Belum tamat isu kebanjiran pendatang tanpa izin, sudah timbul pula isu "Huguan Siou" tanpa izin di Sabah.
Kehadiran Anwar di Sabah baru-baru ini untuk menerima gelaran anugerah tertinggi "Huguan Siou" Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), secara haram amatlah memalu dan mengaibkan bukan saja kepada penerima anugerah haram ini sendiri, malah telah mengaibkan seluruh bangsa Kadazan, Dusun dan Murut.
Tindakan pemberi gelar di Panginatan, Ranau menganugerahkan gelaran paling tinggi dan paling mulia kepada kepada non-KDM adalah satu tindakan luar tabie oleh pihak pemberi dan penerima anugerah.
Yang memberi tiada kelayakan untuk memberi anugerah, yang menerima pun tiada kelayakan untuk menerima. Situasi ini samalah seperti "Universiti Ontah Mano" menganugerahkan gelaran Doktor Kehormat kepada "Ontah Sesapo bin Tiado".
Majlis penganugerahan "Huguan Siou" Haram ini samalah hinanya dengan Majlis Penganugerahan Khas paling Siddiqin, "Saiyyidatina Khadijah" kepada isteri "Huguan Siou Haram" oleh ABIM awal Februari lalu.
Kedua-dua anugerah yang diberi kepada suami-isteri ini adalah gelaran "Luar tabie" yang hanya dianugerahkan kepada mereka-mereka yang sering melakukan tindakan luar tabie samada sebagai seorang melayu, sebagai seorang suami atau isteri, sebagai seorang Islam mahupun sebagai seorang pemimpin.
Sebagai seorang melayu, beliau tidak mengiktiraf hak istimewa orang-orang yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan negara.
Sebagai seorang Islam, beliau telah menjadi promoter kepada gerakan kebebasan dan liberalisasi penggunaan nama Allah oleh semua agama.
Sebagai seorang pemimpin, beliau telah menjadi promoter kepada gerakan halus pihak asing untuk melakukan penjajahan bentuk baru di negara ini di atas nama demokrasi dan "regime change" yang "mengunapakai secara haram" nama "kuasa rakyat".
Sebagai seorang suami, beliau telah bertindak secara luar tabie menyalahgunakan kesetiaan seorang isteri dan menyalahgunakan wajah keibuan serta kewanitaan isterinya untuk menyelamatkan dirinya dari diaibkan oleh tindakan luar tabienya sendiri sebagai seorang manusia dan sebagai seorang muslim.
Beranikah Wilfred Bamburing dan sekelian pendokong dari kalangan Kadazan, Dusun dan Murut menunggu dan menyambut kedatangan "Huguan Siou Haram ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk lawatan selepas ini?
Kehadiran "Huguan Siou Haram" ini ke Sabah sekali lagi selepas ini bukan lagi untuk tujuan merampas Negeri Sabah dari tangan Barisan Nasional, sebaliknya adalah untuk upacara pengkebumian dan menanam Batu Nisan PKR di bumi Sabah.
Dan seterusnya mengadakan majlis ritual di gereja-gereja dan majlis tahlil arwah PKR di seluruh Sabah.
Inilah yang dinamakan pemimpin yang "cakap pandai tapi tak menugheh", kepandaiannya tak boleh nak diikut, bodohnya pula tak dapat nak ditunjuk ajar".
No comments:
Post a Comment