi seseorang, PAS kata, "boleh, asal jangan bising-bising sudahlah".

Itulah nasib orang dah tua dan tak mampu hidup sendirian. Takut nanti taada siapa nak jaga makan minum. Pasrah dan berserah saja. 

Terpaksa tutup mata, telinga dan pintu hati, melihat segala kerosakan dan pelanggaran perintah Allah dari orang di sekeliling demi menagih sebuah kehidupan dunia yang sedikit dan sementara. 

PAS mahu menghabiskan sisa-sia kehidupannya di Putrajaya dengan berbekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat sementara dan berbentuk "softloan" dari Allah.

PAS mahu merasa bagaimana "nikmat berkuasa" sebelum menutup mata dan menyambut panggilan Ilahi.

Di atas sifat PAS yang sudah "uzur dan longlai" dengan hukum hakam agama inilah, DAP dan PKR, khasnya Anwar Ibrahim mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memeras keringat dan harta milik PAS, iaitu penyokong taksub PAS yang mampu memberikan kemenangan kepada DAP dan PKR.

Sewaktu PAS mabuk kerana terlalu banyak makan "pain killer" yang disuap oleh Anwar, DAP mengambil "cop ibujari PAS" untuk mengeluarkan fixed deposit sokongan yang PAS ada untuk membolehkan DAP dan PKR beroleh sokongan UNDI.

Semasa ditolak dengan wheelchair itulah PKR mengambil kesempatan mempergunakan "orang tua PAS" ini untuk diarak seantero negara bagi tujuan meraih simpati rakyat dan memberitahu rakyat bahawa PKR dan DAP bersedia berkongsi dan berbincang matlamat bersama dengan PAS, jika diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa di Putrajaya.

Lidah PAS sudah kelu kerana "serangan jantung" yang sudah dialami berkali-kali kerana "tertekan" dengan penantian nikmat kuasa pemerintahan dari tuhan Allah yang tak kunjung tiba.

Itu sebab PAS dilihat seperti orang bisu dan tidak mampu berkata-kata walaupun berkoyan dan berpikul dosa dan kesalahan melanggar hukum Allah sudah dilakukannoleh takan DAP dan PKRnya.

2 comments:

  1. Tidak adakah pemimpin dan ahli PAS yang menganggap semua yang dialami oleh PAS hari ini sebagai musibah akibat menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka?

    Apakah segala yang mencemarkan 'kesucian' PAS ini tidak dianggap sebagai peringatan Yang Maha Esa?

    Contoh musibah yang menimpa PAS:

    Dulu Ambiga busuk, kini Ambiga paling wangi dan patut diusung oleh setiap ahli Pas.

    Perlantikan Mat Sapu sebagai Timbalan Presiden PAS,

    Kisah Tabung Memali yang habis dikebas oleh PAS,

    Kegagalan Kohilal,

    Pemberian tanah 10,000 ekar kepada Ngeh dan Nga,

    Pemecatan Hassan Ali dengan cara paling kotor dan jijik dalam dunia,

    Perlucutan jawatan EXCO agama di PP dan Selangor,

    Pemulangan arak yang dirampas apabila disergah oleh RonneiL,

    Kongsep negara berkebajikan yang menggantikan perjuangan negara Islam,

    Penerimaan Perlembagaan Penjajah dan Jahilliah,

    Persekongkolan dengan PKR dan DAP yang nyata memusuhi Islam,

    Banyak lagilah musibah yang kini terpaksa dihadapi oleh PAS dan banyak sangat kahak-kahak hijau yang suatu waktu dulu diludah, kini terpaksa dijilat semula oleh PAS..

    ReplyDelete
  2. HAJAT PAS nak musnahkan UMNO/Melayu je,siapa jua rakan kongsi x kesah,syarat apapun diikut, janji dendam kesumat terlaksana!INILH PEGANGAN PAS sejati!

    ReplyDelete