Thursday, April 4, 2013

TIPS UNTUK PENGUNDI ATAS PAGAR..!!

Saya tak akan tebang pokok yang sedang berbuah dan telah memberi hasil yang lumayan hanya kerana tergoda melihat "pokok replika" yang ditanam cantik di tepi-tepi jalan oleh pembangkang.

Saya tak akan runtuhkan rumah warisan nenek moyang yang masih kukuh berdiri dan hanya perlu "refurbish" di sana sini, hanya semata-mata kerana ditawarkan janji rumah baru yang lebih besar dan cantik seperti yang dilukis oleh arkitek pembangkang.

Saya tidak akan "kambus" perigi yang selama ini telah memberi kami sekeluarga hidup, makan dan minum dengan selesa, hanya kerana pembangkang berkata "kehidupan sebegitu tidak selesa" dan perigi itu "dikatakan" ada buaya zalim dan ganas, walhal sehingga kini tiada siapa pun yang mati dibaham.

Saya tidak akan menjatuhkan BN hanya disebabkan pemimpinnya "tidak alim". "Tidak alim tapi terbukti ikhlas dan jujur" kepada diri dan rakyat adalah lebih mulia di sisi Allah dari "orang alim tapi perbuatannya penuh dengan tipu muslihat".

Saya tidak akan bertindak se gila penyokong taksub pembangkang yang menumpahkan segala ketaksubannya kepada pemimpin mereka walaupun pemimpin itu jelas seorang peliwat dan rosak moral.

No comments:

Post a Comment