Thursday, March 7, 2013

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, SIAL PAKATAN NAMPAK DI LAHAD DATU!!

Bila kerajaan memberi peluang "berunding" selama 3 minggu agar penceroboh asing keluar dari negara ini, Anwar mengkritik hebat kerajaan kerana lemah dan lambat bertindak.

Jika kerajaan bertindak awal-awal lagi memerangi puak penceroboh, Anwar akan kata pula kerajaan terlalu tergesa-gesa bertindak.

Bila kerajaan membuat keputusan memodenkan angkatan tentera melalui pembelian jet pejuang, kapal selam, scorphene dll, Anwar tuduh kerajaan melakukan langkah pemodenan ATM hanya untuk PM Najib makan komisyen ratusan juta.

Bila kerajaan menggunakan peralatan moden ini untuk menghambat musuh negara, pencacai pakatan dan media pencacainya menghina pula ATM kerana bertindak tanpa perikemanusiaan terhadap musuh. 

Media dan para pencacai pro-Anwar lebih cenderung mengeluarkan kenyataan dan maklumat yang datang dari jurucakap Pencerobou di Filipina. Media pencacai pakatan juga begitu aktif menjalankan kerja-kerja superimpose bagi tujuan menimbulkan persepsi bahawa PM Najib yang menjemput dan berunding dengan kiram.

Bila misi "ops daulat" terbukti berkesan, Anwar pakai pula General Bersara Pencacai yang dengan bodohnya boleh kata, dulu zaman dia Isu Al Maunah diselesaikan hanya dalam tempoh 4 hari.

Semua pembayang ini hanya menambah bukti bahawa Anwar, pakatan pembangkang dan pencacai mereka bukan berfikir soal bagaimana "kedaulatan negara terus terpelihara dan ancaman musuh dapat dihapuskan", tetapi mereka hanya berfikir bagaimana mahu discredit kejayaan "Ops Daulat" ini. 

Mereka hanya mahu memikir, apa cara untuk membendung sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin meningkat begitu drastik dan bagaimana rakyat boleh dipesongkan kembali pemikiran mereka "dari percaya" kepada "hilang kepercayaan" terhadap kerajaan.

Terbaru, lihatlah kenyatan Khalid Samad. YB mabuk ini boleh kata UMNO mempertaruhkan nyawa anggota keselamatan untuk terus berkuasa. 

No comments:

Post a Comment