Monday, April 8, 2013

RAKYAT SAJA YANG MAMPU MENGHENTIKAN PEMBOHONGAN PAKATAN!!

Manifesto BN adalah suatu AKUJANJI. Manakala Manifesto PR pula BUKANJANJI.

Tiada satu pun perincian manifesto bukanjanji PR yang boleh menyaingi Akujanji BN.

PR menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan dengan cara memgurangkan kebergantungan kepada buruh asing. BN menjanjikan 3.3 juta peluang dengan 2 juta darinya adalah sektor pendapatan tinggi.

BN menjanjikan BRIM setiap tahun. PR mati akal. Tiada cadangan. 

BN menjanjikan penurunan harga kereta secara berperingkat di antara 20 ke 30% dalam tempoh 5 tahun. PR pun menjanjikan peekara yang sama tetapi janji ini diciplak melalui Dasar Automatif Nasional yang dibentangkan oleh BN pada 2009.

BN menjanjikan 1 juta rumah mampu milik dengan 500,000 daripadanya adalah PRIMA yang menawarkan harga 20% di bawah harga pasaran. PR menawarkan 150,000 rumah dalam tempoh 5 tahun.

Janji BN adalah Satu Akujanji yang Ditepati. Janji PR adalah AkuBukanJanji.

PR hanya berpegang kepada Satu Janji sahaja, iaitu berjanji untuk mengambilalih Putrajaya dari BN melalui Manifesto Bukanjanji.

No comments:

Post a Comment