World's news

Loading...

Saturday, January 5, 2013

AMANAT SAYA TELAH DISELEWENG PUAK MUSUH - HADI AWANG!!!

Fatwa dan amanat Syeikh al-bro Kamarulzaman Kamdias Al-Umnowiyah

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia asyik membangkang tak habis-habis. Kita menentang dia ialah kerana dia "sudah menarik balik fatwa Hj Hadi" yang menganggap perlembagaan negara selama ini sebagai perlembagaan penjajah,  undang-undang negara sebagai kafir dan segala peraturan yang dikatakan jahiliyah". 

"Oleh kerana "fatwa flip-flop, sekejap halal sekejap haram itulah" kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka". 

“Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’, pluralisma suku, agama suku", "depan masuk suku, belakang masuk suku", "berkongsi nama Allah, Islam suku dan agama lain suku", "kompromi dengan maksiat kepada Allah, jika diamalkan puak UMNO haram, tapi bila puak mereka mengamalkannya, ia dikata fitnah dan cubaan untuk mengaibkan", 

(Fatwa ini diciplak dari amanat Hj.Hadi pada tahun 1981 yang disebut dalam entry Zul Nordin, dan hanya diterbalikkan nama UMNO dan BN kepada PAS dan Pakatan. Ia adalah fatwa yang sangat mudah untuk dibuat. Tidak perlu apa-apa pertanggungjawaban dari amanat yang dikeluarkan walaupun ia boleh menjejaskan ikatan saudara se Islam)

Fatwa Syeikh Al Bro Kamarulzaman Kamdias Al Umnowiyah ini dikeluarkan bersandarkan kepada amanat perdana Hj Hadi pada 2003, iaitu sebelum PRU11 yang lalu, yang membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. 

Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!" 

No comments:

Post a Comment