Monday, February 4, 2013

ANWAR: WAN AZIZAH BERTARAF ASSYIDIQQIN SEBARIS DENGAN SAIDATINA KHADIJAH!!!

AIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.

Anugerah yang disampaikan kepada Wan Azizah itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Komen Kepal Nasi...
Kalau Wan Azizah isteri Kepal Nasi, Kepal Nasi akan nasihatkan Wan Azizah supaya tidak menerima anugerah tersebut. Alasannya ialah "MALU".

Imam Ghazali r.a sendiri pernah berkata, "Pengorbanan aku dalam membantu agama Allah hanyalah ibarat debu-debu yang melekat di kaki para sahabat nabi saw".

Siapalah ABIM untuk memberi "anugerah khas" bertaraf "Saidatina Khadijah". Siapalah Wan Azizah untuk dibariskan sebaris dengan wanita pertama yang beriman dengan agama Muhammad saw, merangkap "kekasih Allah" yang mana jika tidak kerana kasihnya Allah kepada baginda saw, nescaya Allah tidak akan zahirkan alam ini. Alam ini diwujudkan Allah hanya semata-mata kerana mahu menzahirkan manusia yang bernama "Muhammad".

Keutamaan Khadijah Assiddiq.

Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:
1.      Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.
2.      Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).
3.      Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.
4.      Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.
5.      Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.
6.      Insan pertama solat bersama Nabi.
7.      Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8.      Orang pertama menerima salam daripada Allah.
9.      Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar), setaraf dengan Abu Bakar Assiddiq.
10.  Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Adalah lebih baik ABIM dan Siddiq Fadhil fikirkan "anugerah khas isteri Nabi Lut", kepada sesiapa yang mereka fikirkan layak daripada "secara jahil muraqad" telah memandai-mandai memberi anugerah khas yang "tak terbawa dek badan".

Yang memberi tiada kelayakan. Yang menerima pun tiada merit. Anugerah khas ini samalah seperti Israel memberi anugerah khas kepada Amerika atas peranan yang dimainkan oleh Amerika di Timur Tengah dalam menegakkan keadilan, kebenaran sejagat.

Rakyat diseru supaya menolak "pendustaan dalam agama" yang dilakukan oleh manusia-manusia yang menzalimi agama dengan cara "memanipulasi".

4 comments:

  1. Saya sokong 100 % pendapat anda!

    ReplyDelete
  2. Minta tolong sangat-sangat jangan lah pulak orang Islam Malaysia membuat penghinaan kepada isteri Rasullallah. Siti Khadijah tiada tandingan. Adakah ada perempuan di zaman ini, atau zaman yang akan datang di jamin syorga oleh Allah dan Nabi? Saya pohon jangan cemar nama baik dan kemuliaan Siti Khadijah. Harap pihak berkuasa tolong awasi pencemaran dari mereka-mereka yang suka cetus idea yang merapu dan menghina Islam.

    ReplyDelete
  3. Salute Bro.., Apalah ABIM bangang sangat.

    ReplyDelete
  4. Khadijah Binti Khuwalid nak di banding dgn Dr Wan Azizah Ismail.....jauh beb ...Khadijah hamba Allah yang setia dan membuat kerja2 Fisabillilah dan Dr.Azizah Wan Ismail jelas hamba Allah yang mungkar dan membuat kerja2 Fisabilisyaitan....beza beb....ABIM majlis Syaitan ini yang masaalah....

    ReplyDelete