Pengundi cina sudah menunjukkan "tanda" bahawa mereka sedang melakukan kerja-kerja "positioning" terakhir menjelang PRU.
Tindakan Dong Zong menjemput kedua-dua pihak, pemimpin utama parti pemerintah dan parti pembangkang adalah bukti jelas apa yang saya sering katakan DAP, MCA mahupun Gerakan hanyalah sebuah platform politik yang akan dimenafaatkan pada ketika tertentu oleh golongan chauvinis opportunis kiasu di dalam masyarakat cina.
Kalangan Parti "chinese base" ini tidak ada yang benar-benar berpengaruh dikalangan cina. Ia tidak seperti UMNO dan PAS kepada orang melayu yang sanggup, waima menggadai kalimah Allah dan segala kepentingan agama dan bangsa demi keutamaan mereka kepada kuasa politik.
Yang paling berpengaruh dikalangan masyarakat cina adalah NGO perniagaan dan pendidikan mereka.
Semua "keputusan politik" kaum cina adalah berasaskan dan bermatlamatkan kepada survival ekonomi dan pendidikan masyarakat kaum mereka.
Sebaliknya, "keputusan politik" orang melayu adalah berkiblatkan kepada "perebutan kuasa politik semata-mata". Demi mempertahankan fahaman dan ideologi politik masing-masing, orang melayu sanggup gadaikan kepentingan dan survival bangsa samada dalam ekonomi, hak keistimewaan bangsa, waima kepentingan agama pun akan mereka compromise.
itulah perbezaan besar antara keputusan politik orang melayu dan keputusan politik orang cina.
Keputusan politik antara melayu dan cina ini adalah berasaskan sejarah dan latarbelakang masing.
Bagi kaum cina di Malaysia, kepentingan survival ekonomi dan pendidikan adalah paling utama, manakala bagi orang melayu pula, kepentingan kepada kuasa politik adalah yang paling utama di dalam rangka menjamin kedudukan dan survival bangsa orang melayu.
Malamat kaum cina hingga kini tidak pernah berubah, dan jika ianya berubah pun ia adalah dari segi pendekatan sahaja. Perubahan pendekatan yang mereka lakukan adalah semata-mata di atas maksud menjamin "kelangsungan" kepentingan ekonomi dan pendidikan kaum mereka. Ia tidak pernah lari atau berganjak sedikit pun.
Jika dalam "ketika-ketika" tertentu terbit peluang untuk mendapat kuasa politik mereka tidak akan lepaskan peluang ini. Penang adalah
bukti dan testimoni terpenting yang akan membuktikan kebenaran kata-kata saya ini.
Jika penang terus kekal di bawah DAP, itu bakal membuktikan apa yang saya kata adalah benar. Jika BN berjaya merebut kembali Penang, itu juga bakal menjadi bukti apa yang saya perkatakan adalah benar, jika berdasarkan kepada maksud "ketika-ketika tertentu" dan kepentingan survival kaum cina ketika itu menguntungkan matlamat mereka jika menyebelahi BN.
Itu asas keputusan politik kaum cina.
Asas Keputusan Politik orang melayu pada asalnya juga begitu, tetapi di dalam kerangka keutamaan "menjaga kekuatan kuasa politik".
Jika kuasa politik melayu kuat dan teguh, survival bangsa dan kesucian agama akan terus terjamin. Kekuatan Kuasa politik yang ada digunakan untuk menjamin kelangsungan agenda bangsa dan keistimewaan serta kesucian agama terus terbela.
Tetapi hari ini matlamat ini "sudah tersasar dan berganjak" dari akarnya. Keputusan politik orang melayu sudah terlalu bersifat spekulatif dan mudah berubah-ubah mengikut kepentingan "ego centric" politik ketika itu.
Keputusan politik orang melayu sudah berubah pendekatannya dari "principle centric leadership approach" kepada personality centric leadership approach".
Perpecahan ketara orang melayu di dalam menentukan keputusan dan haluan politik adalah disebabkan oleh "perubahan pendekatan" perjuangan politik orang melayu yang sudah menjurus kepada personality centric leadership daripada principle centric leadership.
Ego politik dan ego pengaruh kekuasaan sudah melangkaui kepentingan asas dan matlamat utama iaitu untuk menjamin kelangsungan survival bangsa melayu dan agama Islam.
Jika bersandarkan kepada fakta perubahan pendekatan perjuangan ini, maka tidak menjadi kehairanan kepada kita melihat pemimpin melayu hari ini sudah berlumba-lumba membawa haluan dan pegangan politik tersendiri masing-masing.
"Matlamat menghalalkan cara" sudah dijadikan rukun iman dan syahadah politik.
Kalimah Allah dijadikan umpama "barangan pajak gadai".
Keistimewaan bangsa yang sudah elok-elok dijamin oleh perlembagaan dijadikan sandaran dan gadaian untuk menawan hati kaum cina agar menyebelahi mereka.
Kesucian agama Islam yang sudah dijamin dan tidak boleh disentuh sama sekali oleh perlembagaan sedang dipertikai dan diperlekehkan dengan cubaan untuk menyamaratakan kedudukan antara agama yang dipelopori oleh NGO yang berkiblat kepada DAP dan PKR.
Kekuasaan dan kekuatan kuasa politik melayu sedang dicabar hebat oleh bangsa melayu sendiri. Peluang keemasan yang muncul akibat perpecahan ini sepantas kilat disambar oleh puak opportunis chauvinis untuk dimenafaatkan bagi jaminan kelangsungan survival ekonomi dan pendidikan bangsa mereka.
Kita tidak boleh menyalahkan sama sekali sikap opportunis mereka kerana jika kita berada ditempat mereka, kita juga pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan yang ada.
Adalah "bodoh" bagi seseorang yang telah mendapat bola di depan pintu gol lawan yang ternganga luas, bertindak menyemak bola ke luar padang hanya disebabkan mahu mewujudkan keseimbangan dalam jaringan gol di antara kedua-dua pasukan yang berlawan.
Kerajaan harus bertanggungjawab memastikan tidak wujud jurang perbezaan yang ketara di dalam ekonomi dan pendidikan di antara rakyat dengan melaksanakan pelbagai pelan affirmatif dan pragmatik, tetapi kita "tidak berhak untuk marah" seperti Tuan Sadiq Sigaraga apabila mereka merembat bola ke gawang kita yang tidak dijaga.
No comments:
Post a Comment