Sunday, February 17, 2013

DR HARON DIN: 16 JUTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERDEDAH BAHAYA SYIRIK!!!

Dato Dr Haron Din sudah bersuara. Malah, beliau sudah melafazkan untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah hingga akhir hayatnya. Beliau tidak rela sama sekali kalimah Allah digunakan bagi menggantikan god di dalam bible.

Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa sebarang penyalahgunaan kepada pengertian terhadap kalimah Allah akan membawa kepada syirik dan kekufuran.

Memang itulah kewajiban yang seharusnya dinyatakan bukan saja oleh Dr Haron Din, malah ia adalah menjadi kewajiban setiap ulamak dan seluruh umat Islam untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah. 

Mempertahankan kesucian kalimah Allah, bermakna mempertahankan umat Islam dari terjerumus ke lembah syirik. Mempertahankan kesucian kalimah Allah bermaksud mempertahankan akidah umat.

Bersubahat dan berkompromi dengan penyelewengan dan salah guna kalimah Allah bermaksud berkompromi dan bersubahat dalam menyebabkan umat Islam jatuh syirik. Bersubahat dan berkompromi dengan membiarkan penganut agama lain mempersendakan maksud dan kesucian kalimah Allah di atas alasan apa pun, apatah lagi untuk kepentingan politik, bermaksud bersubahat dan berkompromi terhadap bahaya kekufuran yang melanda umat.

Tidak mungkin setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah boleh bertindak mengendong dua kepentingan yang sama sekali berlentangan secara serentak. Mana mungkin kesucian agama mahu dijaga dan pada masa yang sama kepentingan politik juga mahu dikendong. 

Mana mungkin  hak dan batil boleh dicampur-aduk seperti mengadun kopi dan susu. Tindakan ini juga, samalah seperti orang fasik yang meletakkan musang "tidur sereban" dengan ayam.

Berdiam diri dan membiarkan pakatan pembangkang mempolitikkan kalimah Allah adalah perbuatan subahat yang nyata. Sehingga kini hanya Dr Haron Din dan Dato Harun Taib saja yang dilihat berani untuk menyatakan kebenaran tanpa bersilat lidah. Ulamak syura lain masih "berani-berani takut". Ada yang masih bersilat kuntau apabila diminta menyatakan pendirian seolah-olah Allah sudah hilang sifat "maha mengetahui" hati perut mereka.

Berterus-terang dengan penuh yakin, ikhlas dan jujur kepada diri adalah laluan pertama yang harus dilalui sebelum mencapai tahap keyakinan, keikhlasan dan kejujuran yang benar kepada Allah. Sesiapa pun tidak akan mencapai tahap kepercayaan, pengakuan dan keyakinan yang benar-benar bulat kepada Allah selagi kita tidak yakin, ikhlas dan jujur terhadap diri sendiri serta setiap perbuatan yang kita lakukan.

Bukan saja Dr Haron Din, malah seluruh majlis syura PAS berkewajiban melafazkan kebenaran ini secara berterus-terang. 

Jika 16 juta umat Islam di Malaysia menjadi keliru disebabkan sikap tidak jujur ulamak PAS untuk berkata benar. Maka sebarang dosa akibat dari kekeliruan yang berpunca dari sikap ulamak bisu ini akan turut tertanggung dibahu mereka.

Jika lebih sejuta ahli PAS bersetuju dengan perkongsian kalimah Allah yang berpunca dari tindakan ulamak bisu telah berdiam diri dari menyatakan kebenaran, maka sejumlah itu jugalah ahli PAS yang terdedah kepada kemungkinan bahaya syirik dan kufur seperti yang disebut oleh Dr Haron Din.

Tiada siapa pun kalangan ahli syura bisu PAS ini yang akan terlepas dari dosa syirik yang tak terampun ahli-ahli PAS yang bersetuju dengan perkongsian nama Allah, jika bersandarkan kepada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Dr Haron Din.

Perlu diingat, andaikata, waima 1 orang pun yang benar-benar jatuh syirik akibat dari kekeliruan yang timbul dari permainan kalimah Allah ini, maka 1 orang ini akan bertindak memastikan sesiapa saja yang telah menjadi penyebab kepada dosa syirik yang dilakukannya akan turut ditarik untuk terjun bersama ke dalam neraka buat selama-lamanya.

Benar seperti yang disebut oleh Dr Fadzilah Kamsah, "Saya suka.. Tuhan nak tunjuk siapa mereka sebenarnya". 

Semakin hampir PRU, semakin ditunjukkan oleh Allah swt kepada umum, "kesilapan demi kesilapan" yang berlaku di pihak PAS.

No comments:

Post a Comment