Saturday, January 5, 2013

SPR PERLU BELAJAR DARI DAP MCM MANA TIPU DLM PRU!!!

Tiada peristiwa yang paling memalukan di awal tahun 2013 melainkan peristiwa kegagalan dan ketidakmampuan DAP dalam mengendalikan pemilihan CEC parti 3 minggu yang lalu.

DAPlah antara puak yang paling lantang dan angkuh memperlekeh dan mempertikaikan SPR dalam menguruskan pendaftaran dan kemaskini data maklumat 13 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU13 kali ini.

Pelbagai kritikan termasuk yang sengaja direka telah dilemparkan terhadap SPR bagi menimbulkan pandangan serong rakyat berkaitan kemampuan SPR dalam mengendalikan PRU secara adil, bebas dan saksama.

Akhirnya, DAP walaupun sebahagian besarnya bukan penganut Islam, pun turut menerima hukum karma dari tuhan Allah. Menguruskan pemilihan parti yang melibatkan hanya seramai 1800 perwakilan pun mereka telah gagal. Imej ketelusan yang dipaparkan DAP yang pernah menyebabkan Presiden Transparensi, Tunku Aziz pun tertipu, kini sudah luput dengan peristiwa sekejap kalah sekejap menang ini.

Tanpa angin, tanpa ribut dan tanpa bantahan... Ulang lagi..."tanpa ada sesiapa kalangan perwakilan yang membantah" mengenai kaedah pemilihan dan pengiraan undi. Semuanya berpuas hati,... tup-tup!!, DAP mengumumkan ada berlaku kesilapan dan seorang dari pemenang telah digugurkan dari senarai 20 undi tertinggi.

Zairil, seorang melayu campur atau mungkin "a malay by constitution", akhirnya diistiharkan termasuk dalam senarai 20 orang yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan itu. Undi asal 305 yang diperolehi oleh Zairil telah melonjak hampir 500 undi kepada 803. Dengan jumlah undi baru ini, Zairil berjaya mendapat tempat ke-20. Betul-betul nasib baik. Berapa ramai calon yang mendapat undi antara 306 hingga 802 yang lebih tinggi undinya dalam kiraan asal telah dikalahkan oleh Zairil! Ajaib sungguh...

Alhamdulillah... Mungkin Tuhan Allah telah menunjukkan keajaibanNya. Mungkin tuhan Allah masih mahu menjaga maruah melayu Islam dalam DAP. Dalam banyak-banyak yang kalah, tup-tup,, so call..a malay by constitution ini bernasib baik kerana terpilih menduduki CEC kebangsaan DAP. 

Atau, mungkin juga pihak think-tank DAP yang berkonspirasi  "mengajaibkan" takdir tuhan Allah dalam pemilihan CEC ini bagi menggambarkan "cina DAP sudah boleh menerima melayu sebagai pemimpin parti mereka".

SPR sudah ada track record 12 kali mengendalikan PRU. Dalam 11 PRU yang pertama, SPR hanya gagal menipu dan memenangkan BN pada PRU 1964, 1969 dan 1999 bagi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Penang. Kegagalan terburuk SPR untuk menipu dalam PRU adalah pada PRU12 yang lalu, di mana SPR gagal memenangkan BN di 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan. Di Kelantan SPR gagal secara total memenangkan BN sejak 23 tahun lalu.

SPR perlu belajar dari DAP bagaimana formula kemenangan Zairil diperolehi walaupun pun sudah kalah terok. Jika SPR sanggup belajar dari DAP mungkin SPR akan berjaya menipu untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU nanti.

Wahai DAP... Bermula dari saat ini janganlah kamu menunjuk pandai lagi seperti "ketam cuba mengajar anak, cuba mahu mengajar SPR bagaimana untuk mengendalikan PRU dengan cara yang adil dan bersih. 

No comments:

Post a Comment