Tuesday, April 9, 2013

SEMOGA NIK AZIZ AKAN MATI DALAM IMAN....

"Sembahyang orang UMNO tak dapat pahala kerana tolak Islam" - Nik Aziz Nik Mat.

Puak ini (UMNO) kalau Nabi Muhammad hidup balik, dia lawan,". Inii juga kata-kata Nik Aziz. Walhal yang jelas Nabi tak mengaku umat ialah pengamal liwat yang menjadi sekutunya, tapi Nik Aziz tetap mahu manusia yang nabi tak mengaku umat menjadi Perdana Menteri. 

Penentuan dosa dan pahala ini adalah di antara "kerja-kerja tuhan" yang sedang diambilalih secara agresif oleh Nik Aziz. Secara tidak langsung pengambilalihan ini juga turut melibatkan kerja-kerja tuhan dalam mengenalpasti siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan dihumban ke dalam neraka.

Pengambilalihan "kerja-kerja tuhan" ini bakal menyebabkan kadar pengangguran di Malaysia naik secara mendadak. Berdasarkan jumlah keahlian UMNO seramai 3.5 juta, maka seramai 7 juta malaikat bakal kehilangan pekerjaan hakikinya di Malaysia. Angka ini hanya mengambilkira malaikat Raqib dan Atib sahaja dan jumlah ini tidak termasuk lain-lain "malaikat penjaga" yang berkaitan.

Tiada siapa yang boleh membendung dan "memplasta" mulut Nik Aziz ini. Jika kita plasta mulut dia pun tidak memberi apa-apa makna kerana kenyataan dan sangkaan buruknya ini datang dari hati. 

Dalam hati Nik Aziz tersimpan suatu tanggapan bahawa dia dan orang-orang yang bersekutu dengannya sahaja yang layak beroleh pahala dan Syurga. Selain dari kelompok mereka hanya layak mendapat dosa dan neraka adalah pasti. Itu tanggapan Nik Aziz.

Nik Aziz harus bermuhasabah diri, adakah dia seorang warisatul anbiya atau warisatul iblis al-Azazil laknatullah yang dicampak keluar dari Syurga akibat dari penyakit sombong, riak, takbur, ananiah dan kibir yang dimilikinya sehingga memandang rendah kejadian Adam yang diperbuat dari tanah.

Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita seharusnya berdoa agar Allah menyelamatkan Nik Aziz dan mengembalikan beliau di landasanyang benar, kalimah Lailahaillallah, Muhammadarasulullah.

No comments:

Post a Comment