Kerajaan Malaysia mungkin wajar bertemu dan mengadakan rundingan dengan Raja Sulu sebenar yang diiktiraf oleh majoriti Taulug Sulu.
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II, waris keturunan Sultan Sulu yang memerintah pada 1748-1763, Sultan Bantilan Muizzuddin I.
Sultan Muizzuddin II ini diiktiraf oleh seluruh Datu-Datu dan Syarif serta seluruh rakyat Sulu. Penobatan baginda turut disokong oleh Mufti Kerajaan Sultan Sulu Darul Islam dan "Rumah Bicara" yang sah di Jolo.
Kerajaan Sultan Sulu Darul Islam (SSDI) di bawah pimpinan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II adalah kesultanan Sulu yang paling berpengaruh dan diterima oleh majoriti Taulug Sulu. SSDI percaya kepada perjuangan Taulug Sulu yang berhemah dan bebas dari sebarang bentuk keganasan dan konfrontasi. Mereka menolak perjuangan melalui kekerasan.
Perjuangan mereka berpegang kepada kitabullah dan di atas landasan Lailahaillallah Muhammadarrasulullah. Mereka percaya kepada pendekatan melalui perundingan. Mereka mengakui realiti dan kedudukan Kesultanan Sulu dan Taulug yang sudah terpisah disebabkan sejarah yang telah membentuk negara Filipina dan Sabah melalui Malaysia.
Cuma mereka tidak mahu mengiktiraf Manila dan Filipina sebagai tuan mereka disebabkan Taulug tidak pernah mengiktiraf penjajah Sepanyol atau Amerika dan sehingga kini mereka tetap kekal dengan pendirian tidak berkiblat ke Manila.
Mereka sedang berusaha mendaftarkan rakyat atau Taulug di bawah kewarganegaraan Sulu dulu Darul Islam (SSDI) yang mengakui realiti persempadanan negara dan wilayah yang ada hari ini.
Walaupun Taulug itu hidup di Sabah atau pun di Filipina, ia tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan Taulug bersetuju menerima SSDI sebagai kerajaan Taulug Sulu yang berdaulat.
Cuma mereka ini hidup dan mencari rezeki di negeri Sabah dan sebahagiannya di wilayah Filipina.
Hanya gerakan SSDI saja yang boleh menghalang gerakan "Sultan Palsu Kiram" dari terus memberitahu dunia bahawa merekalah waris kesiltanan Sulu. Mereka hanya diiktiraf oleh kelompok kecil dan keluarga mereka.
Hanya gerakan SSDI saja yang boleh mengendurkan gerakan Nur Misuari dan MNLF yang sentiasa mahu meletakkan diri dan organisasi MNLFnya sebagai gerakan paling berpengaruh dn diterima oleh majoriti Taulug Sulu.
SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muizzuddin II berpotensi dan mampu meredakan konflik Taulug-Filipina-Sabah kerana baginda disokong oleh rakyat seluruhnya.
Pendekatan tidak suka kepada keganasan dan peperangan yang dibawa oleh SSDI ini mungkin sesuai dengan budaya dan pendekatan yang sering dilakukan oleh Malaysia.
Hanya gerakan SSDI saja yang tidak berkiblatkan kepada isu tuntutan semula ke atas Sabah. Selain dari mereka, semua gerakan Taulug Sulu ini adalah bertentangan dengan apa yang telah termaktub samada dengan konvensyen, perjanjian terdahulu i.e perjanjian North Borneo Company-Kesultanan Sulu 1878, perjanjian Filipina-Sepanyol mahupun perjanjian Sultan Sulu-Filipina 1962.
Saya berkeyakinan jika kerajaan Malaysia merintis dan memulakan jalan perundingan melalui "pihak Taulug yang sah dan diterima oleh majoriti rakyat" Taulug Sulu di bawah pimpinan Sultan Bantilan II ini, mungkin sesuatu yang baik dan menyeluruh akan tercapai untuk kepentingan dan kedaulatan semua pihak, samada kedaulatan Sabah, Kesultanan Sulu yang SAH dan diiktiraf oleh Mufti dan Rumah Bicara, MILF, MNLF dll gerakan Taulug serta kedaulatan kerajaan Filipina Sendiri.
Ini hanya cadangan saya.
Cadangan ini perlu disegerakan. Kerajaan Malaysia perlu mendapat sokongan majoriti dari kaum Taulug Sulu ini.
ReplyDeleteBantilan itu sendiri bermakna gantian. Tiada locus standi jua.
ReplyDeleteMana lah boleh malaysia ada sebarang hubungan dgn sultan ni. Naya kalau berlaku ketegangan dalam hub diplomatik malaysia filipin. Filipin tu sekutu rapat us. Mapuh
ReplyDelete