Nik Aziz kata "Anwar sudah semakin bersih" dengan pengakuan terbaru yang dibuat oleh bukan mangsa liwat Anwar.
"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," katanya.
Haron Din pula kata, "Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah adalah perbuatan wajib. “Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. Merujuk kepada kebenaran lebih baik dari meneruskan kebatilan,”
Mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, Dr Haron sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
Itulah bunyinya kata-kata para-para ulamak akhir zaman yang lebih bersedih dan simpati dengan nasib hasil perbuatan Anwar daripada bersedih dan murka dengan pendirian Anwar yang meminta kalimah Allah boleh disyirikkan secara pelbagai guna.
Mempertahankan Anwar lebih utama bagi mereka daripada mempertahankan kesucian kalimah Allah.
Pengakuan yang berbolak-balik dari seorang ayah yang tidak pernah menjaga dan membela anak lebih dipercayai dari Sumpah laknat di dalam masjid yang dilakukan oleh mangsa liwat sendiri, iaitu anak kepada ayah yang tidak pernah bertanggungjawab menjaga anaknya ini.
Sumpah laknat yang dilakukan oleh mangsa liwat Anwar dikatakan fitnah. Pengakuan ayah mangsa yang tidak pernah melihat dengan mata kepala anaknya diliwat, dikatakan kebenaran yang semakin jelas.
Keperibadian ayah yang terbukti tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah, lebih dipercayai dari keperibadian "anak merangkap mangsa" yang jelas sedang berusaha mencari kebenaran dan jalan yang benar.
Pengakuan ayah dianggap suatu usaha menuju jalan kebenaran, tetapi sumpah laknat Saiful dianggap suatu kebatilan dan tidak pernah pula ulamak ini terfikir bahawa ia suatu pencarian kebenaran.
Sesiapa yang nak ikut ulamak akhir zaman seperti ini, silalah ikut dan ambillah ijazah dari mereka. Mungkin syafaat ada di tangan mereka.
Cuma satu saja yang penulis nak ingatkan, "jangan tersalah pilih tempat untuk merujuk", kerana Nabi saw pernah bersabda, ulamak yang tidak mengamalkan ilmu sebagaimana yang diketahuinyan akan dicampak ke dalam neraka jahanam 1000 tahun lebih awal dari seorang penyembah berhala!!
No comments:
Post a Comment