Wednesday, February 6, 2013

ANWAR: TINDAKAN RAJA IDERIS BOLEH MERANAPKAN PR!!!

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Jika menjelang PRU13, lebih ramai kalangan pemimpin atau YB-YB UMNO/BN yang "membuat pengumuman" seperti YB Dato Raja Ideris, sudah pasti akan wujud "fenomena" yang  mampu "menenggelamkan" dan meranapkan terus imej pembangkang.

Fenomena ini pasti akan memberi suatu "kesan psikologi" yang cukup besar dalam pembentukan persepsi umum yang sangat positif kalangan  generasi muda terhadap BN/UMNO.

Fenomena ini juga berupaya menghidupkan kembali semangat orang-orang lama yang cintakan UMNO dan mahu melihat UMNO kembali diterima oleh majoriti rakyat.

Fenomena ini juga "mampu" memudahkan kerja PM DS Najib "berkali-ganda". 

Malah, yang terpenting, fenomena ini boleh menjadi bukti atau "testimoni" keberkesanan slogan "berani berubah sebelum diubah"  atau transformasi politik yang diwar-warkan oleh kepimpinan PM DS Najib sejak beliau mengambil-alih kepimpinan negara dari Tun Abdullah Badawi.

Tapi sayang, apa yang dilakukan oleh Dato Raja Ideris ini hanya berlaku 1 dalam 100. Hingga kini, selain dari beliau, hanya YBM Tengu Azlan, ahli parlimen Jerantut saja yang setakat ini benar-benar serious mengumumkan untuk "tidak mahu bertanding lagi".

Tindakan yang diambil oleh YB Raja Idris adalah "paling bermaruah" dan "paling terbaik" serta "paling mudah" untuk memulihkan semula persepsi umum terhadap imej UMNO, tapi ia tidak mungkin menjadi suatu "fenomena" yang boleh memberi "impak berganda" kepada BN dalam menghadapi PRU13 nanti.

Ia termasuk di antara "perkara mustahil" untuk berlaku khususnya di kalangan "incumbent" UMNO.

Hampir 100% kalangan incumbent YB UMNO mahu terus kekal bertanding. Malah, ramai mantan-mantan YB UMNO juga masih berharap untuk "dipilih semula" sebagai calon.

Majoriti "incumbent YBs" ini mahu melihat UMNO berubah dan kembali kuat serta diterima semula oleh majoriti rakyat, tetapi  "diri mereka" haruslah menjadi sebahagian dari pakej pelan pemulihan UMNO.

Bagi mereka, yang harus memberi peluang kepada pelapis dan orang muda adalah "incumbent lain", dan "bukan diri mereka" sendiri.

Bagi mereka, yang sudah tidak diterima lagi oleh pengundi adalah incumbent lain di kawasan lain, dan bukan diri mereka. 

Bagi mereka, yang sudah berkarat dan hilang taraf "winnable" adalah incumbent lain, dan bukan diri mereka. 

Yang sudah menjadi "liabiliti" kepada parti adalah incumbent lain, dan bukan diri mereka. Mereka merasakan diri mereka tetap "kekal menjadi asset" kepada parti sepanjang zaman.

Mereka merasakan golongan pelapis "masih belum boleh" atau "belum mampu mengambil-alih" peranan mereka. Belum sampai ketikanya.  Masih banyak lagi agenda yang belum selesai. "Saya perlu lagi 1 penggal untuk ini".

Orang lain tidak sehebat mereka. Orang lain tidak sepandai mereka. Mereka merasakan tanpa mereka, UMNO tiada masa depan.

Itulah "perasaan" yang ada di dalam hampir setiap jiwa para-para incumbent YB, khususnya YB UMNO. 

Jika tidak percaya "tanyalah dari hati ke hati" dengan YB-YB yang merasakan diri merekalah selama ini yang bertanggungjawab "menongkat langit" hingga menyebabkan langit terus kekal teguh di angkasa, tidak jatuh-jatuh menyembah bumi.

No comments:

Post a Comment