Kenapa Nabi saw mensabdakan tidak akan mengaku seorang peliwat sebagai umat baginda?
Lain-lain dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh umat baginda, tidaklah menyebabkan baginda tidak mahu mengaku umat. Sudah pastilah kerosakan yang berlaku terhadap umat akibat dari perbuatan liwat ini adalah yang paling dahsyat, jika tidak masakan Nabi boleh bagi altimatum sampai macam tu.
Allah juga telah bertindak sampai menterbalikkan bumi di zaman Nabi Lut as, disebabkan kerana berleluasanya perbuatan liwat. Maka itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa di dalam banyak-banyak kesalahan, Allah dan rasulNya tidak memberi muka langsung terhadap kesalahan hubungan seks sejenis.
Malahan tidak ada hukuman khusus yang ditetapkan oleh Allah dan rasulnya terhadap kesalahan liwat seperti hukuman terhadap kesalahan zina ataupun mencuri.
Itu bermakna, hukuman bagi kesalahan liwat terpulang kepada Allah. "Special case". Semua jenis hukuman dan bala akibat dari perlakuan liwar adalah serba mungkin. Tiada had.
Apabila Allah turunkan bala dan musibah hasil dari perbuatan liwat, ia bukan saja khusus kepada pesalah liwat tersebut, malah seluruh kawasan dan negara tempat berleluasanya liwat itu turut tidak terkecuali.
Bagaimana pula masih ada pihak yang mahu meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang Kekasih Allah tidak mahu mengaku umat, sebagai pemimpin negara hanya disebabkan mahu memghapuskan rasuah dan penyelewengan yang kononnya telah menjadi amalan UMNO?
Kononnya hanya manusia yang nabi tidak mengaku umat ini sahaja yang mampu menghapuskan penyelewengan ini?
Kononnya manusia yang nabi tak mengaku umat ini seorang yang tegas dan mampu memghapuskan kezaliman UMNO?
Kononnya hanya manusia yang nabi tak mengaku umat ini adil dan mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat?
Kononnya hanya manusia yang nabi tak mengaku umat ini yang mampu memikul amanah Allah untuk membebaskan negara dan rakyat dari sebarang bentuk penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin UMNO?
Kononnya, manusia yang nabi tak mengaku umat ini akan dibantu dan diberi kekuatan oleh Allah dalam memperjuangkan hidup golongan manusia yang nabi mengaku umat.
Apakah Allah akan "menganugerahkan kekuasaan" kepada seorang yang mana "KekasihNya tidak mengaku umat" untuk memimpin umat manusia yang diakui oleh KekasihNya sebagai Umat baginda?
No comments:
Post a Comment